Friday 15 May 2015

PERKONGSIAN

Alhamdulillah. Selesai.
Apa-apa jua tugasan atau program
Seronok
Diraikan mungkin
(senyum)

Buatlah sesuatu sebab bukan untuk menjadi yang terbaik, tetapi sebab nak jadi yang paling ikhlas. Kerana yang paling ikhlas itulah yang terbaik, Bila buat yang terbaik belum tentu ikhlas kerana terbaik dimata manusia belum tentu terbaik pada pandangan Allah. Kan?

Ustazah ada pesan dia kata wanita ni sangat berharga sebab?
Fizikal kita tak cacat. Eh?
Sebab kita ada tulang rusuk, lelaki tiada.
Nampak tak kelebihan Allah beri tu.

Lagi, sifat wanita ini lemah sebab itulah perlu dikasihi.
Ya, kita boleh buat banyak kerja, tapi sifatnya kita ingin dikasihi,
Beza dengan lelaki.

Lepastu, kalau nak kahwin, nak diperisterikan ada protokol.
Ada protokol juga ke?
Ada, Sebab perlu ada wali. Takda wali macam mana nak nikah
Sedangkan lelaki boleh ja kalau dia sorang je masa nikah tu.

Banyak lagi kelebihan seorang wanita, antara kita tahu atau tak ambil tahu ja. Jadi kena jaga serba serbi. Pesan kat diri juga ni. Sifat wanita antara lain nak cantik, nak dipuji, sukakan wangian dan banyak lagi.

Tapi dalam al-Quran ada sebut dulu penzina perempuan dan penzina lelaki. Kenapa wanita dulu yang disebut? Sebab wanita itu perhiasan, dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah. Kita dulu yang wanita ini kena jaga. Dalam kelembutan kena ada ketegasan, dan semua perkara itu perlu diletakkan pada tempatnya.

Dan sebelum ustazah akhiri ayat akhir dari dia :
"Hidup yang paling baik, hidup yang tak sunyi dari ujian."
=)



4.06pm
khar

No comments:

Post a Comment