Monday 27 April 2015

HAKIKAT BAHAGIA

Aku pernah dipesan sahabat
Usah menaip tentang perkara yang sedih
Lebih-lebih lagi di blog
Esok-esok bila baca kita sedih lagi

Tapi seorang murobbi pernah pesan juga
Tulisan itulah yang lebih menggambarkan diri kita
Tak sama dengan ekpresi melalui perkataan

Moga Allah panjangkan usia mak
Beri kekuatan buat mak
Sayang emak
Moga emak selalu kuat

Moga Allah beri kesembuhan buat abah
Menjadi tulang belakang keluarga
Moga abah sedia menghadapi hari-hari depan



Aku tanpa kata
Balik yang kadang-kadang
Menjadi peneman teman bual emak
Ingin ku khabarkan
Aku suka dengar kisah mak
Biar perit ini dikongsi sama

Supaya akhir nanti aku jadi anak solehah
Buat emak dan abah..

12.17am
28April2015
khar
411

Thursday 23 April 2015

SEDAR

Berusaha bila titik kesedaran mula menyapa
Ya….memang aku lambat..
Tapi semua ni memang salah diri sendiri..
Bagaimana harus aku marathon
Sedang diri tercungap sepi..
Ah! Lupakan..
Aku harus kuasai diri
Ijazah Sarjana Muda itu akan ku gapai
Sehabis mungkin
Sampai ke pengakhiran!
Ya..sampai hujungnya
InshaAllah



Supaya tak sesal
Dihujung penantian

Berusaha NORAFIFA BINTI MOHD SHUIB
KAU BOLEH! Sebab kau ada Allah..
Pengubat dalam semua perkara..
Allah…perkenankanlah…
Kuatkanlahh
Berusaha! J

P06
PerpustakaanJabatan
ArkibNegara
JalanKuching
12.39pm

23/4/2015

Friday 17 April 2015

TAKUT YANG HAMPA

Sekian kali datang lagi Sabtu
Sabtu pagi yang mendamaikan

Sebab azan subuh ku dengar
Sambil papan kekunci ku ketuk
Bersama aksara-aksara ilmu

Sedaya mampu
Tenaga ku biar
Buat sudahkan
Sekurang-kurangnya untuk 2
Ya...kemampuan ku pada tika ini

Persiapan tepat 7.40 pagi ke sini lagi
Ke hulu ke hilir
Mencari sebuah F
Ah! Tak jumpa lagi

Berdebar acap kali
Sesak udara mahu disedut

8.09 pagi
Jam laju berputar
Tak henti

Ah! Bila lagi
Sudah dipenghujung masih jua terkulat

Sampai di lampu 3 warna
Terpandang sebuah F

Hampa lagi
Ku fikir aku tak sedia lagi



Allah...dekatkanlah...mudahkanlah...tiada kemudahan kecuali yang Engkau jadikannya mudah..

8.56am
24jam
UPSI

Thursday 16 April 2015

MEMBANGKITKAN DIRI

Malam kian sepi.
Hidupnya malam diiringi muzik alunan nasyid
Asyik kononnya membuat Latihan Ilmiah
Sedang diri tak pasti betul ke tidak......

Wahai Allah
Kurniakan ilham kepadaku
Dekatkan ilmu yang jauh
Berikan aku kefahaman
Anugerahkan aku keterangan hati
Jauhkan aku dari kejahatan hawa nafsuku
Izinkan aku melalui dengan penuh kecintaan
Kerana ilmu itu milikMu wahai Tuhanku

Aku tanpa ilmu
Kosong

:D

Izinkan aku amal
Amal dengan kefahaman
Izinkan aku siapkan
Siap melalui pembacaan
Izinkan aku mengembara
Kembara yang mendekatkan aku padaMu Tuhan

Dengan tulisan mereka
Aku kembara lagi
Ke tempatku sendiri
Johor

Nah! Mahu apa lagi
Sudah diposisi hujung
Apa mahu disiakan 
Jawab dan buat
Bukan hanya tahu semangat
Laksana? *nanges*

Perahkan otakmu
Jangan malas

Kerahkan anggotamu
Hentikan rehat

Buat yang berusaha
Ada jayanya
Maka usahalah!

Masa
Usah dipersia
USAH!

Sebab kejayaan dah tunggu
Tunggu di depan!

Bergerak dan gapai!


2.19am
414
Latihan Ilmiah




Thursday 9 April 2015

MAK DAN ABAH

Alhamdulillah.. Semalam selamat tiba di kolej terchenta ni..
Setelah menghayati cuti pertengahan semester di kampung =)

Balik kali ni cari semangat yg hilang.. bukan hilang sebab sebab apa..
Tapi sebab diri sendiri takda kesedaran..kesedaran nak siapkan asgment tepat pada masanya..
Takda kesedaran nak timba ilmu sungguh-sungguh...

Pernah dulu aku cakap kat mak..
Mak..betulkan bila dah dapat sesuatu syukur tu ya...lepas2tu..lupa erti syukur..tak hargai nikmat...
Mak tak lah marah ke apa...tapi mak selalu cerita balik kisah dia masa kecilk..
Macam mana org buat mak dan atok...
Macam mana payahnya nak cari rezeki sebab arwah atok laki meninggal masa mak 8 tahun tak silap..
Usia sekecil tu membanting tulang..dah noreh..dah berkebun nenas..
Demi sesuap nasi untuk adik-adik mak.. 2 orang...

Dulu mak kata kerja dengan boyot mana ada upah..sebab nak buat makan katanya..
Mak kata kteorg adik bradik untung sebab ikut mak abah ke kebun mak bagi upah.. huhu

Betul lah mak...
Abah pun keadaannya tak sihat sangat sekarang..
Nak noreh pun tak berapa sebenarnya..
Atok yg urut abah pesan abah tak boleh jatuh.. suh abah jalan pelan-pelan..

Orang selalu kata abah...selalu...abah bukan tak pandai.. cuma abah takda ruang/masa/duit tu nak belajar.. sebab susah.. abah lagi terer math dr aku 3 bradik.. kteorg lebih pd bahasa/sastera..
Sebab abah jugak utamakan atok..jaga atok dari sihat sampai sakit...sampailah atok meninggal..

Emak cerita kisah-kisah dia utk aku sedar.. sedar susahnya nak cari duit... biar aku belajar sesungguh..
Pagi pkul 6.50 mak dgn abah dah g kebun.. balik 9 suku nak sarapan sebab aku ada..harapannya aku buat sarap.. hoho...pastu g lagi balik semula pkul 12 ke 11.30 pg cmtu..

Petang pas rehat-rehat.. pas makan semua dalam pkul 4 mak abah g lagi ke kebun..
Dalam pkul 5.30 ke 6 baliklah..
Dan mesti kena minum petang.. utk dapat balik tenaga..



Hari-hari macam tu. Berpanas..Berpeluh.. demi nak makan..demi kami adik beradik.. mak abah tak mengeluh pun kalau takda lauk nak makan.. ada sayur pun jadilah.. wong jowo ngomong kadang orak kolu arek mangan sego wae.. tapi mak abah boleh!

jadikanlah kami org yg sentiasa cukup dengan nikmatMu yg sedikit mahupun nikmatMu yang melimpah ruah ya Allah...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah berikanlah kesihatan kepada kedua org tuaku.. berikanlah kebahagian buat mereka di dunia mahupun akhirat..sayangilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semenjak dari kecil..izinkanlah mereka menunaikan haji.. izinkanlah kami bahagiakan mereka..izinkanlah ya Allah...

Wahai Allah jadikanlah aku anak yang solehah.. anak yang rajin..anak yang sabar..anak yang berkeyakinan..anak yang mengenang jasa.. jadikanlah aku hambaMu yg bersyukur......  Ameen ya Allah......

Afifa boleh! Berusaha! :')

5.59pm
4.1.1
tg malim