Tuesday 12 July 2022

PENAT

 Hari ni di sekolah lagi.. setelah melepek 3 hari di rumah..

aku demam lagi..kali ni betul-betul menduga kekuatan..

Alhamdulillah direzekikan boleh ke sekolah..


Ikutkan dalam sejarah perkhidmatan, aku memang jarang ambil cuti sakit..

sebab tahu nanti akan susahkan kawan-kawan nak relief..

jadi yang ada adalah kekuatan dalaman.. 

kalau ikutkan fizikal dah tak larat..


Suami yang hantar harini... terima kasih sayang..

Aku tahu dia cuba buat yang terbaik dgn caranya..


13 Julai 2022

Saturday 18 November 2017

MENGHITUNG HARI

Seminggu yang lalu aku kembali membuat peta minda impian aku kembali.
Disisipkan di meja kerja di dalam bilik ini.

Topik hari ni sebenarnya nak isi kekosongan jiwa yang ntah kenapa rasa tiada.
Dalam group Whatsapp SuperHumanTAZZ berkisar tentang jodoh.
Namun disebabkan dalam tu ada juga rakan yang lelaki, aku hanya menghentikan sebarang komen setelah menulis satu ayat.

Malam tadi mendengar ceramah Ustaz Hanan Attaki di Youtube berkaitan ini juga.
Kenapa?

Sebab aku rasa, aku perlu dengar dan hadam balik apa yang sepatutnya.
Ustaz menyebut Surah Annur ayat 32. Aku hanya mampu membelek tafsir di Hp. Tragisnya al-Quran aku tertinggal di  kereta Faris semasa musafir Sinergi ke Walimah Qilah yang lalu.

Apa ibrah daripada ayat tersebut?
Cukuplah Allah jua yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya ini.

Diri sendiri rasa tahu apa yang terbaik. TAPI Allah lebih tahu apa yang sepatutnya kita perlu.

Maka, letakkan lah 100% padaNya.
Tu sahaja Afifa.
Kamu yakin kan?
Ya! Jadi lakukanlah apa yang sepatutnya.

'Apa sahaja yang kamu rahsiakan, semua dalam pengetahuan Allah.'
Moga aku sendiri muhasabah diri aku.
MUHASABAH yang mendekatkan jiwaku padaNya.

Image result for danbo
Segarlah wahai diri! Perjalananmu terlalu jauh mengejar cintaNya!

Monday 17 July 2017

Corat Coret 2017

Salam.

Hari-hari sebagai guru, bermacam yang perlu difikirkan. Kadang rasa tak terkejar dengan semua perkara-perkara ini. Tapi aku suka, banyak benda baru belajar..

Untuk tahun 2017 ni agak banyak juga jawatan yang dipegang..

1. Penolong S/U PT3
2. Guru kelas
3. Penolong Guru Biasiswa/KWAMP
4. Ketua Kesihatan
5. Penolong Program Kecemerlangan PT3
6. Ketua Penasihat Sofball
7. Guru  Kelab PSV
8. Guru KPAM
9. Penolong Rumah Sukan BETA

dan tugas sampingan yang lain. Semoga tahun 2017 ini aku lebih gagah dan amanah memikul tugas tugas utama.

Bahkan tahun ni jugak aku dah ngajar kelas peperiksaan SPM...Kelas 5 Bijak..semoga kejayaan buat mereka...mereka ni special.. =)

Semoga mereka yang banyak membantu aku sepanjang di SDARY dipermudahkan urusan...

Semoga abah, mak, kak rul, adik dan aku dapat menunaikan haji pada tahun yg akan datang. Takda doa yang lebih baik melainkan itu...jika dulu aku belum beroda 4..sekarang dah ada..

Semoga Abu Bakar a.k.a Motor dan Umar a.k.a Kereta dapat berbakti..


Taman Nesa
17 Julai 2017
10.35

Thursday 22 October 2015

KEMALANGAN YG TAK DIDUGA

Allahumma solli a'la saiyidina muhammad

Hari ni seperti biasa pergi kerja dgn zira,
sebelum tu ambik dan hantar azie ke stesen bas tangkak.
dia nk ke um nk pulang jubah konvo dan ada tmuduga dekat KL

Dalam pjalanan, bos besar maklumkan dah bagi kami gaji(aku dan zira)
alhamdulillah utk gaji pertama ni..dah plan sikit2 utk mak abah, adik dan diri sendiri..
tak banyak, namun sekurang2nya ada simpanan..

Jadi hari ni kerja la macam biasa, sampailah keluar idea zira, dia kata tak tahu nk belikan abah dia apa. sebab takut abah dia tak terima kalau wang tunai..tiba zira kata bapak dia nk minum air cincau fitrah x silap aku, ada jual dengan mydin. mydin tdekat dekat jasin. pastu aku pun ha apa lagi, jomlah, boleh beli sikit brg dapur utk rumah..

Dalam 10 minit sampai sana dalam 5.40ptg, mak call..mak tanya aku dekat mana, aku tak jawablah cuma cakap ada kerja sikit, konon nak buat surprise..last sekali aku yg tkejut..wak excident! Allah.. pastu org kg ada bgtau mak wak masuk hospital muar..bila sebut muar tu mksudnya kritikal..hanya kes2 teruk ja ke sana..adik yg ke sana nak cek..aku pulak dah sampai mydin kesian pulak kat kawan...jd belanja sekejap brg2 nk balik..

Bila adik cek kat hospital muar wak takda..la..aku kata jangan2 kat tangkak..
apa lagi terus la aku dgn zira ke kecemasan tangkak, masa tu dah magrib..
Alhamdullillah wak ada! Sayu rasa bila jumpa wak..kepalanya kena jahit, berbalut agak teruk, mulut berdarah..dengan ada sakit bahagian pinggang..masih pakai baju kebun lagi.. kesian wak..aku ni yg jd blur.. tak tahu tapi tanya wak cmna keadaan dia.. dia rancak cerita..aku rasa sedih tgk wak mcm tu.. wak tu abg kpd abah.. dia lahir tahun merdeka tau 1957..
dia bujang.. duk sebelah rumah aku, iaitu rumah pusaka atok..

wak rancak cerita, wak aku kena langgar dengan org..aku syak mesti laju kereta tu..
sebab wak aku ni special orgnya...kemana2 dia naik basikal..jadi mana mungkin dia bawak laju..kan..aku tanya la..wak dah makan ke..wak aku kata tu la..dia nak pegi makan pukul 5.00ptg tu, lepastu kena langgar pulak..lapar ni..aduh..aku tanya la wak nak apa? pastu MA sambut soalan aku...wak tak boleh makan, wak kena puasa..sebab ada pemeriksaan lanjut..

lepas dah bual sikit2 aku keluar dr kecemasan, blur.....
nasib ada azie yg kteorg dh ambik dia lpas balik dr kL..
pastu ada byk la jgk pesanan zira..jgn lupa tu..jgn lupa ni..
yg plg aku blur,..aku tak tertanya kat kaunter maklumat waris..

pastu balik rumah..aku dah plan nak naik motor ni lepas bagitau mak
zira kata, ko guna je kereta aku..bapak aku bg..nanti aku hantarkan brg2 kat rumah lepas anto azie..
aku dah tak leh dah..sebak..rasa kesian nya wak..baiknya hati zira..
balik ja, terus ke masjid cari mak..tserempak jiran kata org yang langgar ada tunggu kat kedai wak giman..aku kata apa2 hal nk solat dlu dekat mak..tak lama zira pn sampai..

siap semua mak pggil abah balik, nak ajak jumpa org yg langgar n ke hospital..
zira bawak dulu guna kancil dia..rupa abah dia kata bawak kereta wira dia.. zira siap bg duit minyak suruh penuhkan tangki..aku lg la tak leh...ntahlah..rasa blur dan agak tak rasional handle situasi harini..padahal sblum2 ni kes2 kat kolej cool ja..mungkin sebab family sendiri..

jadinya bincg dulu dgn org yang langgar..tp org tu pun wakilkan anak dia..mgkin terkejut lagi ke mcm mana aku pn kurang pasti.. bcg2, lepas bg no fon, plannya tak report polis la..nk settle luar.. tp mgkin nk mtk belikan wak basikal ke mcm mana tak bcg lagi..terus kteorg nk ke hspital.tgk wak..

adik dah kat sana dr hspital muar..sian adik..dia demam.. skrg ni di dh tido kepenatan plus demamnya mcm makin teruk..kena embun mlm.. adik kata wak masih kat kecemasan.. masa tu dh 8.30 tak silap..dan wak masih dengan baju kebun.. aku ni dh blur baju apa kain pelekat pun tak bawak...mak pun lupa..aduh..sedih..wak kata dia lapar..tp takleh makan..sian wak lapar..

tunggu punya tunggu dalam 9.30 baru lepas cek2 smua baru dihantar ke wad 2..wad laki laki..\
sebelum tu sempat jumpa MA rasanya tanya nk bwak wak ke wad ke? dia kata awak warisnya ea..ingatkan takda waris..adui..cool ja..dlm hati kesian nya wakkk.. :'( dh bg maklumat abah n no hp trus kteorg ke wad 2..mak dgn abah yg masuk tanya keadaan nya sikit2.. pastu kteorg balik.. mak kata esk aku n kak rul bawak kan apa yg perlu..

sempat lagi wak kata kat nurse..sy lapar ni.. tp nasib baik alhmdulillah nurse india tu kata, takpa wak, wak dah cucuk air ni..nt kenyang la..esok ada nak cek bahagian kepala...jd kena puasa..ada lagi dia tanya wak keja kebun ke.. ajak bual..bagus nurse tu.. kteorg pn tgl wak balik rumah..masih bawak kereta azira,,

lelah penat hari ni..tp sebab wak..satu2nya adik beradik abah yg duduk sebelah..kesian wak..
esok mungkin ada adik beradik abah yg dtg melawat..

hmm..bila pikir ya Allah..aku masih tak mampu punya kenderaan 4 roda..
pinjam drpd org ja mampu..kak rul tak balik arini sebab magrib awal skrg..jln segamat bahaya bila gelap sgt.. bahaya la utk dia..sebab dia sekolah sesi ptg..esok bru kak rul ada..bru ada la keta dia..
keta zira ni pun masih tak pulang..diakata pakai selagi perlu..terharu ya Allah..

ntahlah..kerisauan melanda jiwa..moga wak baik2 ja..moga kepala dia tak ada masalah apa2..pinggangnya jugak..mudah2an..wpun penat da ni..tp masih pikir..

sempat scroll fb...tentang your memories 2 years ago..

"Dan mintalah pertolongan kpd Allah dgn sabar dan solat.. Dan sesungguhnya yg demikian itu sungguh berat kecuali bg org yg khusyuk."

Al-baqarah :45

moga ada sinar..sinar dan pgharapan drpd Allah..


1.08am
23 Okt 2015
baitijannati

Monday 19 October 2015

...tak tahu nak mula

Allahumma solli a'la saiyidina muhammad
Selawat dan salam buat junjungan yang mulia Rasullah s.a.w

Lama sudah kiranya aku meninggalkan aksara-aksara disini.
Tak tahu nak mula mcm mana. Banyak benda berlaku setelah aku tamat semester 8 walaupun belum secara rasmi. *tak konvo lagi* :D

Aku habis pertengahan bulan Jun.
Balik ke kampung hasratnya nak terus cari kerja, TAPI bila masuk puasa (Ramadhan) tak jadi cari kerja. Sebulan lebih jadi PA kepada mak dan abah.

Dalam keadaan, situasi yang pelbagai. Abah juga yang masih belum sihat sepenuhnya (kakinya sakit sukar jalan sikit, kurang bercakap tak sama macam dulu) sedarlah aku yang sudah tiba masa aku pulak berbakti. Tapi seakan samar-samar lagi.

6 September aku dapat kerja, mula kerja dekat kafe kek dan roti. Tapi belum buka secara rasmi lagi sampailah sekarang. Tapi sekurangnya ada kerja. Tempoh perjalanan ke tempat kerja dalam 20 minit, kalau laju 15 minit. Kadang naik motor, kadang tumpang kawan yg sama kerja naik kereta. Gilir-gilir.

Rupa, rumit menjadi dewasa.

Aku banyak benda belum selesai. Aku juga bukan graduan 1st class mcm org lain. Makanya hutang 26k sudah pasti hutang terbesar aku buat. Haha. Itulah, aku pernah kata dekat kawan yg aku sayang tp aku tak pernah cakap. Begini. Aku ni sebenarnya bukan pandai mana, tapi Allah tu ihsan sangat kat aku, dia bg rezeki masuk universiti.

Sejak sebulan lebih duduk rumah, aku jadi pendengar setia dekat mak, mak pun macam tu. Abah memang dah kurang cakap semenjak dia kena strok kecil. Tapi apa yg bahagia bila tengok abah senyum. Mak senyum. Aku pun tak pernah cakap aku sayang mak abah aku. Tak boleh. *bukan, sebenarnya aku tak mampu, aku takut nangis*

Mak abah dah pasang niat nak buat Haji. Tapi aku takda duit lagi. Gaji pun takda lagi. Minyak motor pun tak mak, abah takpun adik yang kerja kat kafe matrikulasi yang bagi. Mak kata, semua orang nak pergi haji suruh doakan nak balik. Mak kata kalau boleh mak taknak balik. Mak nak kat sana je. Tersentak aku. Nak nangis rasa. Tapi cover ja aku ni.

Banyak kali jugak mak cakap perkara yang sama.

Autoriti aku sekarang :
1. Kerja tetap
2. Buat rumah baru untuk mak abah, rumah aku ni dah banyak rosak zinknya, dah mula anai-anai. Tapi sebab mak pandai jaga dah hampir 30 tahun rumah ni. :D
3. Ada kereta. Beli 2nd hand pun okay =)
4. Bayar hutang
5. Hantar mak abah buat haji
6. Bagi mak abah duit tiap-tiap bulan

Baru-baru ni ada saudara datang. Kau tau tak apa orang tu cakap kat abah. Kitaorang datang singgah ni takut-takut tak jumpa lagi esok-esok. Apa perasaan kau sebagai anak bila mak cerita balik. Abah diam ja bila dicakapkan macam tu.

Aku minta kat Allah, izinlah kedua orang tua ku menunaikan haji dalam keadaan sihat bersama dengan diriku..izinlah aku membahagiakan kedua orang tua ku..

Kesusahan yang akan buat kita tabah..ingat Allah selalu. Ujian kami sekeluarga tentang kesederhanaan. Sebab takda kereta, takda rumah batu, itu orang selalu kata. Apa yang kami makan pun orang suka persoalkan. Takpa. Berbahagialah wahai hati. Sederhana itu buat aku lebih menghargai.

Moga cita-cita emak di Tanah Suci tercapai. Doakan ya.
Ingatkan aku tentang syurga, supaya aku jadi orang yang baik-baik
Kalian juga.

Sekarang pulak rancak gerak kerja Konvensyen KAZ.
Buat dalam jarak jauh-jauh mungkin ada kekangan lain-lain.
Moga urusan team ajk baik-baik saja.
Serba salah rasanya tidak bersama sebaiknya.
28 Nov dah depan mata.
InshaAllah usaha-usaha dan usaha.

Semalam Dai Hamidah jadi Juara
Dia memang sesuatu.
Buat siapa yg tahu, dia dlm kalangan keluarga yang baik latar belakang agamanya
Sejuk mata, sedap telinga mendengar.
Moga Allah kurniakan jalan dakwah yang panjang buat dia sebarkan Islam.
InshaAllah.



Aku yang banyak dosa
Merapu dimalam hari
Esok kerja
12.04am
20 Okt 2015

Thursday 4 June 2015

RM30

Aneh bukan tajuknya RM30

Aku juga,...sebab nilai ini ku kira besar..lebih-2 lagi penghujung sem ni kan..

Rasanya minggu lepas.. aku sempat ke rumah depan..
Saja nak jenguk-2 dengan keadaan masing-2 kalut dgn thesis..
Tapi sambil berbual juga..
Sebab apa ya?

Aku tanya diaorang..hari ahad ritu korang pi mana? Bilik berkunci..senyap sunyi ja rumah korang..
Jawabnya ke TS..iaitu Times Square..
Aku tanya lagi..buat apa?
Main games, masuk rumah hantu semua tu..
Pastu aku tanya lagi..berapa masuk dalam tu?
RM30..

Aku. . . . krik-2
Haha...pastu aku komen kata..ui,.mahalnya..kalau aku takkan pergi la
Banyak benda kau boleh buat dengan RM30..Jalan KL lagi.. mahal kot..

Pastu dibalas dengan jawapan yang agak menusuk ke kalbu..
RM30 memang mahal, tapi apalah sangat nak banding dengan nilai persahabatan..

Huwaa...*tersedak* kalau minum air inshaAllah boleh tersembur kot!

Sakitnya tuh disini... ya, dalam hati aku mengakui sambil tersenyum kelat..
Dan dia menyambung lagi... "aku rasa ni yg terakhir kot..esok-2 ntah belum tentu lagi nak jln ber-4 macam ni.."

----------------------

Hari ini.. sempat bersama dengan ex housemate sem 1..
Nad dengan Aton ja yang ada..dgn peneman Nad..Rozana

Sebab aku ternampak tweet diaorang yg agak stress dgn thesis sej yg masih belum selesai..
Aku tahu..disebalik thesis tu sebenarnya menyimpan 1 rahsia..
Sebabkan itu aku janji kalo diaorang siap aku ajak pi Hijas..pekena roti canai

Setelah tunda 2x alhmdulillah mlm ni mjadi tuk jumpa..
Awalnya aku berkira-2 juga untuk membayar sebab yg dijanjikan lain..
NAMUN apa yg bestnya.. aku teringat nilai RM30 ni..
Apalah sangat jika nk dibandingkan dengan nilai persahabatan.. ya Allah..sebak

----------------------

Hari ini juga aku teringat seorang sahabat yg nun jauh di sana..
Tak tahu knp..mungkin dia yg byk ada suatu ketika dahulu..
Teringat yg rasa sedih sgt.. moga Allah jaga dia baik-2

"Doa saja tak cukup. Tp jaga lah dgn hati yg IKHLAS. Sentiasa berlapang dada setiap saat utk sahabat walau jauh mana pun sahabat tu pergi. Serendah-2 ukhwah itu berlapang dada"

Nampak tak.. ini melalui 1 komen di FB.. di wall seseorang..yg aku hormati dan ambil berat kerana Allah.. namun sampai sekarang aku tak punya kekuatan nak berbual dengan dia..kerana aku memandang ilmunya..sampaikan..ntahlah..moga Allah jaga..

Doa sahaja tak cukup. Ikhlas itu yg mjadi ukuran.
Allah.. sungguh aku belajar lagi..hari ini..

Paling perit malam ni aku rasa sebab diuji dengan kalimah berlapang dada..
Ya Allah hapuskan rasa yang bukan-2 ini.. moga esok aku lupa..

Beginilah manusia... beribu kebaikan terpadam dek kerana 1 perkara yg pd dia tiada ampun.. sedang Allah jua ampunkan kita.. ya Allah.. ampuni aku...

kuat itu milik orang yang mahu meminta maaf, sedang orang yang memaafkannya, dialah orang paling kuat

terimalah hati ini sahabat! 


Aku masih belajar. Erti ikhlas itu :')
Doakan aku ya.. 

12.38am
5jun
khar

Saturday 16 May 2015

ADIK part I

AMARAN. ENTRI PANJANG. Haha :p

Alhamdulillah syukur atas nikmat yg Allah berikan
Malam ni rasa gembira tak terkata
Sebab adik bagitahu dapat ujian Medsi
23 Mei 2015 dekat UTHM
Untuk Prog Pendidikan Jasmani di UPM


SE

Gembira bukan apa
Sebab rasa gembira untuk mak dengan abah
Walaupun ni baru langkah yang pertama
Sebelum ujian temuduga pulak

Aku dengan adik ni selalu gaduh
Tak kisahlah
Tapi zaman kecik-2 gaduh lagi dasyat
Zaman besar-2 ni gaduh ad style
Pakai mulut je
Perang! Haha

Banyaklah isu yang diperangkan
Dari bab sekolah, agama, politik, keluarga
Perang tetap perang
Tapi selalu akan baik sendiri
Haha. Unik tak?

DULU
Lepas keluar keputusan SPM adik
Dia selalu cakap nak kerja
Tak kisah kerja apa sebab katanya nak tolong mak abah
Aku bantah! Maka perang lagi. Haha
Aku bantah demi kebaikan dia jugak
Sebab taknak esok-2 dia menyesal sebab tak sambung belajar walhal dia boleh
Tapi dia ada hujah, katanya ada degree tak jugak dapat kerja senang
Sebab masa tu, kak nurul tak dipanggil posting lagi

Jadi dia nampak ada ijazah ni macam takda fungsi
Macam tu lah. Mohonlah dia SPA.
Aku yang syok sendiri mohonkan dia UPU
Takdir Allah tak dipanggil
Tapi keluar surat panggilan Ting.6 sastera kat TM
Sebab dia takda pilihan antara terpaksa dia pergi jugaklah.
Kerja takda lagi

Ting.6 masa dia agak payah sikit sebab guna semester
Dia macam tak boleh nak catch up orang putih kata
Tapi aku la syok sendiri lagi push dia. Boleh sebenarnya tapi kena rajin
Mak pun pesan macam tu, cuma mak taklah paksa sangat cam aku. Haha
Aku tahu perasaannya bila orang bandingkan kakak kita masa kita tengah belajar kat tempat tu.
Faham la kununnya. Haha

Hari demi hari alhamdulillah nampak usaha dia sungguh-2 nak habiskan Ting.6 ni dengan jayanya.
Dan syukur dia dapat 3 B masa STPM, 1 lagi dia ulang kertas tu. Nak tahu kertas apa? SEJARAH kot! Haha. Aku rasa macam aish, ntah apa-2 je aku ni tak ajar adik sendiri. Haha. Bayangkan aku ambik ISMP Sej tapi adik sendiri tak di ajar dengan baik. Aku geleng kepala sendiri. Tapi alhamdulillah paper ulangan dia dapat B. Jadi total semua 4B. Bijak tak dia? Dia boleh lagi, tapi tu setakat yang dia dapat sebab STPM ni banyak kena baca. *serius* dan aku tabik usaha dia untuk lalui juga STPM tu. Tak semua tau budak lagi boleh. *angkat bakul adik* sebab dia tak baca kot. Haha.

Dalam masa yang sama dia aktif sukan. Sukan Bola Tampar dan Bola Baling. Tiap petang dia memang akan main dengan geng-2 kg kat tepi sungai kg aku. Kira aktiflah kan. Wakil kg, wakil sekolah lagi.

Nak kisahkan lagi, dia usaha kerja kat kilang ayam dekat-2 kg aku.
Kerja dia banyak pakai tenaga. Macam angkat dedak ayam 50 kg. Ulang alik ratus-2 kg la sehari tu
Ayam 1 reban 2 org jaga dalam 2 ribu ekor ayam tak silap. Mula-2 dia tak tahan, demam-2 sampai, tapi mak kata dah dia mula, takkan dah give up. Pada aku mak buat macam tu sebab nak bagi adik rasa susahnya cari duit kalau takda pendidikan tinggi. Mak taknak adik ulang perkara yang sama. Abah pun sependapat, walaupun aku tahu abah sendiri tak larat dah nak membanting tulang ke kebun. Tapi sabar lagi tunggu anak-2 dia kerja. ;')

Sampailah masa kakak aku dipanggil posting.
Awal bulan Mac tak silap. Adik kerja mula Januari 2015
Bila cukup bulan kakak gaji. Alhamdulillah, rezeki Allah beri.
Baru adik macam tersedar pentingnya dia anak lelaki ada pendidikan tinggi juga
Bukan sekadar niat nak jaga mak abah tapi perlu ada kewangan nak bantu keluarga.
Sejak dari tu dia baru tanya-2 pasal kisah hidup kat U
Aku memang la seronok! Nak jugak dia rasa apa aku dgn kak rul rasa.

Lepas tu baru aku mula mohonkan dia UPU
Kos yang pilih ikut aku. Haha
Tapi U mana dia nak dekat-2 je.
Jadi UPM, UITM dan UTeM.
Dekat dengan Johor lah senang citer.

Dan malam ni tu lah kisah kat atas sekali
InshaAllah mak abah akan hantar adik dengan kak rul g UTHM untuk medsi
Aku tak dapat balik, ada finishing school utk jabatan aku
Takpa. Orang doakan mu dik. Moga mak dengan abah rasa lega bahagia sebab sekolahkan kita. Ah! Sebak rasa,.Moga-2 adik pun jadi pendidik walaupun mungkin dia tak minat sangat tapi semua tu boleh berubah. Aku tahu dia boleh menyumbang pada masyarakat dengan jadi seorang guru.

Aku akan usaha habiskan degree aku dekat sini dan balik pula untuk ada dekat mak abah
Kita tukar shift dik. Haha.
Sebab kakak dah kahwin kan. Ada komitmen lain sikit. Kitalah yang masih ada peluang ni berbakti kat mak abah.

ALHAMDULILLAH YA ALLAH ATAS NIKMATNYA
Wahai Allah, mudahkanlah urusan adik aku Muhammad Syafiq bin Mohd Shuib
Berikan kesembuhan buat emak yang tengah demam
Dan abah yang masih perlukan kesihatan
Untuk kami adik beradik bawak mak abah pergi haji
Izinkanlah ya Allah.. amin



Entri paling panjang aku kira
Tapi aku bahagia
Untuk sudahkan thesis malam ni
InshaAllah Isnin tunjuk dekat Dr Ahmad untuk disemak kali kedua
Sebelum ke fasa penjilidan
InshaAllah.. izinkanlah aku jua :')

12.48am
khar
411