Saturday 2 May 2015

MAKNA

Seketika Khamis lepas aku ke Arkib lagi
Menyelak lembaran kisah perjalanan negeri Johor
Lebih berfokus kepada Muar
Namun pembacaan kena menyeluruh

Sampai satu rak buku ni
Aku ambil buku Sejarah Johor
Tulisan Buyong Adil
Buku yang lain banyak juga

Tapi lepas zuhur tu buku atas tu yang agak menarik perhatian aku
Tentang zaman kesultanan J
Dari zaman sultan ab berganti ke sultan i

Sebab apa yang aku baca sultan dimakamkan setelah 4 bulan
Kenapa macam tu?
Sebab dia meninggal kat London
Jarak tu jauh..dulu mana ada sampai sehari ja macam sekarang
Dari England ke Timur masa bulan Julai
Sampai ke Pelabuhan Pulau Pinang
Dihantar ke pelabuhan Singapura
Tabal sultan i baru dimakamkan bulan September 1895
Lama kan?
Moga Allah letakkan sultan ab dalam kalangan org beriman

Berkenaan dengan pembinaan jalan kereta api kat J
Asalnya kerajaan J nak buat sendiri dan lantik jurutera sendiri
Tapi bila NNMB pulak ugut taknak sambungkan jalan kereta api kalo tak terima penasihat B
Kira kesimpulan kecil aku, kerana terpaksa aku relakan
Bukan nak sangat sebab J sendiri dah minta pandangan dan penasihatan secara langsung
Tapi bila B ni lihat kelebihan J kalo dapat ditakluki maka macam2 helah dibuat
Supaya terima jugak kontrak yg ditawarkan NNMB

Sejarah ni tak pernah tipu
Banyak pengajaran
Dan kali ni sungguh2 aku baca
Ntah kenapa
Jarang sebenarnya walaupun aku bljr sejarah
1 kelainan mungkin sendirian di Arkib

Hari semalam untuk hari mendatang
Ambil pengajaran

10.38pm
2mei2015
khar

No comments:

Post a Comment