Friday 27 June 2014

VROOMM VROOMM

Motor itu
Sering saja bawa aku bersama abah
Bersama kak rul, adik dan mak

Motor itu jua buat abah dan mak ke kebun
Mencari sesuap nasi buat kami
Motor itu tanda kekuatan kami
Masih punya kenderaan ke sana ke mari




Biarlah orang nak kata apa dengan segerombolan barang di atasnya
Aku tetap pendirian motor itu mampu tampungi
Tanpa motor itu aku sepi
Realiti dari kecil sampai sekarang aku masih dengan motor itu

Banyak cerita disebalik motor itu
Banyak jasa motor itu
Tanpa kenal rasa erti kenderaan 4 roda lain yang disekelilingnya
Biar orang kata aku suka rempit

Biar. Sebab dengan motor itu aku dididik. Sederhana. Tanpa rasa perlu akan kereta itu.

Mak abah. Harap sesuatu dari kami
Mulai dari motor itu mereka pasang impian.
Biar nanti anak-anaknya punyai kereta besar
Mampu memberi kepada yang perlu

Sungguh! Aku tetap sayang erti motor itu. Namun, ku juga pasang impian.

Moga mak abah sempat naiki roda 4 anaknya. Mak pesan "kalau abah dengan mak x da kereta besar, rumah besar xpa, tapi tebuslah maruah abah ko yg anak penoreh getah juga boleh berjaya masuk U dan ada kerja yg baik."

Dan aku yakin, adik pn blh lakukannya.
STPM itu pmulaan kpd langkah kehidupan masa depan.

Dan motor itu, jasanya terlalu banyak.







Kampung
2.44pm
28jun2014

Thursday 26 June 2014

JAM TANGAN ITU

Tiba-tiba teringat beberapa episod panggilan mak dari kampung.
Dalam minggu ni saja mak dah 3 hingga 4 x telefon bertanyakan bila aku akan balik.
Terfikir macam ada sesuatu. Risau sbenarnya walaupun dengan kawan-kawan aku main-main.. huhu. Moga yang baik-baik buat mak, abah dan adik kat kg tu.

Jam

Dulu masa kecik-kecik tengok kak rul dapat jam. Masa tu umur dia 12 tahun. Cantik. Menyala lampu jam tangan itu, kalernya hitam biru. Kira macam jam digital, ada bunyi2 macam tuh. Menarik la bagi aku yg baru berumur 10 tahun. Mak kata nanti, kalo aku dah besar dapat jugak jam macam kak rul. Aku pon xpasti aku mengiyakan atau macam mana.

12 Tahun.

Akhirnya, aku dapat jugak jam. Mak tahu citarasa aku. Jam tu macam jam lelaki. Warnanya hitam. Jenama QUARTZ. Jam tu blh masuk air. Hehe. Suka sebab ada gaya. Jam tu jugak teman aku sampailah habis STPM. Jam tu macam 'penjaga' aku. Bukan apa, sebab seolah-olah ada mak ke abah yang ada salu aku situ. Sedih-sedih, kuat semangat, kalah, menang, gembira, jalan-jalan semua dengan jam tu. Tapi sejak dr ada jam sampai sekarang kalo kat rumah la.. selalunya mesti hilang. Hilang bukan sebab tercicir tapi hilang aku tak ingat letak kat mana. Mak salu marah kalo aku terlupa. Tapi dia dah biasa. hehe. Sebab nanti selalu jumpa balik. Nak p sekolah pepagi cari jam dlu.. Sampai dah nak naik basikal, eh jam lupa.. jerit2 panggil mak.. mintak tolong ambikkan. huhu. malas kan aku.

*macam jam yang hilang tuh*


Hilang

Erm. masa keja kilang jam yang mak beri tu hilang. tension rasa. mungkin hilang masa kat surau. surau kilang yang sepi tanpa umat Islam nk kerjakan solat. Astagfirullah. Aku tak leh terima hakikat. Walaupun sebelum jam tu hilang mak ada belikan satu lagi jam. Sepasang dengan kak rul. Aku syg sangat jam tuh. Macam ada aura.. sebab tu jam yg pertama aku dapat. Aku takkan beli jam sendiri. Sampai skrg ada 2 ja jenis jam tangan aku yang mak belikan.

Kini

Jam yang baru tuh (xlah baru sangat) jam masa ting.6 mak belikan. Jam tu warna emas. Talinya hitam. Semalam talinya putus lagi. Xpa..aku akan baiki semula. Nak g kedai balik. X kiralah bpe kali rosak aku nk baiki jugak..sampai ada jam baru dari mak.. Sayang sebab mak yang belikan. Sayang jugak sebab salu abah yang teman mak belikan. huhu.

Tak sama

Kadang tgk kawan-kawan beli jam baru. Aku kdg terikut nak beli.. Pastu, aku mesti teringat jam yang mak bg. Jadi aku xpernah lagi beli jam sendiri. Niat tu aku akan batalkan. Tetap nak jam mak.. tetap nak jam QUARTZ yg mak belikan..

Esok inshaAllah nak balik kg. Dalam usaha nak selesaikan kemas-mengemas. Mak abah, tunggu orang balik yer. Kali ni balik lama sikit. Terawih kat umah, p masjid sesama dengan mak.. Nak masak.. Nak rajin.. huhu. Mak, tunggu tau orang balik. Nanti orang ganti plak masak-masak, kemas umah, sapu halaman.. tau mak... tunggu orang..




embun
615-3
8.49pm
26Jun2014

Tuesday 10 June 2014

KEM PEMANTAPAN MMK KHAR 14/15

Alhamdulillah ya Allah

22 hingga 25 Mei 2014
Tamat sudah Kem Pemantapan MMK KHAR 14/15 di  KHAR dan Pangkor Village Beach Resort.

Tamat sudah lakonan kami daripada unit aktiviti. :p
Ya Rahman ya Rahim yang memberi izin kepada aku dan mereka untuk melengkapkan kelahiran generasi baru MMK KHAR.

Awal perancangan kem ini, banyak perubahan dan permasalahan yang terjadi.
Antaranya bas masih tak dapat bukan sebab mohon lewat tapi banyak kem persatuan dan kelab juga berlangsung.

Kekangan masa untuk kami unit aktiviti menyiapkan modul, almaklum di akhir-akhir semester banyak perkara yang perlu diselesaikan dan tugasan yang perlu dihantar.

Pada ketika itu juga masih samar-samar dalam menentukan kem komandan bagi kem ini.

Namun, segala-galanya berjalan dengan lancar.
Ada dua trip perjalanan. Pagi bersama En Haris dan petang trip bersama peserta.

Kali ni berganding dengan JMK10/11 dan JMK 11/12
Abg Sham dan Kak Hala.
Subhanallah. Allah titip idea orang yang tepat dipilih.
Sehingga kini aku teringat-ingat memori di sana.
Tatkala kami unit aktiviti terlebih dos ada yang nasihatkan =)

Banyak air mata adik-adik yang tumpah kat sana.
BANYAK. Sampai aku sebak kat tekak. Terpaksa berlakon sbg kem kom yg ganas *ganassgt* huhu

Drpd YM, Balqis, Ilyas, Kir.
Semua yg agak berat pembawakan kami nk bawak.
Sebab mereka sebagian drpd kami. SINERGI.
Namun, niat utk memudahkan pjalanan mereka spjg sidang, kami gagahkan juga.

Faizol - Balqis - Ilyas - Fatin - Zureen - Kir - Istiqamah
Rosyidi - Ezzah
Harith - Auni
Ikhwan - Atikah
Azim - Hawa
Haniz - Eva - Akmal
Peravin - Faezah
Faiz - Rashveni
Ashraf - Marjan
Lokman - Ashilah
Joe - Along - Hidayad - Fadhilah - Maisara - Afiqah - Maryam - Devie - Asmirah

35 kekuatan

Teruk juga kami provok. Drpd prog, tindakan, disiplin, kesihatan, masa dll
Sampaikan setiap kali slot yg provok tiada yang xda tangisan.
Kesian kat adik-adik.

Aktiviti air, LDK, muhasabah, kerohanian, games.
Namun, yg plg penting ialah refleksi dari awal prog sampailah akhir.
Sampaikan AJK semua menangis. Ya Rahman Ya Rahim. Limpahan kasih sayangMu banyak sangat kepada kami. Kamilah yang sering menzalimi diri kami sendiri. Allah. Allah. Allah.

AJK dan Peserta :p


Aku dengan AJK Aktiviti kena refleksi satu-satu
Supaya mereka jelas kenapa setiap satu itu dibuat.

Moga-moga kem ni buat mereka kuat andai rasa ingin berhenti di pertengahan jalan.
Moga-moga mereka kuat sepanjang sidang. Ameen.

Antara slot yg x bole lupa mereka kena merangkak masuk dalam air laut, sampaikan Rash kejang kaki. Allah.

Lepastu slot matlamat. Ashilah dgn Hanis. Mereka memang wonderful. Antara permata yg akan menyerlah nanti inshaAllah.

Slot malam kebudayaan yg AJK yg disuruh berlakon habis menangis. Allah. Allah. Sampai Balqis lari ke tepi pantai. Memang aku takkan lupa part tuh.

Dan slot masa MT teruk kena sebab prog malam kebudayaan x berjalan lancar. Kesian kat Kir. Dia tak larat sangat berdiri lama-lama tapi kerana anak buah dia. Dia sanggup gagahkan jugak. Walaupun kteorg dh suruh duduk.

Paling terkesan adik-adik ni sampai lupa nk refill air, sampai Hidayad masuk hospital sebab dehidration.

Sesi berbahas jam 2 pagi di tepi pantai. Memang kuat semangat mereka. =)

Aku yakin untuk tinggalkan mereka.
Aku yakin mereka boleh buat lebih baik daripada kami.
Aku yakin mereka akan menjadi insan yang hebat.
InshaAllah. =D

Kursus Timbang Tara juga semakin hampir.
21 hingga 23 Jun.
Mereka 35 org akan angkat sumpah.
Sebagai MMK KHAR 14/15

Moga Allah izin permata-permata ini menyinar.
Moga Allah izin KHAR dinaungi dengan prog-prog membentuk jiwa-jiwa penghuni.
Ameen ya Allah.

Selamat berjuang adik-adik
Doa kami sentiasa utk kalian inshaAllah

hujung dunia *hayati liriknya*

Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Kalau ada silap dan salah
Harap kalian sudi maafkan

Buat AJK sekalung tahniah ^^
Buat Abg Sham dan Kak Hala terima kasih ;)

"JMK/MMK ni lain, adik-adik akan rasa erat, kekeluargaan tu. Hayati dan rasailah, korg akan dapat kemanisannya sampai bila-bila..." =D

SINERGI PEMANGKIN KEUNGGULAN

kem kom
10062014
KHAR
615
6.28pm

3 IDIOTS

Semalam.
Lepas balik masjid dengan kak ngah n adik an.
Lepas membeli belah makanan di kafe.

Lepas hantar pesanan ke rumah JMK
Datang kat rumah dik an.
Niat nak sekejap sak kat sana.

Tiba-tiba dia an tgh bukak TONTON.
Maka, aku pun dtg idea nak tgk citer Temptation of Wife. (sesaje)
Dik an  kata, "Kak, tak yah lah.. kita tengok citer 3 Idiots."

Aku mana tahu sangat muvie2 ni. haha. (serius okay)
Aku dengan rela hati pun mengiyakan.
Kak ngah pon join sekaki sambil makan burger dia (lapar sak)

Dan... banyak pengajaran yang boleh dapat dr citer tu..
Dan.. aku baru tahu lagu senamrobik masa jdi JMK 12/13 lagu citer ni lah. haha
Dan.. ia bukan sekadar citer biasa..

Membuka mata buat aku ni ha yang nak jadi cikgu praktikal.

Ilmu bukan sekadar kepantasan.
Tapi ia lebih meningkatkan pengetahuan.
Sedangkan makna yang diminta oleh Rancho langsung xda dalam buku. HAHA.
Kesian pengetua dia.

Bagaimana centimeter ubah hidup dia jadi 360 darjah lepas jumpa Rancho
Bagaimana Rancho belajar bukan kerana Ijazah Kejuruteraan tp sebab dia nak!
Bagaimana mereka yang selalu ikut sistem. Hafal sebijik2 tanpa pemahaman.

Kadang terpikir.. aku ni yg mana?
Belajar sebab exam? *gulp

Belajar sebab tgk orang masuk U fifa? *prang prang

Dan paling terkesan tentang persahabatan dieorang.
Sanggup didenda sebab kawan.
Sanggup segala-galanya
Sampai tak terpikir aku Rancho bawak ayah Raju naik scooter dengan Pia. Haha.
DEMI NYAWA. DEMI PERSAHABATAN.

Dan bagaimana berpikir luar daripada kebiasaan.
Hidup kita jika biasa-biasa. Dimana pengakhiran yang dinanti?

Allah.. Allah..
Baby- Remaja- Masuk U- Keluar U- Kerja- Mati?

Erti hidup pada memberi!
Dan ternyata ketenangan itu suatu kembara, bukan destinasi.

*diam*
6-1-5
Mantan
10062014
5.15pm