Tuesday 11 November 2014

7 HARI IV ii

Sambungan...
Lepas tu Alhamdulillah jumpa jalan jugak akhirnya, maka kitaorang ke destinasi seterusnya iaitu ke rumah kawan kat Slim River ambik kunci sekejap baru ke rumah Pika kat hospital untuk antar Mira sekali. Sampai kat Slim River tu hamper jam 12.00 malam. Aku tahu mesti mak pika marah balik lewat. Huhu. Tapi nak buat macam mana, aku tak nak pun benda ni jadi tapi ia dah tersusun sebegitu. Huhu.

Lepas hantar Pika dan Mira tinggallah aku dengan Shuwai nak balik meneruskan perjalanan pulang ke TM terchenta, niat di hati nak lalu tol sebab jalan dalam sunyi namun takdir juga kami salah pilih lorong antara IPOH dan KL. Bila dah tersilap maka kami ke SUNGKAI! Bukan balik tapi makin jauh, Allah ujian sungguh. Namun aku tabahkan hati, lalu jugak told an patah balik dalam 49KM lagi nak menghala ke TM.

Bila sampai ke TM dalam jam 1.00 pagi macam tu dan kebetulan lapar yang amat maka kami berhenti makan kat Sinaran Tomyam. Lepas makan baru ke rumah kawan jenguk-jenguk sebab banjir (tangki pecah kot) lepas jenguk tu nak balik terus rumah seorang kakak tumpang tidur sana. TAPI tiba-tiba kereta tak hidup. ALLAHUAKHBAR... Lelah.. Aku tak tahu nak kata apa memandangkan esok sekolah. Hilang seketika...

---
Ntah kali ke berapa mencuba Shuwai cadang telefon kakak tu untuk ambik kami. Dalam masa yang sama jgak adik-adik Imtiyaz kebetulan ada mesyuarat malam tu maka kami telefon salah seorang daripadanya untuk tolong hidupkan kereta. Subhanallah, tak berapa lama kakak sampai maka adik-adik Imtiyaz 4 orang lelaki datang hidupkan kereta. Alhamdulillah hidup dan masa tu aku sendiri tak berani dah nak bawak kereta takut mati lagi maka aku ambik keputusan sesama pinjam dulu adik Imtiyaz untuk aku bawak balik ke rumah kakak tu dulu dan aku janji akan pulangkan esoknya.

Fikir punya fikir maka aku pun buat keputusan balik naik Nor sebab tak nak susahkan sesiapa. Berbekalkan tidur selama 2 jam tak sampai aku bangun pagi jam 5.15 pagi siap-siap nak balik K.HAR semula ambil motor Nor. 6.30 pagi bersama Shuwai ke sana tanpa baju sejuk. Sejuk amat...!

Bila sampai ambik kunci motor dan jaket aku hantar Shuwai ke KTM dan terus gerak balik ke Bestari jaya nak pi sekolah! Dalam perjalanan hujan. Hujan makin lebat. SEJUK SANGAT SANGAT. Tak apa demi sekolah dan demi amanah Allah aku teruskan jugak. Tak nak mengalah sebab sejuk tu. Harap kat Allah sungguh-sungguh. :’)

TIBA-TIBA kat satu selekoh tu motor mati. Allah... sudah.. dan jam menunjukkan jam 7.31 pagi! Arghhh.. Tension tapi cool... Aku tongkat 2 motor tu, aku cek-cek kot ada yang sangkut dengan baju hujan yang kak Hala bagi koyak-koyak sebab laju sangat kot. Tapi bila cek xda yang sangkut..kesan baju hujan koyak-koyak ja. Huhu. Maka dengan bismillah aku hidupkan enjin 2x tak silap. ALHAMDULILLAH HIDUP. Allah Allah Allah. Aku pun terus dengan laju pecut nak sampai ke rumah salin baju kurung. Sempat toleh ke sekolah tengah perhimpunan lagi. LEGA kejap!

Lepastu tukar-tukar baju terus ke sekolah dan Alhamdulillah masih perhimpunan lagi, jadi aku patah balik lalu jalan belakang ikut kuaters. Parking dan terus ke pondok yang ada pengawas. Aku ajak borak-borak tanya tentang exam. Sebelum ke sekolah aku sempat tengok jadual ujian jam 8.30 pagi dan aku kena masuk ke kelas tu jam 8.10. Alhamdulillah sangat sebab sempat. Allah sebaik-baik penolong... Dan hari itu belum lagi berakhir ceritanya, dan aku akan sambung lain kali. 

“Bila kau rasa tiada siapa dapat bantu kau, yakin dengan seyakinnya HANYA Allah yang dapat bantu. Hanya DIA. ALLAHUAKHBAR...!”


9.53PM
24Ogos2014
Bilik Pink
B.B

No comments:

Post a Comment