Subhanallah. Sudah sampai ke akhir ramadhan.
Maknanya sudah hampir masuk ke minggu ke-2 aku
berpraktikal di SMK Raja Muda Musa, Bukit Badong. Macam tak percaya. Jadi guru
dah aku walaupun secara tak rasmi lagi(belum bergraduat).
Hmm, kenapa ya? Takut sebenarnya nak mendidik.
Bagaimana kita sebagai pendidik dan menginsankan insan? Allah. Sebab
realitinya, tidak semua pendekatan dengan pelajar itu sama. Tak seperti macam
pensyarah kepada pelajarnya. Lain. Tugas guru macam ibu ayah yang kedua selepas
mereka.
PENTING. Ya, sangat penting memanusiakan
manusia. Sebab kita akan berhadapan dari peringkat pelajar yang mudah untuk
mendengar kata kepada sampai tak mahu cerita apa-apa
.
Betul, kita tak mampu ubah insan 100%, TAPI
kita boleh ajak mereka berfikir. Berfikir tentang apa? Tentang tujuan hidup.
Hidup yang bukan sekadar, celik, ke sekolah, balik sekolah, tidur, buat kerja
sekolah, kemudian celik semula dan ke sekolah lagi. BUKAN!
Kita nak, mereka fikir apa erti hidup. Apa
manfaat yang boleh mereka beri pada orang lain. Hampir 6 ke 7 kelas yang aku
masuk, ada yang aku boleh bagi nasihat terus, ada yang kena selami ajak
bercerita, beri contoh kehidupan masa lalu kita sebagai pelajar sekolah,
kaitkan dengan realiti mereka. Maka, mereka akan lebih dekat.
Sekolah ni ada aura sebenarnya. Guru pembimbing
aku siap pesan lagi, kita kena banyak buat aktiviti untuk jadikan Sejarah
(major aku) sebagai subjek yang disukai. Gunakan teknik-teknik tertentu dari
segi modul, pendekatan, bahkan dari sudut pakaian sekali. Ha, suatu ketika dulu
ramai sahabat-sahabat yang dah lepas praktikum pesan benda yang sama.
Kita kena masuk dengan jiwa mereka. Buat
pelajar ternanti-nanti kita dalam kelas. Kehadiran dirai bukan dibenci. Cukup
mendalam pesan pengetua sebelum kami melangkah ke Tapak perhimpunan 14 Julai
2014 yang lalu.
Sampaikan guru pembimbing aku ni digelar Lady
Gaga oleh seorang pelajarnya yang kini pelajar aku jugak. Huhu. Risau aku
memikirnya. Ckg Fatonah ini pada aku unik. Ada aura dan aku cukup hormat
padanya. Sejarah jadi subjek yang ditunggu-tunggu di dalam kelas.
Alhamdulillah, beruntungnya aku pernah
berorganisasi suatu ketika dahulu. Maka, dengan (gigih sangat) aku cuba
aplikasi modul-modul yang sesuai dalam pembelajaran dan aku kena bersifu dengan
guru pembimbing aku.
Tentang rumah sewa, alhamdulillah, dapat jiran
yang baik super duper GOOD :D. Namun, inshaAllah jika tiada aral melintang kami
perlu berpindah ke kuarters guru berdekatan dengan sekolah. Sungguh, hikmah
Tuhan itu luas, sedang manusia sedikit pun tidak mengetahui.
Aku akan cuba update info baru fasal
praktikum ni lagi. Meluah pada manusia kadang boleh jadi tersalah bicara.
Meluah pada Tuhan dia Maha Mengetahui segala-galanya. Meluah dalam blog tak
semua akan baca. :p
4:39pm
23Julai2014
Dato’ Karjan
BukitBadong
No comments:
Post a Comment