Alhamdulillah, dah masuk ke bulan
Ogos 2014. Maka, semakin dapat membiasakan diri dengan suasana sekolah dan RPH
yang hari-hari. Haha. Bukan apa aku perlu siapkan 9 RPH seminggu. Ya! Seminggu.
HAHAHAHAHA. Ketawa jahat. Banyak sebenarnya, namun Allah jua yang beri kekuatan
untuk aku laksanakan dan siapkan RPH ini. Namun, masih jugak banyak kelemahan
yang perlu diatasi.
Setiap
hari memikirkan modul aktiviti buat anak murid yang aku cintai. Aku sayang
semua. Tak tahulah. Tiba-tiba je ada walaupun aku masih lagi digelumang rasa
takut. Masakan aku tak takut nak mendidik anak orang! Haa, sebab tutur bicaraku
semua akan dipandang oleh pelajar walaupun mungkin tak semua TAPI mak pernah
pesan jadi cikgu tu cakap yang betul sebab pelajar lebih dengar kata cikgu dari
mak ayahnya. Huhu.
Jadi cikgu tu jangan
sampai kata pelajar itu tak ada harapan. Sedang kita tak tahu esok-esok dia
yang paling ke depan. Dia yang paling disayang. Dia yang paling dihormati. Dia
yang paling mengingati kita sebagai gurunya. Siapa tahu? Sebab kita BUKAN
Tuhan. Sebab takdir kita juga masih dalam rahsianya walaupun diri kita SENDIRI.
Astagfirullah hal a’zim!
Kak Long INSPIRASI
pernah pesan, pah setiap hari kau masuk kelas senang ja, lepas baca doa, tulis
hari dan tarikh kat depan tu kau tulislah pulak ayat-ayat
best/motivasi/kata-kata kat papan putih tu. InshaAllah mula-mula dieorang akan
tertanya-tanya lepastu kalau sehari kau tak tulis dieorang pulak tanya kau mana
ayat azimat kau. Haha. Aku masa tu angguk-angguk aje, sebab banyak pesanan yang
ku terima namun terselit jugak rasa nak buat. Nah! Lepas tu aku buat hari-hari
sampai ada hari aku tak sempat nak cari kata-kata ni. Apa jadi? Haa, anak murid
aku 4SV1 yang aktif tanya yang lain dari yang lain tanya… “Cikgu, hari ni tak
ada ke ayat yang cikgu tulis kat depan tu?”. Haa, dalam hati terkedu jugak sebab
memang tak ada idea nak tulis. Haha. Tapi nak jadi cerita masa tu jugak Allah
kurniakan satu ayat yang pada aku buat diri sendiri.
“Jangan
pernah berhenti berjalan walaupun kamu rasa penat”
Tu dia ayatnya. Huhu. Untuk
aku sendiri tak boleh lelah untuk hadapi kerenah anak-nak murid, tak boleh
lemah bila tak ada modul yang sesuai, dan tak boleh sesekali berputus asa.
Sungguh! Sebab rahmat Allah itu terlalu luasa buat hambaNya. Subhanallah. Detik
demi detik ku rasakan macam perlahan. Ah. Biarkan aku mencari ruang untuk
persiapkan diriku di medan ini. Biar kita buat sesuatu yang boleh menaikkan
semangat mereka supaya tak pernah berputus asa walaupun mereka bukan orang yang
cerdik. Satu aku selalu pesan, biar kita tak pandai tapi akhlak kita mantop! =)
Sekian untuk hari hujung
minggu yang segar bugar ini ya Allah. Esok akan mula kembali ke sekolah dan
akan di ‘observed’ oleh guru pembimbing. Moga Allah mudahkan. :D
“Ya Allah ya Tuhanku
tiada kemudahan kecuali yang Engkau jadikannya mudah.”
Doa ini dulu cikmawarbbungo yang
dengarkan kat aku melalui youtube. =) Berpesan-pesanlah kamu ke arah kebaikan
moga kamu beroleh manfaat. Terima kasih sabahat-sahabatku. ^__^
10 Ogos 2014
Ruang belajar
Bukit Badong
No comments:
Post a Comment