Saturday 2 February 2013

1 Tahun 6 Bulan

                          بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ     
Setelah hampir 1 tahun 6 bulan mendiami Kolej Harun Aminurrashid, Taman Bahtera, Tg. Malim, Perak, insyaAllah 7 Januari aku bersama JMK-JMK KHAR lain akan berpindah disusuli pelajar ijazah yang lain akan menduduki rumah baru di Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS).
KOLEJ HARUN AMINURRASHID
DISINI SEJARAH BERMULA
MENGUKIR SERIBU KENANGAN BERSAMA
TITIK PERMULAAN
KEPADA PERJALANAN YANG MASIH PANJANG
Siapa tahu hikmah Allah bukan?
Begitu juga aku.
31 Januari diadakan Majlis Solat Hajat KHAR (BLMT)
Moga menjadi permulaan yang baik-baik belaka.
Kami semua (JMK-JMK) bersama-sama membersihkan Dewan Harun Aminurrashid =)

Inilah rupa dewannya. Semangat tak tengok warnanya?

Moga-moga perpindahan kami ini diiringi dengan redha Allah.

Namun, memori di KHAR lama tetap akan ku simpan kemas-kemas dihati selagi Allah kurniakan ingatan kepadaku.

PASTI aku teringatkan Surau Ar-rashidin, gelanggang, foyer, bilik JMK dan lain-lain. 
Kini setiap sudut bagaikan mahu ditatap sepuasnya.

Tapi apalah dayaku, penglihatan setakat kemampuan seorang insan biasa. 
Sedih meninggalkannya.

Lebih sedih meninggalkan kenangan tempat titik permulaan aku berada di sini.

3-7-1

3-4-2

1-1-13

Setiap rumah yang ada kenangan.
Bersama mereka yang disayangi.

Moga Allah redha.
Moga ia juga menjadi pemulaan kepada perubahan yang lebih baik.


*dapat beg hitam putih bersama key chain =)
*masih di teratak 1-1-13(1)



No comments:

Post a Comment