Malam kian sepi.
Hidupnya malam diiringi muzik alunan nasyid
Asyik kononnya membuat Latihan Ilmiah
Sedang diri tak pasti betul ke tidak......
Wahai Allah
Kurniakan ilham kepadaku
Dekatkan ilmu yang jauh
Berikan aku kefahaman
Anugerahkan aku keterangan hati
Jauhkan aku dari kejahatan hawa nafsuku
Izinkan aku melalui dengan penuh kecintaan
Kerana ilmu itu milikMu wahai Tuhanku
Aku tanpa ilmu
Kosong
:D
Izinkan aku amal
Amal dengan kefahaman
Izinkan aku siapkan
Siap melalui pembacaan
Izinkan aku mengembara
Kembara yang mendekatkan aku padaMu Tuhan
Dengan tulisan mereka
Aku kembara lagi
Ke tempatku sendiri
Johor
Nah! Mahu apa lagi
Sudah diposisi hujung
Apa mahu disiakan
Jawab dan buat
Bukan hanya tahu semangat
Laksana? *nanges*
Perahkan otakmu
Jangan malas
Kerahkan anggotamu
Hentikan rehat
Buat yang berusaha
Ada jayanya
Maka usahalah!
Masa
Usah dipersia
USAH!
Sebab kejayaan dah tunggu
Tunggu di depan!
Bergerak dan gapai!
414
Latihan Ilmiah
No comments:
Post a Comment