Saturday 2 February 2013

1 Tahun 6 Bulan

                          بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ     
Setelah hampir 1 tahun 6 bulan mendiami Kolej Harun Aminurrashid, Taman Bahtera, Tg. Malim, Perak, insyaAllah 7 Januari aku bersama JMK-JMK KHAR lain akan berpindah disusuli pelajar ijazah yang lain akan menduduki rumah baru di Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS).
KOLEJ HARUN AMINURRASHID
DISINI SEJARAH BERMULA
MENGUKIR SERIBU KENANGAN BERSAMA
TITIK PERMULAAN
KEPADA PERJALANAN YANG MASIH PANJANG
Siapa tahu hikmah Allah bukan?
Begitu juga aku.
31 Januari diadakan Majlis Solat Hajat KHAR (BLMT)
Moga menjadi permulaan yang baik-baik belaka.
Kami semua (JMK-JMK) bersama-sama membersihkan Dewan Harun Aminurrashid =)

Inilah rupa dewannya. Semangat tak tengok warnanya?

Moga-moga perpindahan kami ini diiringi dengan redha Allah.

Namun, memori di KHAR lama tetap akan ku simpan kemas-kemas dihati selagi Allah kurniakan ingatan kepadaku.

PASTI aku teringatkan Surau Ar-rashidin, gelanggang, foyer, bilik JMK dan lain-lain. 
Kini setiap sudut bagaikan mahu ditatap sepuasnya.

Tapi apalah dayaku, penglihatan setakat kemampuan seorang insan biasa. 
Sedih meninggalkannya.

Lebih sedih meninggalkan kenangan tempat titik permulaan aku berada di sini.

3-7-1

3-4-2

1-1-13

Setiap rumah yang ada kenangan.
Bersama mereka yang disayangi.

Moga Allah redha.
Moga ia juga menjadi pemulaan kepada perubahan yang lebih baik.


*dapat beg hitam putih bersama key chain =)
*masih di teratak 1-1-13(1)



KEM SINERGI II

SINERGIKU. IMAN! IMAN! IMAN! PAKSI KEHIDUPAN =)




1 + 1 = 3

Sinergiku..Dakwah tanpa sempadan, ukhwahfillah kekalan jalinan

Itulah antara trademark program Kem Sinergi II di Kem Asahan Melaka.
25 hingga 27 Januari 2013

Aku bersama 3 sahabat lain ( Siti Raihana Azman, Nur Aqilah Mohamad Nasir dan Sfia Yusoff) bersama-sama bermusafir ke sana dari Tanjung Malim, Perak.

Hebat!
Gabungan insan-insan didasari ukhwah kerana keimanan akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa hebat.
Allahuakhbar!

Dari barisan AJK Pelaksana Program yang amat mengujakan dan kebanyakannya hampir sama umur dengan kami, tapi lebih ramai yang muda-muda belaka. Hehe.
Kehadiran kami disambut oleh AJK Pengangkutan setibanya di kaunter pendaftaran di Melaka Sentral.

Perjalanan memang jauh! Tapi ia menambahkan manis dalam ukhwah sesama kami. ^_^

25 Januari 2013
Tiba ke Kem Asahan Melaka jam 5.30 petang.
Persiapan diri dan bermulalah slot pertama ice breaking.
Lepas itu bermulalah slot-slot di dalam kem ini

Slot 1
Sinergi  : Iman Paksi Kehidupan  oleh Hilal Asyraf

[Tertusuk-tusuk tatkala mendengar bait-bait kata dari beliau]
1 + 1 = 3 iaitu ukhwah berdasarkan iman yang akan menghasilkan kesatuan antara hati-hati yang bertaut dan menjadikan sesuatu LUAR BIASA =)

Anda PERCAYA tak?

Perang Badar = 313 LAWAN 1 000
sebab apa boleh menang?
IMAN adalah jawapannya =)

RAHEEQ AL-MAKTUM Seerah Nabawiyah yang patut (WAJIB) dibaca
(untuk ingatan diri sendiri) huhu

Baiklah, masuk balik perkongsian =)

1. Iman yang mendalam
    - kefahaman dalam agama (deen)
    - mengkaji hubungan diri dengan Allah
    - siapakah mereka yang boleh bersama kita
Rujuk al-baqarah : 30

* Soleh TETAPI TAK muslih (membaikkan orang lain) tiada guna =(

2. Bersahabat atas dasar keimanan
   - jalan perjuangan takkan mampu dihadapi berseorangan
   - matlamat ukhwah itu hendak ke syurga
   - kawan ketawa dan kawan menangis senang dicari tapi kawan nak ke syurga bagaimana?

*Ukhwah benteng komuniti dari anasir luar!

3. Melawan arus
   - fikir siapa kita 5 tahun akan datang

4. Pandangan rahmat
   - hati dan jiwa kena bersih
   - benci dosa BUKAN pendosa

5. Putus asa bukan jawapan
   - rujuk surah al-Hijr : 56
   - surah yusuf : 87

Epilog
    - Iman menjadikan kita luar biasa hebat sebab :
      = yakin
      = kebersamaan
      = istimewa
      = ketenangan
      = kekuatan

Slot 2
Usrah

Kata naqib aku  [ Abdullah Fahmi] dalam kem ini 
Dari Syed Abdul A'la Almaududi : "Nak muslim kena ada ilmu." 

Allah! Untuk aku yang sangat cetek ilmunya, ibarat ditusuk-tusuk dengan pisau. Usaha untuk memperbanyakkan buku-buku bacaan.

Dari Dr. Yusuf al-Qardrawi : "Iman dapat mengubah pandangan hidup seseorang."

Slot 3
Muhasabah Cinta oleh Imam Muda Asyraf

Beliau kata :
"Jika Allah sayang seseorang Dia akan campakkan kelembutan padanya."
Zapp! SAKIT!
[aku juga ingin begitu, moga-moga satu hari nanti]

"Paling penting dalam dakwah itu adalah hikmah."
rujuk an-Nahl : 125

"Dalam dakwah bukan sahaja menyampaikan tetapi bagaimana perubahan dalam diri orang yang didakwah."

Beliau turut mengatakan tentang 3 jenis pemimpin iaitu :

1. Pemimpin yang hanya memimpin = pemimpin yang angkuh
2. Pemimpin yang hanya dipimpin = pemimpin yang lemah
3. Pemimpin yang memimpin dan dipimpin = pemimpin yang terbaik

"Sebaik-baik pemimpin ialah pemimpin yang memikirkan akhirat rakyatnya juga."

[adakah aku begitu? Allah!]

Jungle Survival

Irkam Ma'ana
Bahtera kehidupan
Kata Hilal Asyraf dalam perkongsian selepas subuh : "Pastikan qiamulail sebulan sekali."
[ni tak, meeting sampai 3 pagi, tapi qiam 30 minit tak mampu buat.]
Astagfirullah hal a'zim

Outdoor Games

Majlis Penutupan

Baik! Khas masa majlis penutupan gambar kami semua =)


27 Januari 2013
11.15 pm selamat tiba di Tanjung Malim


*kagum dengan barisan pimpinan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) memang tip top. Subhanallah.
*moga usaha mereka Allah redha =)
*"janganlah menjadi kerengga, tidak makan buah tetapi menggigit mereka yang cuba mendekatinya."
*jom baca Untuk Kita Pendosa Harapan Selalu Ada