Tuesday 11 November 2014

SEIMAN YANG MENGUATKAN


Alhamdulillah selesai sudah cuti Deepavali yang hampir seminggu. Diakhiri dengan program dakwah dan tarbiyah. Sungguh menjadikan aku lebih tabah dan sedia dengan apa jua kemungkinan yang akan datang.

Secara rasminya untuk yang beberapa kali aku dapat menghadirkan diri secara sepenuh masa. Tak ada skip-skip lagi, terburu-buru nak balik kejar kerja lain. Tak ada. Makanya, pulanglah aku hampir pada jam 4.00ptg dengan menaiki train sebab ada amanat aku selesaikan seusai aku turun dari train.
Nk jadi cerita, train agak lambat, dengan ramai yg akan pulang ke bumi Tg Malim. Pada perkiraan aku jam 6.00ptg dah boleh sampai, tapi rupanya sangkaan aku 100% meleset. Mana tidaknya, sampai jam 7.00mlm. Nak magrib dah masa tu.

Malam tu bermalam di KHAR semula, sempat jugak ke Masjid Al-Mursyidin UPSI untuk solat Isyak berjemaah. Alhamdulillah, sempat ajak Istiqamah sekali. Balik jenguk ke rumah adik Imtiyaz, borak-borak rupa sampai 11.30mlm. Tak tersedar, esok pepagi nak merempit ke Bestari Jaya.
Sampai bilik Syi terus siap-siap nak tidur. Alhamdulillah, Berjaya bangun walau agak keletihan sebelum subuh, sempat jugak qiam sekejap, isi jiwa yg using ni. Allah..

Jam 6.00pg bertolak ke Bestari Jaya, sempat isi minyak di Petronas TM. Aku redah kegelapan pagi, sejuk dingin terasa hingga ke tulang rusuk dengan cuaca yang baru lepas hujan. Bila sampai ke persimpangan selepas laluan ke UniSel. Tiba-tiba aku tengok meter minyak moto terus hampir ke merah, padahal baru isi.

Cuak masa tu Allah ja yang tahu, terbau-bau minyak petrol, tapi aku abaikan je memandangkan baru sebuah kereta lalu dengan asap yng berkepul-kepul. Tapi tetap jugak tak sedap hati. Aku doa moga-moga sampai ke rumah sewa aku dengan selamat, rupa kat simpang kampong moto makin perlahan nak mati. Aku terus turun dan tolak ke tepi.

Lepastu cuba hidupkan lagi, nak telefon Norma tak jadi, kebetulan Allah tolong Nisa jiran sebelah baru lalu, aku terus tahan, cakap mintak tumpang nak balik ke rumah. Sebelum tutup pintu kereta memang bau minyak petrol agak kuat. Berderau darah. Tapi masih tak fikir apa terus siap-siap nak ke sekolah pinjam moto nenek dulu.

Balik sekolah ni, masuk bilik aku bau lagi petrol, rupa bau petrol kat seluar kaki kiri dan kanan. SERAM. Allah masih sayangkan aku lagi… Hampir saja aku boleh terbakar sebab petrol dah melimpah ruah. Allah. Allah..

Petang ni jap lagi nak ambil moto kat simpang, mudah-mudahan Nor boleh dibetulkan dengan kos yang rendah. Aku dah kekurangan sumber. Sungguh-sungguh.

Apa yang menguatkan aku bila semalam sahabat kongsi balik semula ayat INFIRU!
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan susah mahupun senang dijalan Allah dengan harta dan jiwamu…”                 BERANGKAT. Moga aku dan mereka thabat di jalannya. Doakan aku sahabat-sahabat seperjuangan. J


3.13pm
27Okt2014
Bilik Pink
Bukit Badong

No comments:

Post a Comment