Tuesday 10 June 2014

KEM PEMANTAPAN MMK KHAR 14/15

Alhamdulillah ya Allah

22 hingga 25 Mei 2014
Tamat sudah Kem Pemantapan MMK KHAR 14/15 di  KHAR dan Pangkor Village Beach Resort.

Tamat sudah lakonan kami daripada unit aktiviti. :p
Ya Rahman ya Rahim yang memberi izin kepada aku dan mereka untuk melengkapkan kelahiran generasi baru MMK KHAR.

Awal perancangan kem ini, banyak perubahan dan permasalahan yang terjadi.
Antaranya bas masih tak dapat bukan sebab mohon lewat tapi banyak kem persatuan dan kelab juga berlangsung.

Kekangan masa untuk kami unit aktiviti menyiapkan modul, almaklum di akhir-akhir semester banyak perkara yang perlu diselesaikan dan tugasan yang perlu dihantar.

Pada ketika itu juga masih samar-samar dalam menentukan kem komandan bagi kem ini.

Namun, segala-galanya berjalan dengan lancar.
Ada dua trip perjalanan. Pagi bersama En Haris dan petang trip bersama peserta.

Kali ni berganding dengan JMK10/11 dan JMK 11/12
Abg Sham dan Kak Hala.
Subhanallah. Allah titip idea orang yang tepat dipilih.
Sehingga kini aku teringat-ingat memori di sana.
Tatkala kami unit aktiviti terlebih dos ada yang nasihatkan =)

Banyak air mata adik-adik yang tumpah kat sana.
BANYAK. Sampai aku sebak kat tekak. Terpaksa berlakon sbg kem kom yg ganas *ganassgt* huhu

Drpd YM, Balqis, Ilyas, Kir.
Semua yg agak berat pembawakan kami nk bawak.
Sebab mereka sebagian drpd kami. SINERGI.
Namun, niat utk memudahkan pjalanan mereka spjg sidang, kami gagahkan juga.

Faizol - Balqis - Ilyas - Fatin - Zureen - Kir - Istiqamah
Rosyidi - Ezzah
Harith - Auni
Ikhwan - Atikah
Azim - Hawa
Haniz - Eva - Akmal
Peravin - Faezah
Faiz - Rashveni
Ashraf - Marjan
Lokman - Ashilah
Joe - Along - Hidayad - Fadhilah - Maisara - Afiqah - Maryam - Devie - Asmirah

35 kekuatan

Teruk juga kami provok. Drpd prog, tindakan, disiplin, kesihatan, masa dll
Sampaikan setiap kali slot yg provok tiada yang xda tangisan.
Kesian kat adik-adik.

Aktiviti air, LDK, muhasabah, kerohanian, games.
Namun, yg plg penting ialah refleksi dari awal prog sampailah akhir.
Sampaikan AJK semua menangis. Ya Rahman Ya Rahim. Limpahan kasih sayangMu banyak sangat kepada kami. Kamilah yang sering menzalimi diri kami sendiri. Allah. Allah. Allah.

AJK dan Peserta :p


Aku dengan AJK Aktiviti kena refleksi satu-satu
Supaya mereka jelas kenapa setiap satu itu dibuat.

Moga-moga kem ni buat mereka kuat andai rasa ingin berhenti di pertengahan jalan.
Moga-moga mereka kuat sepanjang sidang. Ameen.

Antara slot yg x bole lupa mereka kena merangkak masuk dalam air laut, sampaikan Rash kejang kaki. Allah.

Lepastu slot matlamat. Ashilah dgn Hanis. Mereka memang wonderful. Antara permata yg akan menyerlah nanti inshaAllah.

Slot malam kebudayaan yg AJK yg disuruh berlakon habis menangis. Allah. Allah. Sampai Balqis lari ke tepi pantai. Memang aku takkan lupa part tuh.

Dan slot masa MT teruk kena sebab prog malam kebudayaan x berjalan lancar. Kesian kat Kir. Dia tak larat sangat berdiri lama-lama tapi kerana anak buah dia. Dia sanggup gagahkan jugak. Walaupun kteorg dh suruh duduk.

Paling terkesan adik-adik ni sampai lupa nk refill air, sampai Hidayad masuk hospital sebab dehidration.

Sesi berbahas jam 2 pagi di tepi pantai. Memang kuat semangat mereka. =)

Aku yakin untuk tinggalkan mereka.
Aku yakin mereka boleh buat lebih baik daripada kami.
Aku yakin mereka akan menjadi insan yang hebat.
InshaAllah. =D

Kursus Timbang Tara juga semakin hampir.
21 hingga 23 Jun.
Mereka 35 org akan angkat sumpah.
Sebagai MMK KHAR 14/15

Moga Allah izin permata-permata ini menyinar.
Moga Allah izin KHAR dinaungi dengan prog-prog membentuk jiwa-jiwa penghuni.
Ameen ya Allah.

Selamat berjuang adik-adik
Doa kami sentiasa utk kalian inshaAllah

hujung dunia *hayati liriknya*

Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Kalau ada silap dan salah
Harap kalian sudi maafkan

Buat AJK sekalung tahniah ^^
Buat Abg Sham dan Kak Hala terima kasih ;)

"JMK/MMK ni lain, adik-adik akan rasa erat, kekeluargaan tu. Hayati dan rasailah, korg akan dapat kemanisannya sampai bila-bila..." =D

SINERGI PEMANGKIN KEUNGGULAN

kem kom
10062014
KHAR
615
6.28pm

No comments:

Post a Comment