Saturday 24 August 2013

MENYAPA

Allahumma solli a'la saiyidina muhammad

Akhir-akhir ini rajin pula rasanya nak menaip.
Hasilnya dari satu sapaan di FB setelah hajat dihati ingin bermusafir malam ini ditunda. Kerana perancangan Allah lebih baik. Hadirnya insan ini.

Buat yang ku panggil kakak. Selalu ada tika aku memerlukannya. Entah kenapa seperti titisan embun yang datang sebagai penyejuk hati. Aku sangat hargai. Barangkali dia membaca status di FB yang kadangkala membangkitkan sesuatu.

Aku. Ada ketikanya memerlukan teman bicara. Hingga saat ini dari mula aku memasuki alam ini dia antara yang sentiasa di belakang aku.

Topik hari ini sentuh erti penghargaan. Ya, manusia realitinya hanya inginkan satu ungkapan penghargaan. Maka terlerailah rasa yang pernah dipam-pam di dada yang bisa meletup tatkala di sentuh walau hanya dengan sebatang jarum! Aku kena usaha untuk menghargai semuanya yang ada. SEMUA!

Pernah dengar tidak? Allah tidak memandang hasil TETAPI Allah memandang kepada usaha.
Moga aku, dia dan mereka Allah ampuni dosa kita semua. Moga juga Allah melembutkan hati 'dia' kepada mereka. Allahumma ameen.

Pesanannya banyak dan namun akhir penutup bicara dia berpesan sesuatu :

"Rajin-rajinlah rapat dengan sahabat seiman. Disitu kau akan temui kemanisannya. =) 
Jangan jauh..
Jangan leka..
Jaga ikhtilat..
Jaga personaliti.."


*hati jatuh sayang*

Moga Allah rahmatinya. Ameen. 

Esok misi baru
Usah berdiam
Terus melangkah
3.09 am
2/G/6
25 oGOS 2013

Wednesday 21 August 2013

MELIHAT

Allahumma solli a'la saiyidina muhammad

"Usah dilihat siapa yang berkata, TETAPI lihatlah apa yang diperkatakannya."

Aku risau andai suatu masa kita tidak lagi melihat eloknya teguran itu TETAPI tertutupnya hati dek teguran yang pernah membuatkan hati terhenyak dipaku rasa marah.

Dan aku kini, sedang belajar dan terus belajar.
Dalam al-quran sendiri ada menyatakan perlunya untuk menegur dengan hikmah.
Ikuti cara Rasulullah SAW. Oh! jauhnya aku rasa.

Usaha! Usaha! Usaha! Allah...Allah...Allah..
Sesungguhnya kita ini hanyalah pengusaha, yang menunggu hasil tuaiannya disana.
Moga aku, kamu, dia, kita saling melengkapi.

#Hari ini angan-angan jadi realiti
#Bukit Fraser aku tawan.
#Alza bersama 5 JMK12/13 =)
#moga MMK 13/14 dapat ke sana jua.
#mengambil ibrah hebatnya Rasulullah dan sahabat
#naik kuda agak mengusarkan -_-

Tuesday 20 August 2013

PEMIMPIN

Allahhumma solli a'la saiyidina muhammad

Mungkin beginilah kisah perjalanan menjadi seorang pemimpin.
Siapa tahu rupanya dulu aku yang dipimpin,
sekarang menjadi antara yang memimpin.

Dulu hanya memikirkan skop masalah mahupun solusi dalam lingkungan organisasi yang kecil,
sekarang sangat berbeza. Kenapa? Barangkali semakin banyak yang dibuat, semakin banyak
perlu difikirkan. Terkadang hampir tersungkur. Namun perlu bangkit demi mereka.

Allah.

Beberapa hari lepas, sedang ketika itu mesyuarat terselak lembaran buku motivasi karya Hilal Asyraf. Petikannya lebih kurang begini :

"Dalam dunia ini ada dua perkara yang akan menghentikan usaha kita iaitu mati ataupun matahari terbit dari Barat."

Betapa mendalam maksud ayat itu dan aku kongsikan bersama mereka.
Dan hari-hari yang dilalui moga-moga lebih mematangkan aku dan mereka.

Tagline kami : "Sinergi Pemangkin Keunggulan" moga-moga menjadi doa dan diberkatiNya.

-kembali menaip
-mungkin perlu sesuatu
-akan dicari


2-G-6(1)
4.26PM
-laporan-

Tuesday 11 June 2013

MEREKA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi

Kembali dalam arena blog
Kenapa?

Aku sendiri tak tahu, rasa nak menulis
TENTANG MEREKA

Nak membina sesuatu yang baru dan mengekalkannya suatu perkara yang amat payah
Tapi duduknya kita dalam taklifan itu kan Allah dah aturkan

Esok! Semoga mereka FAHAM AKAN TANGGUNGJAWAB INI
Sekali melangkah moga tak undur walau seinci

Untuk diri aku juga
Kadang lelah dirasa
Tapi Tuhan dan sahabat kan ada
Aku butuh doa dan nasihat kalian

INSPIRASI SINERGIKU

Sekali-kali aku takkan tinggalkan mereka meski mereka yang meninggalkan aku
Janji pada diri ye ^__^

KUATKAN hati kami ya Allah

SENYUM


#terimakasihbuatmereka
#4.13 AM
#8.1.5 [1]

Saturday 16 March 2013

...PenCArI reDhA iLaHi...: KISAH CIKGU...


Bismillah hir rohmanirrohim..

Kisah ini.. Pernah diceritakan oleh lect yang sama iaitu Pn Nazariah
Lect yang hebat dan aku mengagumi beliau..




Moga satu hari nanti aku dapat belajar dengannya lagi
Kisah ini anda boleh ikuti di :

Monday 11 March 2013

BERJALAN TANPA HENTI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 

LIRIK LAGU HARI INI
MOGA KAN ADA SINAR ESOK HARI

BERJALAN TANPA HENTI


Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu

Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia


Jangan diminta pada taklifan
Kerana ia mungkin menjadi bebanan
Tapi bila diberi
Lakukanlah dari hati

Walaupun ia sedikit cuma.. Allah

Terbaca dari sebuah perkongsian :JIKA TAK MAMPU BUAT SEMUA JANGAN TINGGAL SEMUA."
Moga ia menjadi pembakar semangat aku!

8-1-5(1)
malamyangindah
1.52am

Thursday 7 March 2013

RINDU


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, sudah masuk minggu ketiga kuliah di Bumi Murobbi ini.
Diam tak diam hampir 4 bulan aku tidak pulang ke kampung.
RINDU YA ALLAH.


RINDU SANGAT.

Sayang mak abah aku..
Nak medang dengan abah..
Nak masak-masak, cerita-cerita dengan mak..

Allah...



"Ya Allah sayangilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka mengasihiku semenjak dari kecil.
Ya Allah jadikan aku anak yang solehah, yang mentaati kedua orang tuanya ya Allah." 
Ameen.




12.46pm
8/3/2013
Baitul Jawa
:(

Wednesday 6 March 2013

KISAH KITA

Bismillah hir rohmanirrohim

Dah lama sangat tak buat serabut kat sini. 
Dah berbulan dek aku yang malas mengemasnya.

Oh ya, entri kali ni cuma nak share video yang menampilkan sahabat-sahabat aku semua [walaupun aku tak ada dalam video tu] huhuhu

Sedih sebenarnya. Mungkin sebab aku sendiri pun dah lama tak balik kampung kan.
Bila tengok video tu ada dengan ahli Baitul Jawa. Ntah kenapa bila salah seorang cakap sesuatu yang aku rasa ia menyentuh hati aku. Jadi lain..TEEETTTTT




Best tengok mereka berjalan.
Aku tak ada masa ni.
Ada urusan luar.

Dah tak lama.
Hanya ini yang akan jadi kenangan kan.
Allah. Allah. Allah.
Moga Allah menjaga hati-hati kami dalam satu ikatan ya Allah.



Gambar yang ni salah satu kesinabungan dari video kat atas.
Mungkin ada yang tak berapa faham.
Tak apa. Biar aku je yang faham eh :)

Baiklah.
Dah lewat malam.
Sampai ketemu pada entri akan datang. Huhu
InsyaAllah ^_^


Baitul Jawa
1.47 pagi
7/3/2013
~akuinginpulang~

Saturday 2 February 2013

1 Tahun 6 Bulan

                          بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ     
Setelah hampir 1 tahun 6 bulan mendiami Kolej Harun Aminurrashid, Taman Bahtera, Tg. Malim, Perak, insyaAllah 7 Januari aku bersama JMK-JMK KHAR lain akan berpindah disusuli pelajar ijazah yang lain akan menduduki rumah baru di Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS).
KOLEJ HARUN AMINURRASHID
DISINI SEJARAH BERMULA
MENGUKIR SERIBU KENANGAN BERSAMA
TITIK PERMULAAN
KEPADA PERJALANAN YANG MASIH PANJANG
Siapa tahu hikmah Allah bukan?
Begitu juga aku.
31 Januari diadakan Majlis Solat Hajat KHAR (BLMT)
Moga menjadi permulaan yang baik-baik belaka.
Kami semua (JMK-JMK) bersama-sama membersihkan Dewan Harun Aminurrashid =)

Inilah rupa dewannya. Semangat tak tengok warnanya?

Moga-moga perpindahan kami ini diiringi dengan redha Allah.

Namun, memori di KHAR lama tetap akan ku simpan kemas-kemas dihati selagi Allah kurniakan ingatan kepadaku.

PASTI aku teringatkan Surau Ar-rashidin, gelanggang, foyer, bilik JMK dan lain-lain. 
Kini setiap sudut bagaikan mahu ditatap sepuasnya.

Tapi apalah dayaku, penglihatan setakat kemampuan seorang insan biasa. 
Sedih meninggalkannya.

Lebih sedih meninggalkan kenangan tempat titik permulaan aku berada di sini.

3-7-1

3-4-2

1-1-13

Setiap rumah yang ada kenangan.
Bersama mereka yang disayangi.

Moga Allah redha.
Moga ia juga menjadi pemulaan kepada perubahan yang lebih baik.


*dapat beg hitam putih bersama key chain =)
*masih di teratak 1-1-13(1)



KEM SINERGI II

SINERGIKU. IMAN! IMAN! IMAN! PAKSI KEHIDUPAN =)




1 + 1 = 3

Sinergiku..Dakwah tanpa sempadan, ukhwahfillah kekalan jalinan

Itulah antara trademark program Kem Sinergi II di Kem Asahan Melaka.
25 hingga 27 Januari 2013

Aku bersama 3 sahabat lain ( Siti Raihana Azman, Nur Aqilah Mohamad Nasir dan Sfia Yusoff) bersama-sama bermusafir ke sana dari Tanjung Malim, Perak.

Hebat!
Gabungan insan-insan didasari ukhwah kerana keimanan akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa hebat.
Allahuakhbar!

Dari barisan AJK Pelaksana Program yang amat mengujakan dan kebanyakannya hampir sama umur dengan kami, tapi lebih ramai yang muda-muda belaka. Hehe.
Kehadiran kami disambut oleh AJK Pengangkutan setibanya di kaunter pendaftaran di Melaka Sentral.

Perjalanan memang jauh! Tapi ia menambahkan manis dalam ukhwah sesama kami. ^_^

25 Januari 2013
Tiba ke Kem Asahan Melaka jam 5.30 petang.
Persiapan diri dan bermulalah slot pertama ice breaking.
Lepas itu bermulalah slot-slot di dalam kem ini

Slot 1
Sinergi  : Iman Paksi Kehidupan  oleh Hilal Asyraf

[Tertusuk-tusuk tatkala mendengar bait-bait kata dari beliau]
1 + 1 = 3 iaitu ukhwah berdasarkan iman yang akan menghasilkan kesatuan antara hati-hati yang bertaut dan menjadikan sesuatu LUAR BIASA =)

Anda PERCAYA tak?

Perang Badar = 313 LAWAN 1 000
sebab apa boleh menang?
IMAN adalah jawapannya =)

RAHEEQ AL-MAKTUM Seerah Nabawiyah yang patut (WAJIB) dibaca
(untuk ingatan diri sendiri) huhu

Baiklah, masuk balik perkongsian =)

1. Iman yang mendalam
    - kefahaman dalam agama (deen)
    - mengkaji hubungan diri dengan Allah
    - siapakah mereka yang boleh bersama kita
Rujuk al-baqarah : 30

* Soleh TETAPI TAK muslih (membaikkan orang lain) tiada guna =(

2. Bersahabat atas dasar keimanan
   - jalan perjuangan takkan mampu dihadapi berseorangan
   - matlamat ukhwah itu hendak ke syurga
   - kawan ketawa dan kawan menangis senang dicari tapi kawan nak ke syurga bagaimana?

*Ukhwah benteng komuniti dari anasir luar!

3. Melawan arus
   - fikir siapa kita 5 tahun akan datang

4. Pandangan rahmat
   - hati dan jiwa kena bersih
   - benci dosa BUKAN pendosa

5. Putus asa bukan jawapan
   - rujuk surah al-Hijr : 56
   - surah yusuf : 87

Epilog
    - Iman menjadikan kita luar biasa hebat sebab :
      = yakin
      = kebersamaan
      = istimewa
      = ketenangan
      = kekuatan

Slot 2
Usrah

Kata naqib aku  [ Abdullah Fahmi] dalam kem ini 
Dari Syed Abdul A'la Almaududi : "Nak muslim kena ada ilmu." 

Allah! Untuk aku yang sangat cetek ilmunya, ibarat ditusuk-tusuk dengan pisau. Usaha untuk memperbanyakkan buku-buku bacaan.

Dari Dr. Yusuf al-Qardrawi : "Iman dapat mengubah pandangan hidup seseorang."

Slot 3
Muhasabah Cinta oleh Imam Muda Asyraf

Beliau kata :
"Jika Allah sayang seseorang Dia akan campakkan kelembutan padanya."
Zapp! SAKIT!
[aku juga ingin begitu, moga-moga satu hari nanti]

"Paling penting dalam dakwah itu adalah hikmah."
rujuk an-Nahl : 125

"Dalam dakwah bukan sahaja menyampaikan tetapi bagaimana perubahan dalam diri orang yang didakwah."

Beliau turut mengatakan tentang 3 jenis pemimpin iaitu :

1. Pemimpin yang hanya memimpin = pemimpin yang angkuh
2. Pemimpin yang hanya dipimpin = pemimpin yang lemah
3. Pemimpin yang memimpin dan dipimpin = pemimpin yang terbaik

"Sebaik-baik pemimpin ialah pemimpin yang memikirkan akhirat rakyatnya juga."

[adakah aku begitu? Allah!]

Jungle Survival

Irkam Ma'ana
Bahtera kehidupan
Kata Hilal Asyraf dalam perkongsian selepas subuh : "Pastikan qiamulail sebulan sekali."
[ni tak, meeting sampai 3 pagi, tapi qiam 30 minit tak mampu buat.]
Astagfirullah hal a'zim

Outdoor Games

Majlis Penutupan

Baik! Khas masa majlis penutupan gambar kami semua =)


27 Januari 2013
11.15 pm selamat tiba di Tanjung Malim


*kagum dengan barisan pimpinan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) memang tip top. Subhanallah.
*moga usaha mereka Allah redha =)
*"janganlah menjadi kerengga, tidak makan buah tetapi menggigit mereka yang cuba mendekatinya."
*jom baca Untuk Kita Pendosa Harapan Selalu Ada


Wednesday 2 January 2013

PEPERIKSAAN

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hari ini hari mengulangkaji lagi bagi aku,
mungkin bagi yang lain ada yang dah selesai periksa.

Nak balik kampung pun ada..hee

Aku?
Ada lagi 6 subjek yang berbaki. Huhu

Banyak kan?
Tak apa. Cool tapi tetap usaha!
Ni ha jadual aku..huhuhu


maaf la kalau tak nampak :p

Tengok update status seorang sahabat

"Exam itu amanah."

Jadi, marilah kita
STUDY!
Maaf pada sahabat-sahabat yang belum menemui blog aku ni.. Bukan tak nak bagi baca..tapi belum masanya.
Hehe :p

#Teruskan perjalanan, jangan undur tapi terus ke hadapan#

15hb..tunggu =)