Sambungan...
Lepas tu
Alhamdulillah jumpa jalan jugak akhirnya, maka kitaorang ke destinasi
seterusnya iaitu ke rumah kawan kat Slim River ambik kunci sekejap baru ke
rumah Pika kat hospital untuk antar Mira sekali. Sampai kat Slim River tu
hamper jam 12.00 malam. Aku tahu mesti mak pika marah balik lewat. Huhu. Tapi
nak buat macam mana, aku tak nak pun benda ni jadi tapi ia dah tersusun
sebegitu. Huhu.
Lepas hantar
Pika dan Mira tinggallah aku dengan Shuwai nak balik meneruskan perjalanan
pulang ke TM terchenta, niat di hati nak lalu tol sebab jalan dalam sunyi namun
takdir juga kami salah pilih lorong antara IPOH dan KL. Bila dah tersilap maka
kami ke SUNGKAI! Bukan balik tapi makin jauh, Allah ujian sungguh. Namun aku
tabahkan hati, lalu jugak told an patah balik dalam 49KM lagi nak menghala ke
TM.
Bila sampai ke
TM dalam jam 1.00 pagi macam tu dan kebetulan lapar yang amat maka kami
berhenti makan kat Sinaran Tomyam. Lepas makan baru ke rumah kawan
jenguk-jenguk sebab banjir (tangki pecah kot) lepas jenguk tu nak balik terus
rumah seorang kakak tumpang tidur sana. TAPI tiba-tiba kereta tak hidup.
ALLAHUAKHBAR... Lelah.. Aku tak tahu nak kata apa memandangkan esok sekolah.
Hilang seketika...
---
Ntah kali ke
berapa mencuba Shuwai cadang telefon kakak tu untuk ambik kami. Dalam masa yang
sama jgak adik-adik Imtiyaz kebetulan ada mesyuarat malam tu maka kami telefon
salah seorang daripadanya untuk tolong hidupkan kereta. Subhanallah, tak berapa
lama kakak sampai maka adik-adik Imtiyaz 4 orang lelaki datang hidupkan kereta.
Alhamdulillah hidup dan masa tu aku sendiri tak berani dah nak bawak kereta
takut mati lagi maka aku ambik keputusan sesama pinjam dulu adik Imtiyaz untuk
aku bawak balik ke rumah kakak tu dulu dan aku janji akan pulangkan esoknya.
Fikir punya
fikir maka aku pun buat keputusan balik naik Nor sebab tak nak susahkan
sesiapa. Berbekalkan tidur selama 2 jam tak sampai aku bangun pagi jam 5.15
pagi siap-siap nak balik K.HAR semula ambil motor Nor. 6.30 pagi bersama Shuwai
ke sana tanpa baju sejuk. Sejuk amat...!
Bila sampai
ambik kunci motor dan jaket aku hantar Shuwai ke KTM dan terus gerak balik ke
Bestari jaya nak pi sekolah! Dalam perjalanan hujan. Hujan makin lebat. SEJUK
SANGAT SANGAT. Tak apa demi sekolah dan demi amanah Allah aku teruskan jugak.
Tak nak mengalah sebab sejuk tu. Harap kat Allah sungguh-sungguh. :’)
TIBA-TIBA kat
satu selekoh tu motor mati. Allah... sudah.. dan jam menunjukkan jam 7.31 pagi!
Arghhh.. Tension tapi cool... Aku tongkat 2 motor tu, aku cek-cek kot ada yang
sangkut dengan baju hujan yang kak Hala bagi koyak-koyak sebab laju sangat kot.
Tapi bila cek xda yang sangkut..kesan baju hujan koyak-koyak ja. Huhu. Maka
dengan bismillah aku hidupkan enjin 2x tak silap. ALHAMDULILLAH HIDUP. Allah Allah
Allah. Aku pun terus dengan laju pecut nak sampai ke rumah salin baju kurung.
Sempat toleh ke sekolah tengah perhimpunan lagi. LEGA kejap!
Lepastu
tukar-tukar baju terus ke sekolah dan Alhamdulillah masih perhimpunan lagi,
jadi aku patah balik lalu jalan belakang ikut kuaters. Parking dan terus ke
pondok yang ada pengawas. Aku ajak borak-borak tanya tentang exam. Sebelum ke
sekolah aku sempat tengok jadual ujian jam 8.30 pagi dan aku kena masuk ke
kelas tu jam 8.10. Alhamdulillah sangat sebab sempat. Allah sebaik-baik
penolong... Dan hari itu belum lagi berakhir ceritanya, dan aku akan sambung
lain kali.
“Bila kau rasa tiada siapa dapat
bantu kau, yakin dengan seyakinnya HANYA Allah yang dapat bantu. Hanya DIA.
ALLAHUAKHBAR...!”
9.53PM
24Ogos2014
Bilik Pink B.B
24Ogos2014
Bilik Pink B.B
No comments:
Post a Comment