Tuesday 11 November 2014

7 HARI II

Alhamdulillah, dah masuk ke bulan Ogos 2014. Maka, semakin dapat membiasakan diri dengan suasana sekolah dan RPH yang hari-hari. Haha. Bukan apa aku perlu siapkan 9 RPH seminggu. Ya! Seminggu. HAHAHAHAHA. Ketawa jahat. Banyak sebenarnya, namun Allah jua yang beri kekuatan untuk aku laksanakan dan siapkan RPH ini. Namun, masih jugak banyak kelemahan yang perlu diatasi.

                Setiap hari memikirkan modul aktiviti buat anak murid yang aku cintai. Aku sayang semua. Tak tahulah. Tiba-tiba je ada walaupun aku masih lagi digelumang rasa takut. Masakan aku tak takut nak mendidik anak orang! Haa, sebab tutur bicaraku semua akan dipandang oleh pelajar walaupun mungkin tak semua TAPI mak pernah pesan jadi cikgu tu cakap yang betul sebab pelajar lebih dengar kata cikgu dari mak ayahnya. Huhu.

Jadi cikgu tu jangan sampai kata pelajar itu tak ada harapan. Sedang kita tak tahu esok-esok dia yang paling ke depan. Dia yang paling disayang. Dia yang paling dihormati. Dia yang paling mengingati kita sebagai gurunya. Siapa tahu? Sebab kita BUKAN Tuhan. Sebab takdir kita juga masih dalam rahsianya walaupun diri kita SENDIRI. Astagfirullah hal a’zim!

Kak Long INSPIRASI pernah pesan, pah setiap hari kau masuk kelas senang ja, lepas baca doa, tulis hari dan tarikh kat depan tu kau tulislah pulak ayat-ayat best/motivasi/kata-kata kat papan putih tu. InshaAllah mula-mula dieorang akan tertanya-tanya lepastu kalau sehari kau tak tulis dieorang pulak tanya kau mana ayat azimat kau. Haha. Aku masa tu angguk-angguk aje, sebab banyak pesanan yang ku terima namun terselit jugak rasa nak buat. Nah! Lepas tu aku buat hari-hari sampai ada hari aku tak sempat nak cari kata-kata ni. Apa jadi? Haa, anak murid aku 4SV1 yang aktif tanya yang lain dari yang lain tanya… “Cikgu, hari ni tak ada ke ayat yang cikgu tulis kat depan tu?”. Haa, dalam hati terkedu jugak sebab memang tak ada idea nak tulis. Haha. Tapi nak jadi cerita masa tu jugak Allah kurniakan satu ayat yang pada aku buat diri sendiri.

“Jangan pernah berhenti berjalan walaupun kamu rasa penat”

Tu dia ayatnya. Huhu. Untuk aku sendiri tak boleh lelah untuk hadapi kerenah anak-nak murid, tak boleh lemah bila tak ada modul yang sesuai, dan tak boleh sesekali berputus asa. Sungguh! Sebab rahmat Allah itu terlalu luasa buat hambaNya. Subhanallah. Detik demi detik ku rasakan macam perlahan. Ah. Biarkan aku mencari ruang untuk persiapkan diriku di medan ini. Biar kita buat sesuatu yang boleh menaikkan semangat mereka supaya tak pernah berputus asa walaupun mereka bukan orang yang cerdik. Satu aku selalu pesan, biar kita tak pandai tapi akhlak kita mantop! =)

Sekian untuk hari hujung minggu yang segar bugar ini ya Allah. Esok akan mula kembali ke sekolah dan akan di ‘observed’ oleh guru pembimbing. Moga Allah mudahkan.  :D

“Ya Allah ya Tuhanku tiada kemudahan kecuali yang Engkau jadikannya mudah.”
Doa ini dulu cikmawarbbungo yang dengarkan kat aku melalui youtube. =) Berpesan-pesanlah kamu ke arah kebaikan moga kamu beroleh manfaat. Terima kasih sabahat-sahabatku. ^__^

12.48pm
10 Ogos 2014
Ruang belajar
Bukit Badong

No comments:

Post a Comment