Tuesday 11 November 2014

AKAN TIBA MASANYA NANTI

Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat bernafas pada hari ini. Semalam keluar dengan pelajar 4Akaun dalam 8 orang macam tu. Ntah kadang tak tahu nak rasa apa sekarang ni. Bila dikira tinggal 15 hari je lagi. Bakal rindu dengan anak-anak murid yang comel-comel tuh semua, dengan panggilan cikgu….cikguu….cikguuu! Huhu…

Rasanya dalam banyak-banyak kelas mesti aka nada je beberapa orang yang agak ‘aktif’ maksudnya akan menarik perhatian aku dari sudut percakapan, gaya, tingkah laku sampai kadang aku nak marah jadi ketawa. Ishk3..

Bermula dari kelas 4SN2, 4AK, 4ICT2 dan 4SV1. Macam-macam ragam. Sebenarnya inilah yang dipanggil sayang. EH? Sungguhlah. Kali ni tak boleh tipu. Mudah-mudahan saja aku kental masa minggu akhir nanti. Sobsob. Haha.

Sebelum meninggalkan kesan kenangan kat sekolah tuh aku nak cari sesuatu yang sejuk dan sedap untuk mereka. Tapi aku tak jumpa lagi mana tempat yang dekat nak beli melainkan dekat Tg. Malim. Hailah. Pening ku memikirkannya. Namun tidak jugak aku temui jalan. Aku nak ke Kuala Selangor aku pun tak pandai kedai-kedainya kat mana. Tak mahu susahkan sesiapa. Nanti akan ku fikirkan lagi.

Detik-detik nak keluar ni jugak membuatkan aku berfikir lagi apa sebenarnya sumbangan aku pada mereka (pelajar-pelajar). Menangis! Huhu… Aku tak pasti apa…Namun, moga yang sedikit itu bermanfaat, moga yang tersilap akan digilapkan lagi inshaAllah…

Masih lagi dalam mood exam dan mereka baru habis kertas Sejarah 3. Macam ahli falsafah dah gaya anak-anak murid aku. Haha. Tak apa, mana tahu suatu hari nanti, moga mereka lebih baik dan dapat sumbangkan sesuatu untuk Islam. Ya, kejayaan itu ada selagi kita meletakkan harapan. J

DAN SERIUS MEREKA COMEL. HAHA. Bersambung… >_<



12.33pm
12Okt2014
Bilik pink
BB

No comments:

Post a Comment