Tuesday 11 November 2014

SEIMAN YANG MENGUATKAN


Alhamdulillah selesai sudah cuti Deepavali yang hampir seminggu. Diakhiri dengan program dakwah dan tarbiyah. Sungguh menjadikan aku lebih tabah dan sedia dengan apa jua kemungkinan yang akan datang.

Secara rasminya untuk yang beberapa kali aku dapat menghadirkan diri secara sepenuh masa. Tak ada skip-skip lagi, terburu-buru nak balik kejar kerja lain. Tak ada. Makanya, pulanglah aku hampir pada jam 4.00ptg dengan menaiki train sebab ada amanat aku selesaikan seusai aku turun dari train.
Nk jadi cerita, train agak lambat, dengan ramai yg akan pulang ke bumi Tg Malim. Pada perkiraan aku jam 6.00ptg dah boleh sampai, tapi rupanya sangkaan aku 100% meleset. Mana tidaknya, sampai jam 7.00mlm. Nak magrib dah masa tu.

Malam tu bermalam di KHAR semula, sempat jugak ke Masjid Al-Mursyidin UPSI untuk solat Isyak berjemaah. Alhamdulillah, sempat ajak Istiqamah sekali. Balik jenguk ke rumah adik Imtiyaz, borak-borak rupa sampai 11.30mlm. Tak tersedar, esok pepagi nak merempit ke Bestari Jaya.
Sampai bilik Syi terus siap-siap nak tidur. Alhamdulillah, Berjaya bangun walau agak keletihan sebelum subuh, sempat jugak qiam sekejap, isi jiwa yg using ni. Allah..

Jam 6.00pg bertolak ke Bestari Jaya, sempat isi minyak di Petronas TM. Aku redah kegelapan pagi, sejuk dingin terasa hingga ke tulang rusuk dengan cuaca yang baru lepas hujan. Bila sampai ke persimpangan selepas laluan ke UniSel. Tiba-tiba aku tengok meter minyak moto terus hampir ke merah, padahal baru isi.

Cuak masa tu Allah ja yang tahu, terbau-bau minyak petrol, tapi aku abaikan je memandangkan baru sebuah kereta lalu dengan asap yng berkepul-kepul. Tapi tetap jugak tak sedap hati. Aku doa moga-moga sampai ke rumah sewa aku dengan selamat, rupa kat simpang kampong moto makin perlahan nak mati. Aku terus turun dan tolak ke tepi.

Lepastu cuba hidupkan lagi, nak telefon Norma tak jadi, kebetulan Allah tolong Nisa jiran sebelah baru lalu, aku terus tahan, cakap mintak tumpang nak balik ke rumah. Sebelum tutup pintu kereta memang bau minyak petrol agak kuat. Berderau darah. Tapi masih tak fikir apa terus siap-siap nak ke sekolah pinjam moto nenek dulu.

Balik sekolah ni, masuk bilik aku bau lagi petrol, rupa bau petrol kat seluar kaki kiri dan kanan. SERAM. Allah masih sayangkan aku lagi… Hampir saja aku boleh terbakar sebab petrol dah melimpah ruah. Allah. Allah..

Petang ni jap lagi nak ambil moto kat simpang, mudah-mudahan Nor boleh dibetulkan dengan kos yang rendah. Aku dah kekurangan sumber. Sungguh-sungguh.

Apa yang menguatkan aku bila semalam sahabat kongsi balik semula ayat INFIRU!
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan susah mahupun senang dijalan Allah dengan harta dan jiwamu…”                 BERANGKAT. Moga aku dan mereka thabat di jalannya. Doakan aku sahabat-sahabat seperjuangan. J


3.13pm
27Okt2014
Bilik Pink
Bukit Badong

AKAN TIBA MASANYA NANTI

Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat bernafas pada hari ini. Semalam keluar dengan pelajar 4Akaun dalam 8 orang macam tu. Ntah kadang tak tahu nak rasa apa sekarang ni. Bila dikira tinggal 15 hari je lagi. Bakal rindu dengan anak-anak murid yang comel-comel tuh semua, dengan panggilan cikgu….cikguu….cikguuu! Huhu…

Rasanya dalam banyak-banyak kelas mesti aka nada je beberapa orang yang agak ‘aktif’ maksudnya akan menarik perhatian aku dari sudut percakapan, gaya, tingkah laku sampai kadang aku nak marah jadi ketawa. Ishk3..

Bermula dari kelas 4SN2, 4AK, 4ICT2 dan 4SV1. Macam-macam ragam. Sebenarnya inilah yang dipanggil sayang. EH? Sungguhlah. Kali ni tak boleh tipu. Mudah-mudahan saja aku kental masa minggu akhir nanti. Sobsob. Haha.

Sebelum meninggalkan kesan kenangan kat sekolah tuh aku nak cari sesuatu yang sejuk dan sedap untuk mereka. Tapi aku tak jumpa lagi mana tempat yang dekat nak beli melainkan dekat Tg. Malim. Hailah. Pening ku memikirkannya. Namun tidak jugak aku temui jalan. Aku nak ke Kuala Selangor aku pun tak pandai kedai-kedainya kat mana. Tak mahu susahkan sesiapa. Nanti akan ku fikirkan lagi.

Detik-detik nak keluar ni jugak membuatkan aku berfikir lagi apa sebenarnya sumbangan aku pada mereka (pelajar-pelajar). Menangis! Huhu… Aku tak pasti apa…Namun, moga yang sedikit itu bermanfaat, moga yang tersilap akan digilapkan lagi inshaAllah…

Masih lagi dalam mood exam dan mereka baru habis kertas Sejarah 3. Macam ahli falsafah dah gaya anak-anak murid aku. Haha. Tak apa, mana tahu suatu hari nanti, moga mereka lebih baik dan dapat sumbangkan sesuatu untuk Islam. Ya, kejayaan itu ada selagi kita meletakkan harapan. J

DAN SERIUS MEREKA COMEL. HAHA. Bersambung… >_<



12.33pm
12Okt2014
Bilik pink
BB

7 HARI IV ii

Sambungan...
Lepas tu Alhamdulillah jumpa jalan jugak akhirnya, maka kitaorang ke destinasi seterusnya iaitu ke rumah kawan kat Slim River ambik kunci sekejap baru ke rumah Pika kat hospital untuk antar Mira sekali. Sampai kat Slim River tu hamper jam 12.00 malam. Aku tahu mesti mak pika marah balik lewat. Huhu. Tapi nak buat macam mana, aku tak nak pun benda ni jadi tapi ia dah tersusun sebegitu. Huhu.

Lepas hantar Pika dan Mira tinggallah aku dengan Shuwai nak balik meneruskan perjalanan pulang ke TM terchenta, niat di hati nak lalu tol sebab jalan dalam sunyi namun takdir juga kami salah pilih lorong antara IPOH dan KL. Bila dah tersilap maka kami ke SUNGKAI! Bukan balik tapi makin jauh, Allah ujian sungguh. Namun aku tabahkan hati, lalu jugak told an patah balik dalam 49KM lagi nak menghala ke TM.

Bila sampai ke TM dalam jam 1.00 pagi macam tu dan kebetulan lapar yang amat maka kami berhenti makan kat Sinaran Tomyam. Lepas makan baru ke rumah kawan jenguk-jenguk sebab banjir (tangki pecah kot) lepas jenguk tu nak balik terus rumah seorang kakak tumpang tidur sana. TAPI tiba-tiba kereta tak hidup. ALLAHUAKHBAR... Lelah.. Aku tak tahu nak kata apa memandangkan esok sekolah. Hilang seketika...

---
Ntah kali ke berapa mencuba Shuwai cadang telefon kakak tu untuk ambik kami. Dalam masa yang sama jgak adik-adik Imtiyaz kebetulan ada mesyuarat malam tu maka kami telefon salah seorang daripadanya untuk tolong hidupkan kereta. Subhanallah, tak berapa lama kakak sampai maka adik-adik Imtiyaz 4 orang lelaki datang hidupkan kereta. Alhamdulillah hidup dan masa tu aku sendiri tak berani dah nak bawak kereta takut mati lagi maka aku ambik keputusan sesama pinjam dulu adik Imtiyaz untuk aku bawak balik ke rumah kakak tu dulu dan aku janji akan pulangkan esoknya.

Fikir punya fikir maka aku pun buat keputusan balik naik Nor sebab tak nak susahkan sesiapa. Berbekalkan tidur selama 2 jam tak sampai aku bangun pagi jam 5.15 pagi siap-siap nak balik K.HAR semula ambil motor Nor. 6.30 pagi bersama Shuwai ke sana tanpa baju sejuk. Sejuk amat...!

Bila sampai ambik kunci motor dan jaket aku hantar Shuwai ke KTM dan terus gerak balik ke Bestari jaya nak pi sekolah! Dalam perjalanan hujan. Hujan makin lebat. SEJUK SANGAT SANGAT. Tak apa demi sekolah dan demi amanah Allah aku teruskan jugak. Tak nak mengalah sebab sejuk tu. Harap kat Allah sungguh-sungguh. :’)

TIBA-TIBA kat satu selekoh tu motor mati. Allah... sudah.. dan jam menunjukkan jam 7.31 pagi! Arghhh.. Tension tapi cool... Aku tongkat 2 motor tu, aku cek-cek kot ada yang sangkut dengan baju hujan yang kak Hala bagi koyak-koyak sebab laju sangat kot. Tapi bila cek xda yang sangkut..kesan baju hujan koyak-koyak ja. Huhu. Maka dengan bismillah aku hidupkan enjin 2x tak silap. ALHAMDULILLAH HIDUP. Allah Allah Allah. Aku pun terus dengan laju pecut nak sampai ke rumah salin baju kurung. Sempat toleh ke sekolah tengah perhimpunan lagi. LEGA kejap!

Lepastu tukar-tukar baju terus ke sekolah dan Alhamdulillah masih perhimpunan lagi, jadi aku patah balik lalu jalan belakang ikut kuaters. Parking dan terus ke pondok yang ada pengawas. Aku ajak borak-borak tanya tentang exam. Sebelum ke sekolah aku sempat tengok jadual ujian jam 8.30 pagi dan aku kena masuk ke kelas tu jam 8.10. Alhamdulillah sangat sebab sempat. Allah sebaik-baik penolong... Dan hari itu belum lagi berakhir ceritanya, dan aku akan sambung lain kali. 

“Bila kau rasa tiada siapa dapat bantu kau, yakin dengan seyakinnya HANYA Allah yang dapat bantu. Hanya DIA. ALLAHUAKHBAR...!”


9.53PM
24Ogos2014
Bilik Pink
B.B

7 HARI IV i

Allah.. nak  jerit ja kuat-kuat tapi x boleh sebab tak boleh.. wuwu. Nak tahu tak...erm..sebenarnya laptop ni diformat dan aku lupa nak transfer fail dari data C ke data D... :’( Habis 3 entri yang aku dah taip..Tapi bila muhasarawak (mcm IPG plak) huhu mungkin banyak hikmahnya. Allah nak aku adu pada dia ja.. Segala heartshot yang aku buat biar hanya Allah yang tahu..

Astagfirullah hal a’zim atas memori ahad lepas.. Banyak kena koreksi dan muhasabah kenapa dan mengapa dan hikmah yang WAJIB diambil.

Permulaan perjalanan aku balik ke khar naik Nor aku macam biasa..Sampai kat K.HAR macam biasa jam  5.15pm macam tu lalu aku solat asar dan ajak Balqis terus ke Soeharto ambil Aton. Awal plan nak bawak pika tapi pika smpai lewat sikit deh. Pergi Alhamdulillah tak ada apa yang berlaku smpai kitaorang pi buka puasa sama-sama kat Sinaran Tomyam dengan Imtiyaz a.k.a Sinergi lagi ramai. Hehe. Lepas tu, malam tu plan pi raya rumah felo terchenta kami. Sempat pi rumah Pn Diana dan En Ghaz ja kononnya nak pi bertolak rumah Aqmal malam tu jam 10malam. Tapi Allah tak izin plus aku sendiri tak sungguh cari keta. Huhu. Aku kepenatan sebenarnya sebab pagi Sabtu tu sekolah.

Bila malam tak jadi bertolak maka dengan bahagia aku dan mereka buat keputusan pi pagi esok pepagi. Akhirnya kami pergi jugak lepas slot malam tu duk kongsi-kongsi cerita pasal praktikal. Hee. Best! Jam 7.35pagi dari K.HAR ke Shah Alam. Tapi kami berenti dulu makan sebab Balqis lapar roti canai dan aku pun memang nak sebab lama tak makan kot. Huhu. Kira 8.35pagi dari Hulu Bernam.

Dalam perjalanan macam-macam dibualkan smpailah tersesat masuk ke Meru ke Pantai Indah aku pun lupa. Tapi akhirnya jumpa jugak rumah Aqmal. Cerita kat sana special sikit. Nanti entri lain aku sambung ek. Hihi.

Balik tu okay lah sama-sama dengan Sinergi lelaki 1 kereta tapi kitaorang tukar sikit sebab perempuan 6 orang. Sampai K.HAR jam 7.35malam. Solat jamak dan persiapan diri maka aku pun bertolak ke KTM ingat nak hantar Shuwai dulu tapi rupa tiket malam sangat dan cancel dulu. Aku pun buat keputusan tak jadi balik malam tu. Terasa macam seram. Tak pasti kenapa. Tapi aku teruskan perjalanan.

Masuk ke Soeharto Allah lama sangat bila pikir balik sedang patutnya paling lama dalam 45 minit. Tapi kami pi dekat nak 2 jam. Hijab ditutup atau tak tahu. Allah jua yang tahu. Hmm. Tapi okay lagi sampailah kami memang betul-betul sesat bila nak keluar. Masuk Felda Gedangsa, Allah. Dah sesat tu tak perasan pulak masuk ja sampai 2 lorong tak jadi-jadi. Aku memang dah cuak tapi zikir ja. Allah ja boleh pandu kami jalan yang lurus. Nyaris kami nak termasuk ke TANAH PERKUBURAN. Astagfirullah hal a’zim. Memang masa tu dah berderau darah aku. SERAM amat tetiba.

Namun Shuwai, Mira dan Pika tetap cool tapi bila cerita balik lepas tragedi ni semua seram sebenarnya cuma tak nak cakap sebab risau dah masa tu. Last sekali kitaorang pi balai polis lepas telefon Aton beberapa kali tak angkat. Huhu. Sebab da tak percaya lagi dah walaupun ada orang kampong.. Takut apa-apa jadi tak boleh jangka...Tiba-tiba....

Sambung lah nanti ya.. Aku tak boleh ingat memori ni sangat. Sebak sebenarnya.. Huhu. Sampai jumpa lagi kat entri akan datang... :’)

9.59pm
Bilikpink
B.B

7 HARI III

Aku hanya nak menaip. Tapi aku tak tahu nak taip apa. Aku nak bercakap tapi aku… Hahaha.
Tapi… Tapi aje. Ok nak cakap minggu ni sebenarnya kena latih pelajar untuk gimik persembahan sempena pelancaran Bulan Patriotik sekolah ni.

Bagus komitmen partner-partner semua dari UNiSel sekali. Cikgu-cikgu yang komited. Moga kita semua istiqamah sehingga ke akhirnya. Walau MUNGKIN tak di medan pendidikan dan perguruan namun di medan kerjaya kita TETAP perlu komited. Ye tak?

Mereka 4 orang baru di observed pada hari ini. Dari seawal hari ini aku tgk Rai dah ke hulu ke hilir dan Hilmi dah risau sepesen. Petangnya pulak nampak Izzat dengan Azira dah gelisah. Allah jua yang beri sebaik-baik penenang. Rupa-rupanya 2 daripada mereka berpuasa sunat hari ni. Subhanallah. Moga Allah yang bantu untuk pemarkahan mereka. Moga tip top hendaknya.

Walau berpenat lelah pada hari ini mereka ni tetap datang dan bagi komitmen penuh pada latihan untuk gimik yang akan diadakan pada hari Jumaat 15 Ogos ini. Fuhh! Berdebar rasa. :p

Namun, baru satu perkara aku teringat bangun tidur petang tadi. Huhu. Nama mereka (Cikgu praktikal UniSel) tak ada dalam pamplet pembukaan ni. Huwaa. Aku rasa Ckg Fatonah maklum dah benda ni. Boleh pulak aku terlupa tadi masa edit-edit dengan cikgu. Tu lah tengok je nama sendiri. Ishk ishk ishk. Patot aku cakap tadiii.. Aih. Geram dengan diri sendiri. Tu kredit utk mereka. Kredit tahu. Huhu.

Untuk busking pulak aku tak ada jelaskan apa-apa lagi dekat dieorang. Huhu. Banyak benda kena settle minggu ni sebenarnya. Nak cerita kat mak tapi mak pun tak sihat sangat. Mak demam sebab kena buat kerja sorang-sorang untuk 3 kunjungan marhaban. Kesian mak. Allah..

Wahai Allah, kau tolonglah hamba-Mu ini… Ya Allah ya Tuhanku tiada kemudahan kecuali yang Engkau jadikannya mudah. Engkau yang menjadikan kesusahan itu mudah apabila Engkau jadikannya mudah…

Aku nak balik TM. Tragis. Ambil mood. BUKAN. Aku ingin sikit semangat itu. Tolong.
Allah. Allah. Allah…


7.17pm
Bilik pink
13 Ogos 2014
Bukit Badong

7 HARI II

Alhamdulillah, dah masuk ke bulan Ogos 2014. Maka, semakin dapat membiasakan diri dengan suasana sekolah dan RPH yang hari-hari. Haha. Bukan apa aku perlu siapkan 9 RPH seminggu. Ya! Seminggu. HAHAHAHAHA. Ketawa jahat. Banyak sebenarnya, namun Allah jua yang beri kekuatan untuk aku laksanakan dan siapkan RPH ini. Namun, masih jugak banyak kelemahan yang perlu diatasi.

                Setiap hari memikirkan modul aktiviti buat anak murid yang aku cintai. Aku sayang semua. Tak tahulah. Tiba-tiba je ada walaupun aku masih lagi digelumang rasa takut. Masakan aku tak takut nak mendidik anak orang! Haa, sebab tutur bicaraku semua akan dipandang oleh pelajar walaupun mungkin tak semua TAPI mak pernah pesan jadi cikgu tu cakap yang betul sebab pelajar lebih dengar kata cikgu dari mak ayahnya. Huhu.

Jadi cikgu tu jangan sampai kata pelajar itu tak ada harapan. Sedang kita tak tahu esok-esok dia yang paling ke depan. Dia yang paling disayang. Dia yang paling dihormati. Dia yang paling mengingati kita sebagai gurunya. Siapa tahu? Sebab kita BUKAN Tuhan. Sebab takdir kita juga masih dalam rahsianya walaupun diri kita SENDIRI. Astagfirullah hal a’zim!

Kak Long INSPIRASI pernah pesan, pah setiap hari kau masuk kelas senang ja, lepas baca doa, tulis hari dan tarikh kat depan tu kau tulislah pulak ayat-ayat best/motivasi/kata-kata kat papan putih tu. InshaAllah mula-mula dieorang akan tertanya-tanya lepastu kalau sehari kau tak tulis dieorang pulak tanya kau mana ayat azimat kau. Haha. Aku masa tu angguk-angguk aje, sebab banyak pesanan yang ku terima namun terselit jugak rasa nak buat. Nah! Lepas tu aku buat hari-hari sampai ada hari aku tak sempat nak cari kata-kata ni. Apa jadi? Haa, anak murid aku 4SV1 yang aktif tanya yang lain dari yang lain tanya… “Cikgu, hari ni tak ada ke ayat yang cikgu tulis kat depan tu?”. Haa, dalam hati terkedu jugak sebab memang tak ada idea nak tulis. Haha. Tapi nak jadi cerita masa tu jugak Allah kurniakan satu ayat yang pada aku buat diri sendiri.

“Jangan pernah berhenti berjalan walaupun kamu rasa penat”

Tu dia ayatnya. Huhu. Untuk aku sendiri tak boleh lelah untuk hadapi kerenah anak-nak murid, tak boleh lemah bila tak ada modul yang sesuai, dan tak boleh sesekali berputus asa. Sungguh! Sebab rahmat Allah itu terlalu luasa buat hambaNya. Subhanallah. Detik demi detik ku rasakan macam perlahan. Ah. Biarkan aku mencari ruang untuk persiapkan diriku di medan ini. Biar kita buat sesuatu yang boleh menaikkan semangat mereka supaya tak pernah berputus asa walaupun mereka bukan orang yang cerdik. Satu aku selalu pesan, biar kita tak pandai tapi akhlak kita mantop! =)

Sekian untuk hari hujung minggu yang segar bugar ini ya Allah. Esok akan mula kembali ke sekolah dan akan di ‘observed’ oleh guru pembimbing. Moga Allah mudahkan.  :D

“Ya Allah ya Tuhanku tiada kemudahan kecuali yang Engkau jadikannya mudah.”
Doa ini dulu cikmawarbbungo yang dengarkan kat aku melalui youtube. =) Berpesan-pesanlah kamu ke arah kebaikan moga kamu beroleh manfaat. Terima kasih sabahat-sahabatku. ^__^

12.48pm
10 Ogos 2014
Ruang belajar
Bukit Badong

7 HARI I

Subhanallah. Sudah sampai ke akhir ramadhan.

Maknanya sudah hampir masuk ke minggu ke-2 aku berpraktikal di SMK Raja Muda Musa, Bukit Badong. Macam tak percaya. Jadi guru dah aku walaupun secara tak rasmi lagi(belum bergraduat).
Hmm, kenapa ya? Takut sebenarnya nak mendidik. Bagaimana kita sebagai pendidik dan menginsankan insan? Allah. Sebab realitinya, tidak semua pendekatan dengan pelajar itu sama. Tak seperti macam pensyarah kepada pelajarnya. Lain. Tugas guru macam ibu ayah yang kedua selepas mereka.
PENTING. Ya, sangat penting memanusiakan manusia. Sebab kita akan berhadapan dari peringkat pelajar yang mudah untuk mendengar kata kepada sampai tak mahu cerita apa-apa
.
Betul, kita tak mampu ubah insan 100%, TAPI kita boleh ajak mereka berfikir. Berfikir tentang apa? Tentang tujuan hidup. Hidup yang bukan sekadar, celik, ke sekolah, balik sekolah, tidur, buat kerja sekolah, kemudian celik semula dan ke sekolah lagi. BUKAN!

Kita nak, mereka fikir apa erti hidup. Apa manfaat yang boleh mereka beri pada orang lain. Hampir 6 ke 7 kelas yang aku masuk, ada yang aku boleh bagi nasihat terus, ada yang kena selami ajak bercerita, beri contoh kehidupan masa lalu kita sebagai pelajar sekolah, kaitkan dengan realiti mereka. Maka, mereka akan lebih dekat.

Sekolah ni ada aura sebenarnya. Guru pembimbing aku siap pesan lagi, kita kena banyak buat aktiviti untuk jadikan Sejarah (major aku) sebagai subjek yang disukai. Gunakan teknik-teknik tertentu dari segi modul, pendekatan, bahkan dari sudut pakaian sekali. Ha, suatu ketika dulu ramai sahabat-sahabat yang dah lepas praktikum pesan benda yang sama.

Kita kena masuk dengan jiwa mereka. Buat pelajar ternanti-nanti kita dalam kelas. Kehadiran dirai bukan dibenci. Cukup mendalam pesan pengetua sebelum kami melangkah ke Tapak perhimpunan 14 Julai 2014 yang lalu.

Sampaikan guru pembimbing aku ni digelar Lady Gaga oleh seorang pelajarnya yang kini pelajar aku jugak. Huhu. Risau aku memikirnya. Ckg Fatonah ini pada aku unik. Ada aura dan aku cukup hormat padanya. Sejarah jadi subjek yang ditunggu-tunggu di dalam kelas.
Alhamdulillah, beruntungnya aku pernah berorganisasi suatu ketika dahulu. Maka, dengan (gigih sangat) aku cuba aplikasi modul-modul yang sesuai dalam pembelajaran dan aku kena bersifu dengan guru pembimbing aku.

Tentang rumah sewa, alhamdulillah, dapat jiran yang baik super duper GOOD :D. Namun, inshaAllah jika tiada aral melintang kami perlu berpindah ke kuarters guru berdekatan dengan sekolah. Sungguh, hikmah Tuhan itu luas, sedang manusia sedikit pun tidak mengetahui.
Aku akan cuba update info baru fasal praktikum ni lagi. Meluah pada manusia kadang boleh jadi tersalah bicara. Meluah pada Tuhan dia Maha Mengetahui segala-galanya. Meluah dalam blog tak semua akan baca. :p

4:39pm
23Julai2014
Dato’ Karjan

BukitBadong

Friday 27 June 2014

VROOMM VROOMM

Motor itu
Sering saja bawa aku bersama abah
Bersama kak rul, adik dan mak

Motor itu jua buat abah dan mak ke kebun
Mencari sesuap nasi buat kami
Motor itu tanda kekuatan kami
Masih punya kenderaan ke sana ke mari




Biarlah orang nak kata apa dengan segerombolan barang di atasnya
Aku tetap pendirian motor itu mampu tampungi
Tanpa motor itu aku sepi
Realiti dari kecil sampai sekarang aku masih dengan motor itu

Banyak cerita disebalik motor itu
Banyak jasa motor itu
Tanpa kenal rasa erti kenderaan 4 roda lain yang disekelilingnya
Biar orang kata aku suka rempit

Biar. Sebab dengan motor itu aku dididik. Sederhana. Tanpa rasa perlu akan kereta itu.

Mak abah. Harap sesuatu dari kami
Mulai dari motor itu mereka pasang impian.
Biar nanti anak-anaknya punyai kereta besar
Mampu memberi kepada yang perlu

Sungguh! Aku tetap sayang erti motor itu. Namun, ku juga pasang impian.

Moga mak abah sempat naiki roda 4 anaknya. Mak pesan "kalau abah dengan mak x da kereta besar, rumah besar xpa, tapi tebuslah maruah abah ko yg anak penoreh getah juga boleh berjaya masuk U dan ada kerja yg baik."

Dan aku yakin, adik pn blh lakukannya.
STPM itu pmulaan kpd langkah kehidupan masa depan.

Dan motor itu, jasanya terlalu banyak.







Kampung
2.44pm
28jun2014

Thursday 26 June 2014

JAM TANGAN ITU

Tiba-tiba teringat beberapa episod panggilan mak dari kampung.
Dalam minggu ni saja mak dah 3 hingga 4 x telefon bertanyakan bila aku akan balik.
Terfikir macam ada sesuatu. Risau sbenarnya walaupun dengan kawan-kawan aku main-main.. huhu. Moga yang baik-baik buat mak, abah dan adik kat kg tu.

Jam

Dulu masa kecik-kecik tengok kak rul dapat jam. Masa tu umur dia 12 tahun. Cantik. Menyala lampu jam tangan itu, kalernya hitam biru. Kira macam jam digital, ada bunyi2 macam tuh. Menarik la bagi aku yg baru berumur 10 tahun. Mak kata nanti, kalo aku dah besar dapat jugak jam macam kak rul. Aku pon xpasti aku mengiyakan atau macam mana.

12 Tahun.

Akhirnya, aku dapat jugak jam. Mak tahu citarasa aku. Jam tu macam jam lelaki. Warnanya hitam. Jenama QUARTZ. Jam tu blh masuk air. Hehe. Suka sebab ada gaya. Jam tu jugak teman aku sampailah habis STPM. Jam tu macam 'penjaga' aku. Bukan apa, sebab seolah-olah ada mak ke abah yang ada salu aku situ. Sedih-sedih, kuat semangat, kalah, menang, gembira, jalan-jalan semua dengan jam tu. Tapi sejak dr ada jam sampai sekarang kalo kat rumah la.. selalunya mesti hilang. Hilang bukan sebab tercicir tapi hilang aku tak ingat letak kat mana. Mak salu marah kalo aku terlupa. Tapi dia dah biasa. hehe. Sebab nanti selalu jumpa balik. Nak p sekolah pepagi cari jam dlu.. Sampai dah nak naik basikal, eh jam lupa.. jerit2 panggil mak.. mintak tolong ambikkan. huhu. malas kan aku.

*macam jam yang hilang tuh*


Hilang

Erm. masa keja kilang jam yang mak beri tu hilang. tension rasa. mungkin hilang masa kat surau. surau kilang yang sepi tanpa umat Islam nk kerjakan solat. Astagfirullah. Aku tak leh terima hakikat. Walaupun sebelum jam tu hilang mak ada belikan satu lagi jam. Sepasang dengan kak rul. Aku syg sangat jam tuh. Macam ada aura.. sebab tu jam yg pertama aku dapat. Aku takkan beli jam sendiri. Sampai skrg ada 2 ja jenis jam tangan aku yang mak belikan.

Kini

Jam yang baru tuh (xlah baru sangat) jam masa ting.6 mak belikan. Jam tu warna emas. Talinya hitam. Semalam talinya putus lagi. Xpa..aku akan baiki semula. Nak g kedai balik. X kiralah bpe kali rosak aku nk baiki jugak..sampai ada jam baru dari mak.. Sayang sebab mak yang belikan. Sayang jugak sebab salu abah yang teman mak belikan. huhu.

Tak sama

Kadang tgk kawan-kawan beli jam baru. Aku kdg terikut nak beli.. Pastu, aku mesti teringat jam yang mak bg. Jadi aku xpernah lagi beli jam sendiri. Niat tu aku akan batalkan. Tetap nak jam mak.. tetap nak jam QUARTZ yg mak belikan..

Esok inshaAllah nak balik kg. Dalam usaha nak selesaikan kemas-mengemas. Mak abah, tunggu orang balik yer. Kali ni balik lama sikit. Terawih kat umah, p masjid sesama dengan mak.. Nak masak.. Nak rajin.. huhu. Mak, tunggu tau orang balik. Nanti orang ganti plak masak-masak, kemas umah, sapu halaman.. tau mak... tunggu orang..




embun
615-3
8.49pm
26Jun2014

Tuesday 10 June 2014

KEM PEMANTAPAN MMK KHAR 14/15

Alhamdulillah ya Allah

22 hingga 25 Mei 2014
Tamat sudah Kem Pemantapan MMK KHAR 14/15 di  KHAR dan Pangkor Village Beach Resort.

Tamat sudah lakonan kami daripada unit aktiviti. :p
Ya Rahman ya Rahim yang memberi izin kepada aku dan mereka untuk melengkapkan kelahiran generasi baru MMK KHAR.

Awal perancangan kem ini, banyak perubahan dan permasalahan yang terjadi.
Antaranya bas masih tak dapat bukan sebab mohon lewat tapi banyak kem persatuan dan kelab juga berlangsung.

Kekangan masa untuk kami unit aktiviti menyiapkan modul, almaklum di akhir-akhir semester banyak perkara yang perlu diselesaikan dan tugasan yang perlu dihantar.

Pada ketika itu juga masih samar-samar dalam menentukan kem komandan bagi kem ini.

Namun, segala-galanya berjalan dengan lancar.
Ada dua trip perjalanan. Pagi bersama En Haris dan petang trip bersama peserta.

Kali ni berganding dengan JMK10/11 dan JMK 11/12
Abg Sham dan Kak Hala.
Subhanallah. Allah titip idea orang yang tepat dipilih.
Sehingga kini aku teringat-ingat memori di sana.
Tatkala kami unit aktiviti terlebih dos ada yang nasihatkan =)

Banyak air mata adik-adik yang tumpah kat sana.
BANYAK. Sampai aku sebak kat tekak. Terpaksa berlakon sbg kem kom yg ganas *ganassgt* huhu

Drpd YM, Balqis, Ilyas, Kir.
Semua yg agak berat pembawakan kami nk bawak.
Sebab mereka sebagian drpd kami. SINERGI.
Namun, niat utk memudahkan pjalanan mereka spjg sidang, kami gagahkan juga.

Faizol - Balqis - Ilyas - Fatin - Zureen - Kir - Istiqamah
Rosyidi - Ezzah
Harith - Auni
Ikhwan - Atikah
Azim - Hawa
Haniz - Eva - Akmal
Peravin - Faezah
Faiz - Rashveni
Ashraf - Marjan
Lokman - Ashilah
Joe - Along - Hidayad - Fadhilah - Maisara - Afiqah - Maryam - Devie - Asmirah

35 kekuatan

Teruk juga kami provok. Drpd prog, tindakan, disiplin, kesihatan, masa dll
Sampaikan setiap kali slot yg provok tiada yang xda tangisan.
Kesian kat adik-adik.

Aktiviti air, LDK, muhasabah, kerohanian, games.
Namun, yg plg penting ialah refleksi dari awal prog sampailah akhir.
Sampaikan AJK semua menangis. Ya Rahman Ya Rahim. Limpahan kasih sayangMu banyak sangat kepada kami. Kamilah yang sering menzalimi diri kami sendiri. Allah. Allah. Allah.

AJK dan Peserta :p


Aku dengan AJK Aktiviti kena refleksi satu-satu
Supaya mereka jelas kenapa setiap satu itu dibuat.

Moga-moga kem ni buat mereka kuat andai rasa ingin berhenti di pertengahan jalan.
Moga-moga mereka kuat sepanjang sidang. Ameen.

Antara slot yg x bole lupa mereka kena merangkak masuk dalam air laut, sampaikan Rash kejang kaki. Allah.

Lepastu slot matlamat. Ashilah dgn Hanis. Mereka memang wonderful. Antara permata yg akan menyerlah nanti inshaAllah.

Slot malam kebudayaan yg AJK yg disuruh berlakon habis menangis. Allah. Allah. Sampai Balqis lari ke tepi pantai. Memang aku takkan lupa part tuh.

Dan slot masa MT teruk kena sebab prog malam kebudayaan x berjalan lancar. Kesian kat Kir. Dia tak larat sangat berdiri lama-lama tapi kerana anak buah dia. Dia sanggup gagahkan jugak. Walaupun kteorg dh suruh duduk.

Paling terkesan adik-adik ni sampai lupa nk refill air, sampai Hidayad masuk hospital sebab dehidration.

Sesi berbahas jam 2 pagi di tepi pantai. Memang kuat semangat mereka. =)

Aku yakin untuk tinggalkan mereka.
Aku yakin mereka boleh buat lebih baik daripada kami.
Aku yakin mereka akan menjadi insan yang hebat.
InshaAllah. =D

Kursus Timbang Tara juga semakin hampir.
21 hingga 23 Jun.
Mereka 35 org akan angkat sumpah.
Sebagai MMK KHAR 14/15

Moga Allah izin permata-permata ini menyinar.
Moga Allah izin KHAR dinaungi dengan prog-prog membentuk jiwa-jiwa penghuni.
Ameen ya Allah.

Selamat berjuang adik-adik
Doa kami sentiasa utk kalian inshaAllah

hujung dunia *hayati liriknya*

Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Kalau ada silap dan salah
Harap kalian sudi maafkan

Buat AJK sekalung tahniah ^^
Buat Abg Sham dan Kak Hala terima kasih ;)

"JMK/MMK ni lain, adik-adik akan rasa erat, kekeluargaan tu. Hayati dan rasailah, korg akan dapat kemanisannya sampai bila-bila..." =D

SINERGI PEMANGKIN KEUNGGULAN

kem kom
10062014
KHAR
615
6.28pm

3 IDIOTS

Semalam.
Lepas balik masjid dengan kak ngah n adik an.
Lepas membeli belah makanan di kafe.

Lepas hantar pesanan ke rumah JMK
Datang kat rumah dik an.
Niat nak sekejap sak kat sana.

Tiba-tiba dia an tgh bukak TONTON.
Maka, aku pun dtg idea nak tgk citer Temptation of Wife. (sesaje)
Dik an  kata, "Kak, tak yah lah.. kita tengok citer 3 Idiots."

Aku mana tahu sangat muvie2 ni. haha. (serius okay)
Aku dengan rela hati pun mengiyakan.
Kak ngah pon join sekaki sambil makan burger dia (lapar sak)

Dan... banyak pengajaran yang boleh dapat dr citer tu..
Dan.. aku baru tahu lagu senamrobik masa jdi JMK 12/13 lagu citer ni lah. haha
Dan.. ia bukan sekadar citer biasa..

Membuka mata buat aku ni ha yang nak jadi cikgu praktikal.

Ilmu bukan sekadar kepantasan.
Tapi ia lebih meningkatkan pengetahuan.
Sedangkan makna yang diminta oleh Rancho langsung xda dalam buku. HAHA.
Kesian pengetua dia.

Bagaimana centimeter ubah hidup dia jadi 360 darjah lepas jumpa Rancho
Bagaimana Rancho belajar bukan kerana Ijazah Kejuruteraan tp sebab dia nak!
Bagaimana mereka yang selalu ikut sistem. Hafal sebijik2 tanpa pemahaman.

Kadang terpikir.. aku ni yg mana?
Belajar sebab exam? *gulp

Belajar sebab tgk orang masuk U fifa? *prang prang

Dan paling terkesan tentang persahabatan dieorang.
Sanggup didenda sebab kawan.
Sanggup segala-galanya
Sampai tak terpikir aku Rancho bawak ayah Raju naik scooter dengan Pia. Haha.
DEMI NYAWA. DEMI PERSAHABATAN.

Dan bagaimana berpikir luar daripada kebiasaan.
Hidup kita jika biasa-biasa. Dimana pengakhiran yang dinanti?

Allah.. Allah..
Baby- Remaja- Masuk U- Keluar U- Kerja- Mati?

Erti hidup pada memberi!
Dan ternyata ketenangan itu suatu kembara, bukan destinasi.

*diam*
6-1-5
Mantan
10062014
5.15pm

Monday 28 April 2014

MAKAN TENGAHARI

Bismillah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Baru-baru ini berpeluang untuk ke program yang pada aku sangat membina kebergantungan aku pada Allah.
Mungkin dulu ada, tapi mungkin % nya tidak seperti yang aku baru lalui. Alhamdulillah ya Allah atas nikmat Iman dan Islam.

Ya. Aku tahu memandu kereta. Mungkin dah berjenis-jenis kereta aku pandu. Dah rasa, ala kacang je bawak kereta ni, TAPI kau tahu, kali ni berbeza sungguh. Jalan dia, Allah saja dapat bayangkan perasaan aku yang cuak 360%. Terlalu dahsyat. Terlalu. Tak dapat nak jelaskan melainkan melaluinya sendiri.

Hanya pada Allah aku titipkan rasa kebergantungan. Selamat semuanya. Selamat kenderaan dan mereka yang aku bawa. Alhamdulillah.

Buat pertama kalinya jua, aku ambil keputusan drastik, dengan memberhentikan kenderaan di tepi jalan. Aku tidur! Ya. Tidur sebab dah tak mampu nak celikkan mata, mengantuk yang amat. Walaupun aku sorang-sorang masa tu. Macam bahaya. Tapi sekali lagi, Allah saja sebaik-baik penjaga. Alhamdulillah. 

Ustaz kata hari tu :

"Jika kita TIADA sesuatu, kita TAK boleh nak beri sesuatu pada orang lain."

"Allah tidak berhajat pada makhluk, TETAPI makhluk yang berhajat pada Allah."

Nampak tak. Aku tahu memandu, Alhamdulillah dapat membawa kenderaan dengan izinNya, dapat beri sesuatu pada mereka, NAMUN Allah jua yang beri kekuatan pada aku untuk tempuhi semua itu, TANPA DIA aku sendiri tak mampu. Lailahaillallah.

Pada masa yang sama, aku melihat gerak kerja mereka. Lebih kurang. Macam yang aku lalui sekarang sebagai MMK. Tapi ada beza. Beza yang ketara untuk aku muhasabah sendiri.

Mereka :

Tidur lambat tapi bangun Qiamulail
Banyak kerja tapi solat berjemaah
Ada waktu senggang selalu bersama al-Quran
Solat Dhuha tak tinggal
Mathurat jadi amalan pagi dan petang
al-Mulk sebelum tidur
Bergaduh dengan sahabat tapi dalam perkara yg mengingatkan
Makan setalam
Sangat menjaga kebajikan sahabat

Nak solat ajak, lepas tu, sampaikan aku nak tertidur mereka kata, "jom kak, xnak ngantuk kan? tasmik hafalan saya kejap." Allahuakhbar. Segar bugar terus mata aku. Huhu. *terketuk-ketuk*

harapan


Dan banyak lagi yang aku rasa kadang-kadang kehilangan tapi sebenarnya ada. Aku yang patut corakkan. Bukan mereka. Kelebihan mereka duduk dalam kalangan yang ahlinya memang faham. Aku yang kena muhasabah diri. APA YANG TELAH AKU SUMBANGKAN KEPADA ISLAM. 

Sungguh! Niat aku bila menerima mesej dari kakak, aku inginkan sesuatu yang mampu dekatkan diri aku padaNya. Alhamdulillah, walaupun banyak juga perkongsian yang aku tak sempat hadiri, namun sedikit sebanyak ia buatkan aku sayang dengan sahabat seIMAN ini. Tabiyah Jasadiyah dan Tarbiyah Rohaniah.

Kalau sesiapa membaca :

"Jika kita rasa berat hati dan berkira-kira nak pergi ke sesuatu program yang elok dan bermanfaat, maka ciptalah satu alasan untuk pergi sebab kat situ pasti InshaAllah kita akan dapat sesuatu."

Syukur aku masih di sini
Syukur aku bernafas lagi
Alhamdulillah =)

3.43am
615
sesejukkabuspagi




Wednesday 23 April 2014

TASK

Alhamdulillah.

Rahmat Allah serata alam melimpah ruah.

Cerita ke Pantai Morib bertukar menjadi _______. Haha.
Kau tahu, peristiwa tu buat aku terkenang-kenang. Sampailah malam ni.
Membelek-belek ruangan blog ni. Aish, macam tak nak ja rasa ke sana.

"Kadang tak semua perlu diceritakan...." Ohoi Nor, kau ni.. Dah tu?
Simpan sebab dia tak faham lagi. Haha
Penyedap hati katanya.
InshaAllah, okay dah ni. =)

Walaupun poket rabak nak musafir lagi tapi aku tetap simpan angan-angan.
Angan-angan nak ke Terengganu.

Tettt...Teettt.. Bunyi mesej masuk jam 2.30 pagi.
"....Tiada siapa yang dapat menjadi pemisah antara kita kecuali AJAL..." antara intipati mesej Tok kepada aku. Hampir 1 sem tak jumpa dia. Dan malam yang sama jua jam 10.58 malam.

Tett..Teeett... Mesej masuk lagi.. Dan 1 panggilan tidak dijawab. Opss! Hp dalam mood senyap.
" Salam, hujung minggu ni sibuk tak?"
Haaa...Aku diam dalam 2 minit.. Pastu mencari-cari Akademik Planner. Oh, aku kena ke Rumah Anak Yatim. Tapi dari segi keutamaan aku bukanlah orang yang penting.

"InshaAllah, tak sibuk..cuma nak ke rumah anak yatim ja..kenapa kak?"

Tak sampai seminit aku fikir balik...

"Tapi, boleh ja kalau saya wakilkan orang lain."

11.10 minit
" Nak minta jadi ___."

"Oh.. inshaAllah. Boleh." Yakin ja, walhal aku tak tanya lagi seseorang. Huhu.

Maka bermulalah episod yang padat minggu ni. Berangan-angan nak ke Terengganu + memantapkan skill pemanduan. Haha. *macamtakrelevan*

Mesti Allah nak susun sesuatu untuk aku.
Jaga ibadah dengan Dia.
Jaga hubungan dengan manusia.
Rehat hanya di akhirat! Ya. Doa-doakan.

Dan aku pinta hati baru...Buat sesuatu yang ku rindu....DULU.

Dan temuduga MMK KHAR 14/15 bermula pada malam tadi sekitar jam 9.30 malam.
Moga kau permudahkan mereka.

Legasi
Bukan tentang hebatnya program,
tetapi tentang pelapis kepimpinan
masa akan datang.

"...Dan tiap-tiap sesuatu itu ada hikmah besar buat mereka yang memandang dengan kurniaanNya."

Sesuatu yang aku yakin berlaku alhamdulillah. Allah kurniakan ia malam ini. PERMAI YANG DAMAI. Subhanallah =)

5Nescafe
5.40 pagi
KHAR

Friday 4 April 2014

MUSAFIR SEM 6

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. Semester ini masih berangan-angan nak musafir lagi.
Tapi perancangan untuk yang jarak jauh tidak pasti bila.

Cadang nak ke Pantai Morib, Selangor lepas balik kampung.
Search kat internet. Subhanallah, cantik yang amat.
Aku suka sangat pantai!

Ada misi juga nak dibawa ke sana. Moga Allah izin. Biiznillah =)

Aku nak cakap lagi aku suka sangat MUSAFIR! Antara sebab ayat ini :

"Dan perhatikanlah keindahan alam dan singkapilah hikmah disebalik setiap ciptaanNya."

*jom jalan*

Subhanallah. Mana-mana trip yang aku pergi pasti akan dapat sesuatu! Ya, dapat kenal kawan-kawan, dapat kenal family yang lain, dapat kenal adat, dapat drive kereta *ini kegilaan*. Haha.

Sebenarnya yang lebih penting dapat belajar sesuatu dari alam Allah!
HIKMAH KEMBARA :D

Plan semester ini :
TARGET UTAMA ialah negeri Terengganu.

Tak pasti kenapa nak sangat ke sana. Aku suka. Walaupun kali ini tak pasti sama ada pergi ramai-ramai atau sendirian.
Ada kawan kat sana. *bolehlahtemberang* haha

Esok nak balik kampung pagi-pagi, tapinya tak kemas apa-apa lagi.
Moga aku selamat mendarat di Johor.
Rindu sangat orang di sana. *walaupun aku tak tahu nak cakap* :3

Menghitung tugas-tugas akhir sidang ini.
Harap dapat selesaikan dengan baik ya Nor.
Salam.


kembara
2:40am
615




Monday 24 March 2014

PENAWAR

Bismillah.

Khadijah menguis-nguis tanah. Otaknya ligat berfikir sesuatu.
Nampak sarat dengan macam-macam perkara.
Barangkali tentang 'mereka'.

Nor meneka dari jauh. Faham benar dengan gelagat Khadijah.
Dan dia juga ligat berfikir, dalam masa yang sama mengatur langkah.
Mendekati Khadijah.

"Assalamualaikum mak cik!" Sapa Nor.

"Waalaikumsalam.. Eh, akak! Mak Cik Vietanam! Haha." Jawab Khadijah, dengan riak wajah sedikit terkejut, namun masih lagi ingat panggilan nama rekaannya kepada Nor.

"Ntah apalah yang dipikirnya tuh."

"Tarappapa.." Jawapan normal Khadijah.

"Macam baru kenal sehari. Macam akak x tahu. Adalah tu x nak ceriter. X apa.. nanti akak korek rahsia. Haa.." Balas Nor.

Tiba-tiba...

"Jom pi PC kak." Khadijah.

"Set! Jom, akak dah bawak Muhammad (gelaran bagi motornya yg power)." *power ke* uhuk2

Khadijah senyum.
-------
Sepanjang perjalanan tak ada yang diperkatakan. Kebetulan jarak ke PC hanya beberapa KM ja dari tempat kediaman mereka. Di kolej yang agak dikenali ramai. Bila tiba di sana. Mereka melangkah ke kawasan pondok yg berdekatan. Tempat biasa bagi mereka.

"Ada apa2 nak cerita kat akak?" Nor menyambung kembali cerita yg tersangkut di kolej tadi.

Khadijah diam. Hmm. Mengelamun rupanya. Nor menepuk bahu Khadijah.

"Sakitlah akak."

"Ha, tau pun. Hahaha. Ingat nak suruh akak cakap sorang2."

"Sy x ada apalah.. Nak hayati keindahan tasik buatan manusia ni ja."

"Oh.. Tak apalah.. Tapi akak nak cakap sikit.. Sikit jer."

"Apa?"

"Rasa tenang tak bila tengok pokok2 menghijau.. rumput yg cantik.. air yg tenang?"

"Suka." Sepatah yg dibalas. *penat taip*

"Ada sorang sahabat ni pernah bagitau. Kalau kita rasa tenang, rasa damai pandang pada ciptaan Allah ni sebab semua ni tengah berzikir kepada Allah. Mahkluk-mahkluk ni semua patuh dan taat dengan perintah Dia. Sebab tu lah rasa tenang ja. Kan dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Macam tu jugak dengan tumbuh-tumbuhan ni."

Segaris senyuman dilemparkan oleh Khadijah. Realitinya dia tahu. Tapi dia lebih suka mendengar dan hayati. Biarlah untuk kali ini dia berdiam diri dahulu. Koreksi diri dan dalam hatinya berdoa.

"Ya Allah, ya Tuhanku, tiada kemudahan kecuali Engkau jadikannya mudah." Doa yg sering dialunkan mcm nyanyian dalam Youtube. Mengharap sinar esok hari.

-Bersambung


615
SajaNakTaip
2.27am
Asgment menanti.






Saturday 18 January 2014

INSPIRASI SINERGIKU

Allahumma solli a'la saiyidina muhammad
Alhamdulillah

Detik ini 1.53 pagi 19 Jan 2014
Baru selesai misi pindah randah
Dari blok 6 ke blok 9
Ada Aton tolong, kalau tak..subuh esok gamaknya baru selesai.

Esok bakal bermusafir
Jarak yang lebih jauh dari kebiasaan
Banyak pesanan,
Namun yang utamanya adalah NIAT!
Jadi, renew balik
Akan ku teguk hikmah kembara ini
Lebih-lebih lagi aku pelajar ISMP Sejarah

yang tidak dirancang,tapi bertepatan :)

*terakhir*
Hari ni rehlah bersama JMK 1213 di Tasik PC
Alhamdulillah, seronok.
Tapinya, dalam masa yang sama aku ni tak boleh lupakan mereka

Sering teringat-ingat
Tadi jalan seiring dengan nisa n hanis
Topiknya masih berkaitan JMK/MMK
Tapi inshaAllah semuanya yang baik-baik saja =)

InshaAllah, semua juga boleh
Boleh merasa
Selagi mana kita meletakkan harapan

Maafkan aku wahai teman
Hari ini banyak perkara tak mampu ditunai
Allah saja yang nilai

Macam-macam rasa untuk esok
Ingat pesanan dia
Kalau kita nak program kita yang baik-baik
Laksanakan solat taubat, dan jua solat hajat.
Allah..

JelajahINSPIRASIkeVietnam
19-23 Jan 2014
JMK KHAR 1213
UPSI
914



Saturday 11 January 2014

TERUNGKAI

Allahumma solli a'la saiyidina muhammad

'Kekuatan akan ada selagi kita meletakkan harapan.'

Alhamdulillah. Lega.
Satu kata jauh dari sudut hati.
Teringatkan pertemuan bersama khadijah dan muslim.

Detik itu ada satu kata aku lafaz
Tak nak manja
Khadijah pula kata
Tak suka didesak
Muslim pula kata
Suka kalau suasana ceria dan gembira

Itu ketika waktu itu, waktu dia sendiri tiada jawapan.
Esoknya kami bertiga ke ITN
Detik itu aku dan muslim tiada kata untuk diberitakan
Rupanya aku masih lagi tak daya menjaga
Tak daya ambil berat

Sungguh, rukun ukhwah itu menguji aku
Uji. Satu demi satu
Bak kata muslim dah namanya rukun
Maka wajib bagi kita untuk ikut aturannya

moga sinar itu berterusan. ameen


Maafkan aku duhai sahabat
Rupanya rukun yg pertama itu aku masih gagal praktikkan
Tapi untuk malam ni aku rasa bahagia
Sebab semua orang merasa
Terungkai segalanya

Tapi, inshaAllah aku masih meletakkan harapan
Membesarkan gelombang ukhwah itu
Bahkan bukan kita sahaja
Tapi bersama mereka
Allah, izinkanlah. 

Januari 2014 yang padat
Moga aku tidak dilalaikan dengan maksiat
Letakkanlah Allah nombor 1
Nescaya DIA merapat.

Permusafiran aku bakal tiba
Allah sahaja yg akan memudahkan semuanya
Moga yang baik-baik sahaja



615
4.33am
12jan2014

Sunday 5 January 2014

KOREKSI

Allahumma solli a'la saiyidina muhammad
Syukur ya Allah masih diberi nikmat Iman dan Islam

Masih diberi izin bersama mereka yang soleh/ah
Masih diberi detik peluang berkumpul, bertemu.

Langkah seterusnya dah dijalankan.
Aku?

Macam tiada perubahan.
Aku nak berubah.

Nak macam dulu.
Sampaikanlah ya Allah

Dekat dengan majlis ilmu
Dekat dengan masjid
Dekat dengan mereka yang seIMAN
Dekat dengan yang dekat denganMU

*mencari sinaran itu*


Takut dengan mimpi lalu
Takut melangkah ke sana
Jauhkan aku dari sana

Astagfirullah hal a'zim.

Redha Kau yang ku cari
Sampaikan ya Allah

Ameen.

615
2.09am
6jan2014