Sekian kali datang lagi Sabtu
Sabtu pagi yang mendamaikan
Sebab azan subuh ku dengar
Sambil papan kekunci ku ketuk
Bersama aksara-aksara ilmu
Sedaya mampu
Tenaga ku biar
Buat sudahkan
Sekurang-kurangnya untuk 2
Ya...kemampuan ku pada tika ini
Persiapan tepat 7.40 pagi ke sini lagi
Ke hulu ke hilir
Mencari sebuah F
Ah! Tak jumpa lagi
Berdebar acap kali
Sesak udara mahu disedut
8.09 pagi
Jam laju berputar
Tak henti
Ah! Bila lagi
Sudah dipenghujung masih jua terkulat
Sampai di lampu 3 warna
Terpandang sebuah F
Hampa lagi
Ku fikir aku tak sedia lagi
Allah...dekatkanlah...mudahkanlah...tiada kemudahan kecuali yang Engkau jadikannya mudah..
8.56am
24jam
UPSI
No comments:
Post a Comment