Tuesday 11 November 2014

7 HARI I

Subhanallah. Sudah sampai ke akhir ramadhan.

Maknanya sudah hampir masuk ke minggu ke-2 aku berpraktikal di SMK Raja Muda Musa, Bukit Badong. Macam tak percaya. Jadi guru dah aku walaupun secara tak rasmi lagi(belum bergraduat).
Hmm, kenapa ya? Takut sebenarnya nak mendidik. Bagaimana kita sebagai pendidik dan menginsankan insan? Allah. Sebab realitinya, tidak semua pendekatan dengan pelajar itu sama. Tak seperti macam pensyarah kepada pelajarnya. Lain. Tugas guru macam ibu ayah yang kedua selepas mereka.
PENTING. Ya, sangat penting memanusiakan manusia. Sebab kita akan berhadapan dari peringkat pelajar yang mudah untuk mendengar kata kepada sampai tak mahu cerita apa-apa
.
Betul, kita tak mampu ubah insan 100%, TAPI kita boleh ajak mereka berfikir. Berfikir tentang apa? Tentang tujuan hidup. Hidup yang bukan sekadar, celik, ke sekolah, balik sekolah, tidur, buat kerja sekolah, kemudian celik semula dan ke sekolah lagi. BUKAN!

Kita nak, mereka fikir apa erti hidup. Apa manfaat yang boleh mereka beri pada orang lain. Hampir 6 ke 7 kelas yang aku masuk, ada yang aku boleh bagi nasihat terus, ada yang kena selami ajak bercerita, beri contoh kehidupan masa lalu kita sebagai pelajar sekolah, kaitkan dengan realiti mereka. Maka, mereka akan lebih dekat.

Sekolah ni ada aura sebenarnya. Guru pembimbing aku siap pesan lagi, kita kena banyak buat aktiviti untuk jadikan Sejarah (major aku) sebagai subjek yang disukai. Gunakan teknik-teknik tertentu dari segi modul, pendekatan, bahkan dari sudut pakaian sekali. Ha, suatu ketika dulu ramai sahabat-sahabat yang dah lepas praktikum pesan benda yang sama.

Kita kena masuk dengan jiwa mereka. Buat pelajar ternanti-nanti kita dalam kelas. Kehadiran dirai bukan dibenci. Cukup mendalam pesan pengetua sebelum kami melangkah ke Tapak perhimpunan 14 Julai 2014 yang lalu.

Sampaikan guru pembimbing aku ni digelar Lady Gaga oleh seorang pelajarnya yang kini pelajar aku jugak. Huhu. Risau aku memikirnya. Ckg Fatonah ini pada aku unik. Ada aura dan aku cukup hormat padanya. Sejarah jadi subjek yang ditunggu-tunggu di dalam kelas.
Alhamdulillah, beruntungnya aku pernah berorganisasi suatu ketika dahulu. Maka, dengan (gigih sangat) aku cuba aplikasi modul-modul yang sesuai dalam pembelajaran dan aku kena bersifu dengan guru pembimbing aku.

Tentang rumah sewa, alhamdulillah, dapat jiran yang baik super duper GOOD :D. Namun, inshaAllah jika tiada aral melintang kami perlu berpindah ke kuarters guru berdekatan dengan sekolah. Sungguh, hikmah Tuhan itu luas, sedang manusia sedikit pun tidak mengetahui.
Aku akan cuba update info baru fasal praktikum ni lagi. Meluah pada manusia kadang boleh jadi tersalah bicara. Meluah pada Tuhan dia Maha Mengetahui segala-galanya. Meluah dalam blog tak semua akan baca. :p

4:39pm
23Julai2014
Dato’ Karjan

BukitBadong

No comments:

Post a Comment