Friday 7 December 2012

MEMORI TERCIPTA

Bismillah hirrohmanirrohim

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan : Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?" Al-ankabut : 2



Allah....Allah...Allah...

Lama menyepi dari medan maya ini. Terlalu banyak yang ingin aku lakarkan di papan keyboard ini. Tetapi rasa yang membuak-buak menyebabkan aku rasa ingin pergi. Tapi mampukah aku meninggalkan mereka sendiri? Sedangkan kami telah berjanji?

Hmm.. 101112.. Banyak perkara terukir dan dipahat kemas dihati ini. Hanya Allah yang tahu.
Sehingga sekarang aku masih terkesan. Antara dialog ketika kejadian :

"Adakah anda hanya sekadar tahu membantu dan menolong tetapi tidak mampu mengetuai?"

Allah... Aku bungkam. Selama ini pertanyaan itulah yang membuat aku sepi, tiada jawapan!
Tapi malam itu aku menjawab : "Saya akan mengetuai apabila saya tahu dan faham, tapi jika banyak perkara tersebut langsung tak tahu saya akan merujuk MT."

Hari ini, soalan itu masih berlegar-legar di fikiran. Mampukah aku?

Dialog kedua :

"Apalah yang korang semua dah buat?"

Untuk kesekian kalinya aku bungkam! Sepi tanpa kata dan hanya mampu mengusap bahunya. Allah.. Tak dapat nak lupakan. Moga-moga apa yang berlaku pada ketika itu jadi kenangan kami semua.

Ayat seterusnya yang aku sendiri tak boleh lupa.

"Awak ni, semua retorik! Retorik semata-mata."

Walaupun ayat tu sangat sakit nak diterima tetapi hingga kini ia jadi kenangan abadi. Ada kisah yang tak dapat saya kongsikan . Biarlah jadi lukisan hati ini selamanya.

SayangsemuakeranaAllah
[Kenangan menjadi memori]

~Lambatmenaiptandakerjabertangguh~
Moga Allah redha


8dis2012.12:32.sabtu

No comments:

Post a Comment