Tuesday 11 November 2014

7 HARI III

Aku hanya nak menaip. Tapi aku tak tahu nak taip apa. Aku nak bercakap tapi aku… Hahaha.
Tapi… Tapi aje. Ok nak cakap minggu ni sebenarnya kena latih pelajar untuk gimik persembahan sempena pelancaran Bulan Patriotik sekolah ni.

Bagus komitmen partner-partner semua dari UNiSel sekali. Cikgu-cikgu yang komited. Moga kita semua istiqamah sehingga ke akhirnya. Walau MUNGKIN tak di medan pendidikan dan perguruan namun di medan kerjaya kita TETAP perlu komited. Ye tak?

Mereka 4 orang baru di observed pada hari ini. Dari seawal hari ini aku tgk Rai dah ke hulu ke hilir dan Hilmi dah risau sepesen. Petangnya pulak nampak Izzat dengan Azira dah gelisah. Allah jua yang beri sebaik-baik penenang. Rupa-rupanya 2 daripada mereka berpuasa sunat hari ni. Subhanallah. Moga Allah yang bantu untuk pemarkahan mereka. Moga tip top hendaknya.

Walau berpenat lelah pada hari ini mereka ni tetap datang dan bagi komitmen penuh pada latihan untuk gimik yang akan diadakan pada hari Jumaat 15 Ogos ini. Fuhh! Berdebar rasa. :p

Namun, baru satu perkara aku teringat bangun tidur petang tadi. Huhu. Nama mereka (Cikgu praktikal UniSel) tak ada dalam pamplet pembukaan ni. Huwaa. Aku rasa Ckg Fatonah maklum dah benda ni. Boleh pulak aku terlupa tadi masa edit-edit dengan cikgu. Tu lah tengok je nama sendiri. Ishk ishk ishk. Patot aku cakap tadiii.. Aih. Geram dengan diri sendiri. Tu kredit utk mereka. Kredit tahu. Huhu.

Untuk busking pulak aku tak ada jelaskan apa-apa lagi dekat dieorang. Huhu. Banyak benda kena settle minggu ni sebenarnya. Nak cerita kat mak tapi mak pun tak sihat sangat. Mak demam sebab kena buat kerja sorang-sorang untuk 3 kunjungan marhaban. Kesian mak. Allah..

Wahai Allah, kau tolonglah hamba-Mu ini… Ya Allah ya Tuhanku tiada kemudahan kecuali yang Engkau jadikannya mudah. Engkau yang menjadikan kesusahan itu mudah apabila Engkau jadikannya mudah…

Aku nak balik TM. Tragis. Ambil mood. BUKAN. Aku ingin sikit semangat itu. Tolong.
Allah. Allah. Allah…


7.17pm
Bilik pink
13 Ogos 2014
Bukit Badong

No comments:

Post a Comment