Saturday 16 March 2013

...PenCArI reDhA iLaHi...: KISAH CIKGU...


Bismillah hir rohmanirrohim..

Kisah ini.. Pernah diceritakan oleh lect yang sama iaitu Pn Nazariah
Lect yang hebat dan aku mengagumi beliau..




Moga satu hari nanti aku dapat belajar dengannya lagi
Kisah ini anda boleh ikuti di :

Monday 11 March 2013

BERJALAN TANPA HENTI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 

LIRIK LAGU HARI INI
MOGA KAN ADA SINAR ESOK HARI

BERJALAN TANPA HENTI


Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu

Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia


Jangan diminta pada taklifan
Kerana ia mungkin menjadi bebanan
Tapi bila diberi
Lakukanlah dari hati

Walaupun ia sedikit cuma.. Allah

Terbaca dari sebuah perkongsian :JIKA TAK MAMPU BUAT SEMUA JANGAN TINGGAL SEMUA."
Moga ia menjadi pembakar semangat aku!

8-1-5(1)
malamyangindah
1.52am

Thursday 7 March 2013

RINDU


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, sudah masuk minggu ketiga kuliah di Bumi Murobbi ini.
Diam tak diam hampir 4 bulan aku tidak pulang ke kampung.
RINDU YA ALLAH.


RINDU SANGAT.

Sayang mak abah aku..
Nak medang dengan abah..
Nak masak-masak, cerita-cerita dengan mak..

Allah...



"Ya Allah sayangilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka mengasihiku semenjak dari kecil.
Ya Allah jadikan aku anak yang solehah, yang mentaati kedua orang tuanya ya Allah." 
Ameen.




12.46pm
8/3/2013
Baitul Jawa
:(

Wednesday 6 March 2013

KISAH KITA

Bismillah hir rohmanirrohim

Dah lama sangat tak buat serabut kat sini. 
Dah berbulan dek aku yang malas mengemasnya.

Oh ya, entri kali ni cuma nak share video yang menampilkan sahabat-sahabat aku semua [walaupun aku tak ada dalam video tu] huhuhu

Sedih sebenarnya. Mungkin sebab aku sendiri pun dah lama tak balik kampung kan.
Bila tengok video tu ada dengan ahli Baitul Jawa. Ntah kenapa bila salah seorang cakap sesuatu yang aku rasa ia menyentuh hati aku. Jadi lain..TEEETTTTT




Best tengok mereka berjalan.
Aku tak ada masa ni.
Ada urusan luar.

Dah tak lama.
Hanya ini yang akan jadi kenangan kan.
Allah. Allah. Allah.
Moga Allah menjaga hati-hati kami dalam satu ikatan ya Allah.



Gambar yang ni salah satu kesinabungan dari video kat atas.
Mungkin ada yang tak berapa faham.
Tak apa. Biar aku je yang faham eh :)

Baiklah.
Dah lewat malam.
Sampai ketemu pada entri akan datang. Huhu
InsyaAllah ^_^


Baitul Jawa
1.47 pagi
7/3/2013
~akuinginpulang~