Alhamdulillah selesai sudah cuti Deepavali yang
hampir seminggu. Diakhiri dengan program dakwah dan tarbiyah. Sungguh
menjadikan aku lebih tabah dan sedia dengan apa jua kemungkinan yang akan
datang.
Secara rasminya untuk yang beberapa kali aku
dapat menghadirkan diri secara sepenuh masa. Tak ada skip-skip lagi,
terburu-buru nak balik kejar kerja lain. Tak ada. Makanya, pulanglah aku hampir
pada jam 4.00ptg dengan menaiki train sebab ada amanat aku selesaikan seusai
aku turun dari train.
Nk jadi cerita, train agak lambat, dengan ramai
yg akan pulang ke bumi Tg Malim. Pada perkiraan aku jam 6.00ptg dah boleh
sampai, tapi rupanya sangkaan aku 100% meleset. Mana tidaknya, sampai jam
7.00mlm. Nak magrib dah masa tu.
Malam tu bermalam di KHAR semula, sempat jugak
ke Masjid Al-Mursyidin UPSI untuk solat Isyak berjemaah. Alhamdulillah, sempat
ajak Istiqamah sekali. Balik jenguk ke rumah adik Imtiyaz, borak-borak rupa
sampai 11.30mlm. Tak tersedar, esok pepagi nak merempit ke Bestari Jaya.
Sampai bilik Syi terus siap-siap nak tidur.
Alhamdulillah, Berjaya bangun walau agak keletihan sebelum subuh, sempat jugak
qiam sekejap, isi jiwa yg using ni. Allah..
Jam 6.00pg bertolak ke Bestari Jaya, sempat isi
minyak di Petronas TM. Aku redah kegelapan pagi, sejuk dingin terasa hingga ke
tulang rusuk dengan cuaca yang baru lepas hujan. Bila sampai ke persimpangan
selepas laluan ke UniSel. Tiba-tiba aku tengok meter minyak moto terus hampir
ke merah, padahal baru isi.
Cuak masa tu Allah ja yang tahu, terbau-bau
minyak petrol, tapi aku abaikan je memandangkan baru sebuah kereta lalu dengan
asap yng berkepul-kepul. Tapi tetap jugak tak sedap hati. Aku doa moga-moga
sampai ke rumah sewa aku dengan selamat, rupa kat simpang kampong moto makin
perlahan nak mati. Aku terus turun dan tolak ke tepi.
Lepastu cuba hidupkan lagi, nak telefon Norma
tak jadi, kebetulan Allah tolong Nisa jiran sebelah baru lalu, aku terus tahan,
cakap mintak tumpang nak balik ke rumah. Sebelum tutup pintu kereta memang bau
minyak petrol agak kuat. Berderau darah. Tapi masih tak fikir apa terus
siap-siap nak ke sekolah pinjam moto nenek dulu.
Balik sekolah ni, masuk bilik aku bau lagi
petrol, rupa bau petrol kat seluar kaki kiri dan kanan. SERAM. Allah masih
sayangkan aku lagi… Hampir saja aku boleh terbakar sebab petrol dah melimpah
ruah. Allah. Allah..
Petang ni jap lagi nak ambil moto kat simpang,
mudah-mudahan Nor boleh dibetulkan dengan kos yang rendah. Aku dah kekurangan
sumber. Sungguh-sungguh.
Apa yang menguatkan aku bila semalam sahabat
kongsi balik semula ayat INFIRU!
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan susah
mahupun senang dijalan Allah dengan harta dan jiwamu…” BERANGKAT. Moga aku dan mereka thabat di jalannya.
Doakan aku sahabat-sahabat seperjuangan. J
3.13pm
27Okt2014
Bilik Pink
Bukit Badong
27Okt2014
Bilik Pink
Bukit Badong