Tuesday 11 November 2014

SEIMAN YANG MENGUATKAN


Alhamdulillah selesai sudah cuti Deepavali yang hampir seminggu. Diakhiri dengan program dakwah dan tarbiyah. Sungguh menjadikan aku lebih tabah dan sedia dengan apa jua kemungkinan yang akan datang.

Secara rasminya untuk yang beberapa kali aku dapat menghadirkan diri secara sepenuh masa. Tak ada skip-skip lagi, terburu-buru nak balik kejar kerja lain. Tak ada. Makanya, pulanglah aku hampir pada jam 4.00ptg dengan menaiki train sebab ada amanat aku selesaikan seusai aku turun dari train.
Nk jadi cerita, train agak lambat, dengan ramai yg akan pulang ke bumi Tg Malim. Pada perkiraan aku jam 6.00ptg dah boleh sampai, tapi rupanya sangkaan aku 100% meleset. Mana tidaknya, sampai jam 7.00mlm. Nak magrib dah masa tu.

Malam tu bermalam di KHAR semula, sempat jugak ke Masjid Al-Mursyidin UPSI untuk solat Isyak berjemaah. Alhamdulillah, sempat ajak Istiqamah sekali. Balik jenguk ke rumah adik Imtiyaz, borak-borak rupa sampai 11.30mlm. Tak tersedar, esok pepagi nak merempit ke Bestari Jaya.
Sampai bilik Syi terus siap-siap nak tidur. Alhamdulillah, Berjaya bangun walau agak keletihan sebelum subuh, sempat jugak qiam sekejap, isi jiwa yg using ni. Allah..

Jam 6.00pg bertolak ke Bestari Jaya, sempat isi minyak di Petronas TM. Aku redah kegelapan pagi, sejuk dingin terasa hingga ke tulang rusuk dengan cuaca yang baru lepas hujan. Bila sampai ke persimpangan selepas laluan ke UniSel. Tiba-tiba aku tengok meter minyak moto terus hampir ke merah, padahal baru isi.

Cuak masa tu Allah ja yang tahu, terbau-bau minyak petrol, tapi aku abaikan je memandangkan baru sebuah kereta lalu dengan asap yng berkepul-kepul. Tapi tetap jugak tak sedap hati. Aku doa moga-moga sampai ke rumah sewa aku dengan selamat, rupa kat simpang kampong moto makin perlahan nak mati. Aku terus turun dan tolak ke tepi.

Lepastu cuba hidupkan lagi, nak telefon Norma tak jadi, kebetulan Allah tolong Nisa jiran sebelah baru lalu, aku terus tahan, cakap mintak tumpang nak balik ke rumah. Sebelum tutup pintu kereta memang bau minyak petrol agak kuat. Berderau darah. Tapi masih tak fikir apa terus siap-siap nak ke sekolah pinjam moto nenek dulu.

Balik sekolah ni, masuk bilik aku bau lagi petrol, rupa bau petrol kat seluar kaki kiri dan kanan. SERAM. Allah masih sayangkan aku lagi… Hampir saja aku boleh terbakar sebab petrol dah melimpah ruah. Allah. Allah..

Petang ni jap lagi nak ambil moto kat simpang, mudah-mudahan Nor boleh dibetulkan dengan kos yang rendah. Aku dah kekurangan sumber. Sungguh-sungguh.

Apa yang menguatkan aku bila semalam sahabat kongsi balik semula ayat INFIRU!
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan susah mahupun senang dijalan Allah dengan harta dan jiwamu…”                 BERANGKAT. Moga aku dan mereka thabat di jalannya. Doakan aku sahabat-sahabat seperjuangan. J


3.13pm
27Okt2014
Bilik Pink
Bukit Badong

AKAN TIBA MASANYA NANTI

Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat bernafas pada hari ini. Semalam keluar dengan pelajar 4Akaun dalam 8 orang macam tu. Ntah kadang tak tahu nak rasa apa sekarang ni. Bila dikira tinggal 15 hari je lagi. Bakal rindu dengan anak-anak murid yang comel-comel tuh semua, dengan panggilan cikgu….cikguu….cikguuu! Huhu…

Rasanya dalam banyak-banyak kelas mesti aka nada je beberapa orang yang agak ‘aktif’ maksudnya akan menarik perhatian aku dari sudut percakapan, gaya, tingkah laku sampai kadang aku nak marah jadi ketawa. Ishk3..

Bermula dari kelas 4SN2, 4AK, 4ICT2 dan 4SV1. Macam-macam ragam. Sebenarnya inilah yang dipanggil sayang. EH? Sungguhlah. Kali ni tak boleh tipu. Mudah-mudahan saja aku kental masa minggu akhir nanti. Sobsob. Haha.

Sebelum meninggalkan kesan kenangan kat sekolah tuh aku nak cari sesuatu yang sejuk dan sedap untuk mereka. Tapi aku tak jumpa lagi mana tempat yang dekat nak beli melainkan dekat Tg. Malim. Hailah. Pening ku memikirkannya. Namun tidak jugak aku temui jalan. Aku nak ke Kuala Selangor aku pun tak pandai kedai-kedainya kat mana. Tak mahu susahkan sesiapa. Nanti akan ku fikirkan lagi.

Detik-detik nak keluar ni jugak membuatkan aku berfikir lagi apa sebenarnya sumbangan aku pada mereka (pelajar-pelajar). Menangis! Huhu… Aku tak pasti apa…Namun, moga yang sedikit itu bermanfaat, moga yang tersilap akan digilapkan lagi inshaAllah…

Masih lagi dalam mood exam dan mereka baru habis kertas Sejarah 3. Macam ahli falsafah dah gaya anak-anak murid aku. Haha. Tak apa, mana tahu suatu hari nanti, moga mereka lebih baik dan dapat sumbangkan sesuatu untuk Islam. Ya, kejayaan itu ada selagi kita meletakkan harapan. J

DAN SERIUS MEREKA COMEL. HAHA. Bersambung… >_<



12.33pm
12Okt2014
Bilik pink
BB

7 HARI IV ii

Sambungan...
Lepas tu Alhamdulillah jumpa jalan jugak akhirnya, maka kitaorang ke destinasi seterusnya iaitu ke rumah kawan kat Slim River ambik kunci sekejap baru ke rumah Pika kat hospital untuk antar Mira sekali. Sampai kat Slim River tu hamper jam 12.00 malam. Aku tahu mesti mak pika marah balik lewat. Huhu. Tapi nak buat macam mana, aku tak nak pun benda ni jadi tapi ia dah tersusun sebegitu. Huhu.

Lepas hantar Pika dan Mira tinggallah aku dengan Shuwai nak balik meneruskan perjalanan pulang ke TM terchenta, niat di hati nak lalu tol sebab jalan dalam sunyi namun takdir juga kami salah pilih lorong antara IPOH dan KL. Bila dah tersilap maka kami ke SUNGKAI! Bukan balik tapi makin jauh, Allah ujian sungguh. Namun aku tabahkan hati, lalu jugak told an patah balik dalam 49KM lagi nak menghala ke TM.

Bila sampai ke TM dalam jam 1.00 pagi macam tu dan kebetulan lapar yang amat maka kami berhenti makan kat Sinaran Tomyam. Lepas makan baru ke rumah kawan jenguk-jenguk sebab banjir (tangki pecah kot) lepas jenguk tu nak balik terus rumah seorang kakak tumpang tidur sana. TAPI tiba-tiba kereta tak hidup. ALLAHUAKHBAR... Lelah.. Aku tak tahu nak kata apa memandangkan esok sekolah. Hilang seketika...

---
Ntah kali ke berapa mencuba Shuwai cadang telefon kakak tu untuk ambik kami. Dalam masa yang sama jgak adik-adik Imtiyaz kebetulan ada mesyuarat malam tu maka kami telefon salah seorang daripadanya untuk tolong hidupkan kereta. Subhanallah, tak berapa lama kakak sampai maka adik-adik Imtiyaz 4 orang lelaki datang hidupkan kereta. Alhamdulillah hidup dan masa tu aku sendiri tak berani dah nak bawak kereta takut mati lagi maka aku ambik keputusan sesama pinjam dulu adik Imtiyaz untuk aku bawak balik ke rumah kakak tu dulu dan aku janji akan pulangkan esoknya.

Fikir punya fikir maka aku pun buat keputusan balik naik Nor sebab tak nak susahkan sesiapa. Berbekalkan tidur selama 2 jam tak sampai aku bangun pagi jam 5.15 pagi siap-siap nak balik K.HAR semula ambil motor Nor. 6.30 pagi bersama Shuwai ke sana tanpa baju sejuk. Sejuk amat...!

Bila sampai ambik kunci motor dan jaket aku hantar Shuwai ke KTM dan terus gerak balik ke Bestari jaya nak pi sekolah! Dalam perjalanan hujan. Hujan makin lebat. SEJUK SANGAT SANGAT. Tak apa demi sekolah dan demi amanah Allah aku teruskan jugak. Tak nak mengalah sebab sejuk tu. Harap kat Allah sungguh-sungguh. :’)

TIBA-TIBA kat satu selekoh tu motor mati. Allah... sudah.. dan jam menunjukkan jam 7.31 pagi! Arghhh.. Tension tapi cool... Aku tongkat 2 motor tu, aku cek-cek kot ada yang sangkut dengan baju hujan yang kak Hala bagi koyak-koyak sebab laju sangat kot. Tapi bila cek xda yang sangkut..kesan baju hujan koyak-koyak ja. Huhu. Maka dengan bismillah aku hidupkan enjin 2x tak silap. ALHAMDULILLAH HIDUP. Allah Allah Allah. Aku pun terus dengan laju pecut nak sampai ke rumah salin baju kurung. Sempat toleh ke sekolah tengah perhimpunan lagi. LEGA kejap!

Lepastu tukar-tukar baju terus ke sekolah dan Alhamdulillah masih perhimpunan lagi, jadi aku patah balik lalu jalan belakang ikut kuaters. Parking dan terus ke pondok yang ada pengawas. Aku ajak borak-borak tanya tentang exam. Sebelum ke sekolah aku sempat tengok jadual ujian jam 8.30 pagi dan aku kena masuk ke kelas tu jam 8.10. Alhamdulillah sangat sebab sempat. Allah sebaik-baik penolong... Dan hari itu belum lagi berakhir ceritanya, dan aku akan sambung lain kali. 

“Bila kau rasa tiada siapa dapat bantu kau, yakin dengan seyakinnya HANYA Allah yang dapat bantu. Hanya DIA. ALLAHUAKHBAR...!”


9.53PM
24Ogos2014
Bilik Pink
B.B

7 HARI IV i

Allah.. nak  jerit ja kuat-kuat tapi x boleh sebab tak boleh.. wuwu. Nak tahu tak...erm..sebenarnya laptop ni diformat dan aku lupa nak transfer fail dari data C ke data D... :’( Habis 3 entri yang aku dah taip..Tapi bila muhasarawak (mcm IPG plak) huhu mungkin banyak hikmahnya. Allah nak aku adu pada dia ja.. Segala heartshot yang aku buat biar hanya Allah yang tahu..

Astagfirullah hal a’zim atas memori ahad lepas.. Banyak kena koreksi dan muhasabah kenapa dan mengapa dan hikmah yang WAJIB diambil.

Permulaan perjalanan aku balik ke khar naik Nor aku macam biasa..Sampai kat K.HAR macam biasa jam  5.15pm macam tu lalu aku solat asar dan ajak Balqis terus ke Soeharto ambil Aton. Awal plan nak bawak pika tapi pika smpai lewat sikit deh. Pergi Alhamdulillah tak ada apa yang berlaku smpai kitaorang pi buka puasa sama-sama kat Sinaran Tomyam dengan Imtiyaz a.k.a Sinergi lagi ramai. Hehe. Lepas tu, malam tu plan pi raya rumah felo terchenta kami. Sempat pi rumah Pn Diana dan En Ghaz ja kononnya nak pi bertolak rumah Aqmal malam tu jam 10malam. Tapi Allah tak izin plus aku sendiri tak sungguh cari keta. Huhu. Aku kepenatan sebenarnya sebab pagi Sabtu tu sekolah.

Bila malam tak jadi bertolak maka dengan bahagia aku dan mereka buat keputusan pi pagi esok pepagi. Akhirnya kami pergi jugak lepas slot malam tu duk kongsi-kongsi cerita pasal praktikal. Hee. Best! Jam 7.35pagi dari K.HAR ke Shah Alam. Tapi kami berenti dulu makan sebab Balqis lapar roti canai dan aku pun memang nak sebab lama tak makan kot. Huhu. Kira 8.35pagi dari Hulu Bernam.

Dalam perjalanan macam-macam dibualkan smpailah tersesat masuk ke Meru ke Pantai Indah aku pun lupa. Tapi akhirnya jumpa jugak rumah Aqmal. Cerita kat sana special sikit. Nanti entri lain aku sambung ek. Hihi.

Balik tu okay lah sama-sama dengan Sinergi lelaki 1 kereta tapi kitaorang tukar sikit sebab perempuan 6 orang. Sampai K.HAR jam 7.35malam. Solat jamak dan persiapan diri maka aku pun bertolak ke KTM ingat nak hantar Shuwai dulu tapi rupa tiket malam sangat dan cancel dulu. Aku pun buat keputusan tak jadi balik malam tu. Terasa macam seram. Tak pasti kenapa. Tapi aku teruskan perjalanan.

Masuk ke Soeharto Allah lama sangat bila pikir balik sedang patutnya paling lama dalam 45 minit. Tapi kami pi dekat nak 2 jam. Hijab ditutup atau tak tahu. Allah jua yang tahu. Hmm. Tapi okay lagi sampailah kami memang betul-betul sesat bila nak keluar. Masuk Felda Gedangsa, Allah. Dah sesat tu tak perasan pulak masuk ja sampai 2 lorong tak jadi-jadi. Aku memang dah cuak tapi zikir ja. Allah ja boleh pandu kami jalan yang lurus. Nyaris kami nak termasuk ke TANAH PERKUBURAN. Astagfirullah hal a’zim. Memang masa tu dah berderau darah aku. SERAM amat tetiba.

Namun Shuwai, Mira dan Pika tetap cool tapi bila cerita balik lepas tragedi ni semua seram sebenarnya cuma tak nak cakap sebab risau dah masa tu. Last sekali kitaorang pi balai polis lepas telefon Aton beberapa kali tak angkat. Huhu. Sebab da tak percaya lagi dah walaupun ada orang kampong.. Takut apa-apa jadi tak boleh jangka...Tiba-tiba....

Sambung lah nanti ya.. Aku tak boleh ingat memori ni sangat. Sebak sebenarnya.. Huhu. Sampai jumpa lagi kat entri akan datang... :’)

9.59pm
Bilikpink
B.B

7 HARI III

Aku hanya nak menaip. Tapi aku tak tahu nak taip apa. Aku nak bercakap tapi aku… Hahaha.
Tapi… Tapi aje. Ok nak cakap minggu ni sebenarnya kena latih pelajar untuk gimik persembahan sempena pelancaran Bulan Patriotik sekolah ni.

Bagus komitmen partner-partner semua dari UNiSel sekali. Cikgu-cikgu yang komited. Moga kita semua istiqamah sehingga ke akhirnya. Walau MUNGKIN tak di medan pendidikan dan perguruan namun di medan kerjaya kita TETAP perlu komited. Ye tak?

Mereka 4 orang baru di observed pada hari ini. Dari seawal hari ini aku tgk Rai dah ke hulu ke hilir dan Hilmi dah risau sepesen. Petangnya pulak nampak Izzat dengan Azira dah gelisah. Allah jua yang beri sebaik-baik penenang. Rupa-rupanya 2 daripada mereka berpuasa sunat hari ni. Subhanallah. Moga Allah yang bantu untuk pemarkahan mereka. Moga tip top hendaknya.

Walau berpenat lelah pada hari ini mereka ni tetap datang dan bagi komitmen penuh pada latihan untuk gimik yang akan diadakan pada hari Jumaat 15 Ogos ini. Fuhh! Berdebar rasa. :p

Namun, baru satu perkara aku teringat bangun tidur petang tadi. Huhu. Nama mereka (Cikgu praktikal UniSel) tak ada dalam pamplet pembukaan ni. Huwaa. Aku rasa Ckg Fatonah maklum dah benda ni. Boleh pulak aku terlupa tadi masa edit-edit dengan cikgu. Tu lah tengok je nama sendiri. Ishk ishk ishk. Patot aku cakap tadiii.. Aih. Geram dengan diri sendiri. Tu kredit utk mereka. Kredit tahu. Huhu.

Untuk busking pulak aku tak ada jelaskan apa-apa lagi dekat dieorang. Huhu. Banyak benda kena settle minggu ni sebenarnya. Nak cerita kat mak tapi mak pun tak sihat sangat. Mak demam sebab kena buat kerja sorang-sorang untuk 3 kunjungan marhaban. Kesian mak. Allah..

Wahai Allah, kau tolonglah hamba-Mu ini… Ya Allah ya Tuhanku tiada kemudahan kecuali yang Engkau jadikannya mudah. Engkau yang menjadikan kesusahan itu mudah apabila Engkau jadikannya mudah…

Aku nak balik TM. Tragis. Ambil mood. BUKAN. Aku ingin sikit semangat itu. Tolong.
Allah. Allah. Allah…


7.17pm
Bilik pink
13 Ogos 2014
Bukit Badong

7 HARI II

Alhamdulillah, dah masuk ke bulan Ogos 2014. Maka, semakin dapat membiasakan diri dengan suasana sekolah dan RPH yang hari-hari. Haha. Bukan apa aku perlu siapkan 9 RPH seminggu. Ya! Seminggu. HAHAHAHAHA. Ketawa jahat. Banyak sebenarnya, namun Allah jua yang beri kekuatan untuk aku laksanakan dan siapkan RPH ini. Namun, masih jugak banyak kelemahan yang perlu diatasi.

                Setiap hari memikirkan modul aktiviti buat anak murid yang aku cintai. Aku sayang semua. Tak tahulah. Tiba-tiba je ada walaupun aku masih lagi digelumang rasa takut. Masakan aku tak takut nak mendidik anak orang! Haa, sebab tutur bicaraku semua akan dipandang oleh pelajar walaupun mungkin tak semua TAPI mak pernah pesan jadi cikgu tu cakap yang betul sebab pelajar lebih dengar kata cikgu dari mak ayahnya. Huhu.

Jadi cikgu tu jangan sampai kata pelajar itu tak ada harapan. Sedang kita tak tahu esok-esok dia yang paling ke depan. Dia yang paling disayang. Dia yang paling dihormati. Dia yang paling mengingati kita sebagai gurunya. Siapa tahu? Sebab kita BUKAN Tuhan. Sebab takdir kita juga masih dalam rahsianya walaupun diri kita SENDIRI. Astagfirullah hal a’zim!

Kak Long INSPIRASI pernah pesan, pah setiap hari kau masuk kelas senang ja, lepas baca doa, tulis hari dan tarikh kat depan tu kau tulislah pulak ayat-ayat best/motivasi/kata-kata kat papan putih tu. InshaAllah mula-mula dieorang akan tertanya-tanya lepastu kalau sehari kau tak tulis dieorang pulak tanya kau mana ayat azimat kau. Haha. Aku masa tu angguk-angguk aje, sebab banyak pesanan yang ku terima namun terselit jugak rasa nak buat. Nah! Lepas tu aku buat hari-hari sampai ada hari aku tak sempat nak cari kata-kata ni. Apa jadi? Haa, anak murid aku 4SV1 yang aktif tanya yang lain dari yang lain tanya… “Cikgu, hari ni tak ada ke ayat yang cikgu tulis kat depan tu?”. Haa, dalam hati terkedu jugak sebab memang tak ada idea nak tulis. Haha. Tapi nak jadi cerita masa tu jugak Allah kurniakan satu ayat yang pada aku buat diri sendiri.

“Jangan pernah berhenti berjalan walaupun kamu rasa penat”

Tu dia ayatnya. Huhu. Untuk aku sendiri tak boleh lelah untuk hadapi kerenah anak-nak murid, tak boleh lemah bila tak ada modul yang sesuai, dan tak boleh sesekali berputus asa. Sungguh! Sebab rahmat Allah itu terlalu luasa buat hambaNya. Subhanallah. Detik demi detik ku rasakan macam perlahan. Ah. Biarkan aku mencari ruang untuk persiapkan diriku di medan ini. Biar kita buat sesuatu yang boleh menaikkan semangat mereka supaya tak pernah berputus asa walaupun mereka bukan orang yang cerdik. Satu aku selalu pesan, biar kita tak pandai tapi akhlak kita mantop! =)

Sekian untuk hari hujung minggu yang segar bugar ini ya Allah. Esok akan mula kembali ke sekolah dan akan di ‘observed’ oleh guru pembimbing. Moga Allah mudahkan.  :D

“Ya Allah ya Tuhanku tiada kemudahan kecuali yang Engkau jadikannya mudah.”
Doa ini dulu cikmawarbbungo yang dengarkan kat aku melalui youtube. =) Berpesan-pesanlah kamu ke arah kebaikan moga kamu beroleh manfaat. Terima kasih sabahat-sahabatku. ^__^

12.48pm
10 Ogos 2014
Ruang belajar
Bukit Badong

7 HARI I

Subhanallah. Sudah sampai ke akhir ramadhan.

Maknanya sudah hampir masuk ke minggu ke-2 aku berpraktikal di SMK Raja Muda Musa, Bukit Badong. Macam tak percaya. Jadi guru dah aku walaupun secara tak rasmi lagi(belum bergraduat).
Hmm, kenapa ya? Takut sebenarnya nak mendidik. Bagaimana kita sebagai pendidik dan menginsankan insan? Allah. Sebab realitinya, tidak semua pendekatan dengan pelajar itu sama. Tak seperti macam pensyarah kepada pelajarnya. Lain. Tugas guru macam ibu ayah yang kedua selepas mereka.
PENTING. Ya, sangat penting memanusiakan manusia. Sebab kita akan berhadapan dari peringkat pelajar yang mudah untuk mendengar kata kepada sampai tak mahu cerita apa-apa
.
Betul, kita tak mampu ubah insan 100%, TAPI kita boleh ajak mereka berfikir. Berfikir tentang apa? Tentang tujuan hidup. Hidup yang bukan sekadar, celik, ke sekolah, balik sekolah, tidur, buat kerja sekolah, kemudian celik semula dan ke sekolah lagi. BUKAN!

Kita nak, mereka fikir apa erti hidup. Apa manfaat yang boleh mereka beri pada orang lain. Hampir 6 ke 7 kelas yang aku masuk, ada yang aku boleh bagi nasihat terus, ada yang kena selami ajak bercerita, beri contoh kehidupan masa lalu kita sebagai pelajar sekolah, kaitkan dengan realiti mereka. Maka, mereka akan lebih dekat.

Sekolah ni ada aura sebenarnya. Guru pembimbing aku siap pesan lagi, kita kena banyak buat aktiviti untuk jadikan Sejarah (major aku) sebagai subjek yang disukai. Gunakan teknik-teknik tertentu dari segi modul, pendekatan, bahkan dari sudut pakaian sekali. Ha, suatu ketika dulu ramai sahabat-sahabat yang dah lepas praktikum pesan benda yang sama.

Kita kena masuk dengan jiwa mereka. Buat pelajar ternanti-nanti kita dalam kelas. Kehadiran dirai bukan dibenci. Cukup mendalam pesan pengetua sebelum kami melangkah ke Tapak perhimpunan 14 Julai 2014 yang lalu.

Sampaikan guru pembimbing aku ni digelar Lady Gaga oleh seorang pelajarnya yang kini pelajar aku jugak. Huhu. Risau aku memikirnya. Ckg Fatonah ini pada aku unik. Ada aura dan aku cukup hormat padanya. Sejarah jadi subjek yang ditunggu-tunggu di dalam kelas.
Alhamdulillah, beruntungnya aku pernah berorganisasi suatu ketika dahulu. Maka, dengan (gigih sangat) aku cuba aplikasi modul-modul yang sesuai dalam pembelajaran dan aku kena bersifu dengan guru pembimbing aku.

Tentang rumah sewa, alhamdulillah, dapat jiran yang baik super duper GOOD :D. Namun, inshaAllah jika tiada aral melintang kami perlu berpindah ke kuarters guru berdekatan dengan sekolah. Sungguh, hikmah Tuhan itu luas, sedang manusia sedikit pun tidak mengetahui.
Aku akan cuba update info baru fasal praktikum ni lagi. Meluah pada manusia kadang boleh jadi tersalah bicara. Meluah pada Tuhan dia Maha Mengetahui segala-galanya. Meluah dalam blog tak semua akan baca. :p

4:39pm
23Julai2014
Dato’ Karjan

BukitBadong