Friday 28 December 2012

BUKAN BEBANAN


14 Safar 1434 Hijrah

Bermula dengan kehadiran sahabat JMK pd malam hari.


Paginya jumpa kawan atas temu janji yang ditetapkan, nak makan gado-gado. Bahasa Johor panggil rojak mee. Mantop! Sedap! Bersama kawan serumah semester 1/ 2011

Lepas tu sekitar jam 12.00 tengahari balik semula ke kolej. Kawan nak makan durian crepe. Aku pun tak tahu rasanya macam mana. Bila tengok macam tak boleh pergi. Jadi, tak makan la. Tengok ja :p

Tiba-tiba datang idea kawan nak ke Kalumpang! Semua setuju masa tu! Apa lagi, siap-siap, beli jajan sikit, gerak ke Kalumpang. Hehe


Balik dari Kalumpang (tak main air, jadi lepas solat tidur) Dapat panggilan dari tetamu aku semalam ada kat Hulu Bernam. 

Terus call balik kawan tadi, ajak pergi ambil sahabat aku tu. Tup-tup aku tak ingat jalan. Haha. Nak jadikan cerita dekat 2 jam juga sesat. Akhirnya, kami berdua ambil keputusan sewa prebet. Alhamdulillah, dapat sampai ke tempat sahabat aku berada. Penat tengok dia. Letih dari pagi lagi. Sebab aku pun dah terpusing-pusing. Huhu. Lama nak pergi ambil. Kalau tahu jalan dalam 20 minit sampai dah.

Gembira bila tengok sahabat depan mata. Tak rasa pun penat! Sebab rasa lega sahabat tu sihat belaka. Masih boleh menunggu ketibaan kami ni. Huhu. 


"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling cinta-mencintai, sayang-menyayangi dan kasih-mengasihi seperti tubuh, jika salah satu anggota tubuh terasa sakit, maka seluruhnya tidak akan dapat tidur dan demam." (Muttafaq 'Alaih)


Dah sampai kolej, kami keluar makan sama-sama. Sahabat juga yang belanja. Huhu. Aisey. Segan kan kalo orang belanja? Cuma seronok dapat berbual-bual tambah dengan sahabat-sahabat lain yang datang.  Alhamdulillah. Itu sahaja yang mampu aku lafazkan. 



Tak rasa lelah,
Bila sesuatu itu dilakukan kerana Ukhwah!
Lillahi taala ^_^

Mungkin hari semalam sahabat aku tu susah. Esok mungkin giliran aku. Tak siapa tahu.

tanpa kedua-dua siapalah kasut. kan?


"Orang mukmin dengan orang mukmin itu adalah seperti sebuah bangunan, menguatkan antara sebahagiannya dengan sebahagiannya yang lain, kemudian baginda menyelang kuat di antara jari-jari baginda."  - Riwayat Imam Bukhari



Mogajumpalagisahabat
SEMUA SAHABAT ITU SANGAT BAIK!
GUA
JOM SOLAT =)

No comments:

Post a Comment