Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat bernafas
pada hari ini. Semalam keluar dengan pelajar 4Akaun dalam 8 orang macam tu.
Ntah kadang tak tahu nak rasa apa sekarang ni. Bila dikira tinggal 15 hari je
lagi. Bakal rindu dengan anak-anak murid yang comel-comel tuh semua, dengan
panggilan cikgu….cikguu….cikguuu! Huhu…
Rasanya dalam banyak-banyak kelas mesti aka
nada je beberapa orang yang agak ‘aktif’ maksudnya akan menarik perhatian aku
dari sudut percakapan, gaya, tingkah laku sampai kadang aku nak marah jadi
ketawa. Ishk3..
Bermula dari kelas 4SN2, 4AK, 4ICT2 dan 4SV1.
Macam-macam ragam. Sebenarnya inilah yang dipanggil sayang. EH? Sungguhlah.
Kali ni tak boleh tipu. Mudah-mudahan saja aku kental masa minggu akhir nanti.
Sobsob. Haha.
Sebelum meninggalkan kesan kenangan kat sekolah
tuh aku nak cari sesuatu yang sejuk dan sedap untuk mereka. Tapi aku tak jumpa
lagi mana tempat yang dekat nak beli melainkan dekat Tg. Malim. Hailah. Pening
ku memikirkannya. Namun tidak jugak aku temui jalan. Aku nak ke Kuala Selangor
aku pun tak pandai kedai-kedainya kat mana. Tak mahu susahkan sesiapa. Nanti
akan ku fikirkan lagi.
Detik-detik nak keluar ni jugak membuatkan aku
berfikir lagi apa sebenarnya sumbangan aku pada mereka (pelajar-pelajar).
Menangis! Huhu… Aku tak pasti apa…Namun, moga yang sedikit itu bermanfaat, moga
yang tersilap akan digilapkan lagi inshaAllah…
Masih lagi dalam mood exam dan mereka
baru habis kertas Sejarah 3. Macam ahli falsafah dah gaya anak-anak murid aku.
Haha. Tak apa, mana tahu suatu hari nanti, moga mereka lebih baik dan dapat
sumbangkan sesuatu untuk Islam. Ya, kejayaan itu ada selagi kita meletakkan
harapan. J
DAN SERIUS MEREKA COMEL. HAHA. Bersambung…
>_<
12.33pm
12Okt2014
Bilik pink
BB
12Okt2014
Bilik pink
BB
No comments:
Post a Comment