Tuesday 10 June 2014

3 IDIOTS

Semalam.
Lepas balik masjid dengan kak ngah n adik an.
Lepas membeli belah makanan di kafe.

Lepas hantar pesanan ke rumah JMK
Datang kat rumah dik an.
Niat nak sekejap sak kat sana.

Tiba-tiba dia an tgh bukak TONTON.
Maka, aku pun dtg idea nak tgk citer Temptation of Wife. (sesaje)
Dik an  kata, "Kak, tak yah lah.. kita tengok citer 3 Idiots."

Aku mana tahu sangat muvie2 ni. haha. (serius okay)
Aku dengan rela hati pun mengiyakan.
Kak ngah pon join sekaki sambil makan burger dia (lapar sak)

Dan... banyak pengajaran yang boleh dapat dr citer tu..
Dan.. aku baru tahu lagu senamrobik masa jdi JMK 12/13 lagu citer ni lah. haha
Dan.. ia bukan sekadar citer biasa..

Membuka mata buat aku ni ha yang nak jadi cikgu praktikal.

Ilmu bukan sekadar kepantasan.
Tapi ia lebih meningkatkan pengetahuan.
Sedangkan makna yang diminta oleh Rancho langsung xda dalam buku. HAHA.
Kesian pengetua dia.

Bagaimana centimeter ubah hidup dia jadi 360 darjah lepas jumpa Rancho
Bagaimana Rancho belajar bukan kerana Ijazah Kejuruteraan tp sebab dia nak!
Bagaimana mereka yang selalu ikut sistem. Hafal sebijik2 tanpa pemahaman.

Kadang terpikir.. aku ni yg mana?
Belajar sebab exam? *gulp

Belajar sebab tgk orang masuk U fifa? *prang prang

Dan paling terkesan tentang persahabatan dieorang.
Sanggup didenda sebab kawan.
Sanggup segala-galanya
Sampai tak terpikir aku Rancho bawak ayah Raju naik scooter dengan Pia. Haha.
DEMI NYAWA. DEMI PERSAHABATAN.

Dan bagaimana berpikir luar daripada kebiasaan.
Hidup kita jika biasa-biasa. Dimana pengakhiran yang dinanti?

Allah.. Allah..
Baby- Remaja- Masuk U- Keluar U- Kerja- Mati?

Erti hidup pada memberi!
Dan ternyata ketenangan itu suatu kembara, bukan destinasi.

*diam*
6-1-5
Mantan
10062014
5.15pm

No comments:

Post a Comment